Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Wednesday, May 2, 2012

Giveaway Buku PTS Pilihan saya



Assalamualaikum, Hello!

Haa cerah nampak banner besaq atas tu? AHAHAHA. Aku sangat excited ngan Giveaway ni. Sepuluh buku beb penganjur hensem Muaz Faris nak bagi! WOW! Terbeliak jap mata. LOL!

Apa-apapun, ni dia antara syarat2 umum nak join giveaway ni yang aku dah buat;


1) Like fanpage Muaz Faris di Facebook (checked!);



2) Follow @muazfaris di Twitter (checked!);



3) Follow Muaz Faris di Google+ (checked!)



4) Bukan blog khas untuk contest: Dengan ini aku declare blog aku memang bukan khas untuk join contest or giveaway :D


Seterusnya...buku-buku PTS yang aku mau!

Yang ni, kalau aku dipilih untuk menang, adalah pilihan aku untuk family aku dulu;


1. Resipi Kek & Biskut (Chef Hanieliza) Buku pertama pilihan aku untuk Mak, sebab birthday dia minggu lepas tak bagi hadiah apa-apa, so kalau dapat ni, insyaAllah, aku akan kasi kat mak aku;

Memandangkan emak aku suka memasak, so buku ni sesuai untuk dia. Buku ini mengandungi 22 jenis kek dan 22 jenis biskut hasil tangan istimewa dari Chef Hanieliza. Antara resipi-resipi yang boleh didapati dalam buku ini ialah, brownies, kek cawan coklat, kek epal, kek velvet merah, tiramisu dan banyak lagi. 








2. 50 Tips Motivasi Haji & Umrah (Prof. Dr. Hj. Muhd. Kamil Ibrahim) Buku kedua pilihan aku ialah untuk Ayah pulak. Boleh jugak ayah baca sambil mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan ibadah Haji insyaAllah pada masa akan datang. 

Buku ini memberikan tips-tips motivasi kepada bakal Haji supaya fokus kepada keutamaan sebenar keberangkatan kita ke tanah suci Makkah. Pelbagai dugaan bakal dihadapi tetapi hendaklah sentiasa cekal dan tabah supaya dapat menunaikan Haji dengan ikhlas dan mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah, dengan adanya tips-tips ini, dapatlah kita bersedia secara mental dan fizikal.







 3. Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat (Afiq & Nazry) Yang ini untuk adik lelaki aku yang bakal duduk UPSR tahun ni. Saja nak kasi buku kartun sikit supaya dia taklah tension asyik-asyik belajar. 

Komik ni mengisahkan tentang seorang hero bernama Ali, yang hanya mampu menunjukkan ke'hero'annya kalau tak ada makhluk lain yang boleh jadi witness kat situ, even seekor cicak pun! Tapi orang kampung dia dalam bahaya dan hanya Ali sorang aje yang boleh selamatkan diorang. Camne tu, hero tapi pemalu tahap cipan?









4. Amylea: Pencinta Anak Patung (Jon Suraya) Yang ni pulak untuk adik bongsu aku, yang satu-satunya heroin dalam kami adik-beradik. Dia suka benda comel-comel macam ni.

Komik ni mengisahkan tentang misi Amylea untuk menyelamatkan seekor (sebiji? sebuah?) anak patung yang bersaiz raksasa daripada dilupuskan. Tapi berhasil atau tak misi dia memandangkan saiz diorang yang sangat berbeza, Amylea lagi kecik dari patung tu. Nak tau gak...kalau menang laaa kan. :P









Okay yang tadi pilihan aku untuk family aku. Yang ni untuk aku sendiri, andai dipilih untuk menang! 


5. 7 Keajaiban Adobe Photoshop (Jubilee E.) Aku memang suka gatal tangan ngan Photoshop ni. Aku belajar sendiri dari tutorial-tutorial di YouTube, tapi penat gak nak belajar dari situ kalau connection internet tak elok. So buku ni aku rasa bagus.

Buku ini includes beberapa topik menarik tentang tools yang boleh dijumpai dalam software Photoshop seperti brush, channel and mark, layer style, texture and pattern, custom shape, dan gradient. Jadi ini memang amat aku perlukan!








6. Adobe Photoshop dan Berus Ajaib (Jubilee E.) Surprise surprise satu lagi buku pasal Photoshop. Menunjukkan aku memang perlu belajar banyak pasal ni. Ada gak kawan-kawan yang suruh design business card diorang, so untuk lain kali aku nak gak buat yang mantap-mantap sikit.

Buku ni pulak lebih kan fokus kepada penggunaan Brush tool dalam software Photoshop ni. Buku ni akan ajar tentang penggunaan Brush dengan lebih menarik dengan hasil yang lebih realistik, hebat dan dasyat. Perghh, nak! Nak!!!

7. Sun Tzu: Art of Business (Wang Xuanming) Aku ngan a few friends tengah mula berjinak-jinak dalam business. So untuk lebih prepare, mungkin aku perlu baca buku ni. Mesti familiar ngan Art of War kan? Ni kira ala-ala spin-off dia gitu. 

Buku ini mengetengahkan tentang kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip yang dirungkaikan oleh Sun Tzu dalam buku 'Art of War'.



8, 9 & 10. Koleksi buku-buku Sherlock Holmes (Sir Arthur Conan Doyle) Aku ada buku Sherlock Holmes dalam bahasa Inggeris, tapi aku nak jugak versi bahasa Melayu supaya aku dapat pujuk adik-adik aku baca salah satu cerita yang dah jadi legend sekarang ni! I mean, it's Sherlock Holmes! Siapa tak kenal?

Sherlock Holmes menggelar dirinya Consulting Detective, dalam bahasa Melayunya Perunding Detektif. Pihak polis kadang-kadang meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan kes-kes rumit sekiranya mereka mengalami kebuntuan, dan Sherlock Holmes akan membantu mereka menyelesaikan kes-kes tersebut dengan jayanya. Beliau mendapat bantuan daripada rakan baru beliau Dr. John Watson yang akan menjadi sahabat baiknya. Cerita Sherlock Holmes ni ada banyak, so kena ambik masa nak baca satu-satu.


So itu dia buku-buku pilihan aku! Aku berharap sangat dapat menang! Ameeen!!! 



Iklan penganjur :B;


5 comments:

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads