Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Thursday, May 31, 2012

Hamster Berlakon Mati Kena Tembak!


Assalamualaikum, Hello!

Ya Allah punyalah comel hamster tu pandai berlakon!! Geramnya tengok dia!!! AHAHAHAHA. Jap lagi aku nak try plak kat hamster aku camne, boleh ke tak berlakon camni!


Ciao!

(sumber: Youtube)


3 Smartphone Terbaru Dari Sony



Assalamualaikum, Hello!

Yeay Sony dah tunjukkan rupa paras smartphone terbaru dari mereka! Terbaru dari siri Xperia selepas Xperia S, U, P dan sola ialah Xperia acro S, Xperia go dan Xperia neo L. Kalau tengok features dia tadi, Xperia acro S dan Xperia go ni memang macam direka khas untuk mereka yang agak lasak menggunakan smartphone. Mengikuti jejak langkah Xperia Active semasa masih dibawah jenama Sony Ericsson dulu, acro S dan go ni kalis air dan kalis debu! Manakala Xperia neo L pula adalah siri upgrade dari Xperia neo dan Xperia neo V dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 4 inci (neo dan neo V punya skrin 3.7 inci).

Jom tengok gamba-gamba ni;

Xperia acro S

Nampaknya Sony belum berani lagi keluarkan smartphone dengan saiz skrin besar seperti Samsung Galaxy Note atau Galaxy SIII. Saiz skrin untuk acro S hanyalah 4.3 inci sama seperti Xperia S. Tapi kamera dia power dengan 12.1 MP kamera belakang, dan 1.3 MP untuk front-facing camera.

Boleh didapati dalam tiga warna, putih, hitam dan merah jambu terang

Xperia go

Boleh didapati dalam dua warna, putih dan hitam.

Bersaiz agak kecil (skrin saiz hanya 3.5 inci), nipis (9.8 mm tebal!) dan ringan, sesuai untuk gaya hidup yang aktif

Memang tahan lasak, kalis air dan kalis debu! Dengan skrin yang scratch-resistant lagi!

Xperia neo L

Tak banyak upgrade dai neo versi dulu-dulu kecuali OS dia pakai Android 4.0 ICS, saiz skrin 4 inci, dan HD video recording. Camera pun 5 MP aje.

Kalau nak tau lagi lanjut pasal specs dia, boleh baca kat sini: Xperia acro S, Xperia go, Xperia neo L.




Ciao!


(sumber: Sony Mobile)


Tuesday, May 29, 2012

Berhati-hati Dengan Referer Bestbxcleaner


Assalamualaikum Hello!

Sebagai newbie dalam dunia blogging ni, ada banyak lagi sebenarnya perkara-perkara berkaitan blogging yang aku perlu tau. Tapi yelah, kena ikut pace yang agak slow dulu. Yang ni mungkin ramai yang dah tahu, aku pun tak sure, mungkin top-top bloggers tak risau sangat pun kan? Tapi aku nak share gak, kalau-kalau ada yang macam aku, baru tau. -__-.

Semenjak dua menjak ni bila aku tengok traffic sources aku, kat referring URLs ngan referring sites kluar yang aku borderkan kat atas tu, 'bestbxcleaner' and kalau korang yang tak tau ape kebenda tu macam aku, jangan excited sangat tengok traffic banyak dari situ... Aku Google punya Google jumpalah penjelasan sedikit. Rupa-rupanya URL tu berpotensi tinggi mengandungi virus-virus seperti Trojan dan dikenali sebagai 'Spam Referer'. Ya, jangan klik yaa rasa nak tinggal jejak kat situ! AHAHAHA. Nasib baik anti-virus aku okay lagi, boleh block website ni (ya, aku tekan, bodoh kan aku -__-) Patut tau siap-siap dah URL ni mengandungi unsur-unsur jahat, tengok URL pelik semacam tu kan?

Jadi untuk peringatan aku dan korang-korang jugak, jangan tekan. Dia target blog yang baru, yang traffic dia belum establish kuat lagi macam blog aku, so untuk blogger-blogger yang ramai dah otai luar sana mungkin tak perlu risau sangat, untuk yang level aku noob lagi, hati-hati yek! 

Untuk senarai URL lain yang mengandungi unsur-unsur virus, boleh cek kat blog INI.


Ciao!


Sekitar Pesta Bederun Balingian 2012


Assalamualaikum, Hello!

So last post aku ada post gak pasal Pesta Bederun ni, kalo blom baca boleh baca kat SINI. So ari ni aku tambah lagi sikit gambar-gambar sekitar Pesta bederun Balingian 2012 untuk tatapan korang. Meriah tau! Tengok, KM pun senyum. KM pulang bukan dengan tangan kosong lagi, siap bawak udang balik ngan dia hihi!

Jom enjoy gambar-gambar ni! 

Pertandingan 'Perahu Bidar'. Ada banyak kategori ni. Wajah ceria walopun penat! Semangat yaww!

Senam seni, aku tak pergi, tido lagi kot :P

Rempit dalam air, ada berani??

Ini rempit legal punya, tengok Team ni, perghhh. Ni team TT Crew. Ada lagi....tapi takdek gamba -___-

Sekitar hari terakhir, ramai turun padang

YB Fatimah pun datang gak...

Pehin Sri berucap...

Penyampaian hadiah untuk peserta bertuah (part ni ada masuk berita pagi Isnin tu :P)

Penyampaian trofi dari Penghulu (berbaju merah.......dan bapak aku :P)

Aku tak berpeluang lagi nak kayuh (betul ke kayuh? aku tau bahasa inggeris dia 'row' je -__-) perahu ni

Makanan untuk orang ramai disediakan, percuma! (Tu yang ramai datang tu kot, LOL!)

Tapi apa-apapun, walaupun panas terik, ramai tetap datang nak tengok pesta ni. Makanan free ke tak tu takde effect pape pun, sekadar bonus. Yelah, tempat kami ni pun hanya sekadar pekan kecil, kalau bukan Pehin Sri Taib yang pegang tempat kami ni, ntah bilanya nama Balingian nak masuk newspaper. AHAHAHA. Sumpah. Sedikit sebanyak event macam ni dapat gak jadikan Balingian satu tempat yang orang kenal.

Sementara tu, baik gak aku promote kampung aku ni kan, untuk kaki pancing, meh laa datang Balingian, kalau tiba musim udang, hasil tangkapan sangat lumayan okay! Mungkin kaki pancing tegar ada yang tahu Balingian ni memang kaya ngan udang dia. Tak percaya? Meh try! :P


Ciao!


Monday, May 28, 2012

Rakit Kami Tak Menang



Assalamualaikum, Hello!

Tajuk cam sedih kan? kan? Tapi tak! Aku tak sedih pun, happy lagi ada. AHAHA. Yelah adat pertandingan, ada menag ada kalah. Kalau nak merajuk pun bukan orang nak bagi hadiah kategori kuat merajuk kan? LOL!

Ye gambar atas tu rakit kumpulan kami. Aku tak join diorg dalam rakit, aku tolong design je. Segan nak jadi model Melanau dalam tu. Cukuplah kawan-kawan aku yang ada dalam rakit tu. 

Ni dia model-model untuk rakit kitorang. AHAHAHA. Kalau nak tau tu semua pakaian tradisi orang Melanau.

Pemuzik khas untuk menceriakan suasana rakit :D

Pabila gendang dah di palu, maka berjoget lah diorang. Orang Sarawak kata 'bertandak'. :D

Ini sebenarnya sebahagian dari pertandingan bersempena Pesta Bederun Balingain 2012 yang didakan di pekan kecil Balingian (kampung halaman aku) sekali setiap dua tahun. 'Bederun' bermaksud 'berkumpul' dalam bahasa Melanau Balingian. Sesuai dengan namanya, memang ramailah orang berkumpul! Kebetulan diadakan bermula musim cuti maka ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dah enjoy kemeriahan. Ditambah lagi dengan cuaca yang elok (lebih dari elok sebenarnya!), ramai yang duduk tepi sungai dan jeti-jeti nak tengok acara-acara yang diadakan yang banyaknya sukan-sukan air.

Okeh jom tengok rakit-rakit lain!












Kalau korang perasan khemah ni semua dibuat dari benda-benda asli tau, anyaman-anyaman dibuat daripada daun nipah sebab daun tu memang senang nak dapat, tepi sungai banyak. Memang tema dia pun mesti kuatkan unsur-unsur 'Melanau' dalam dia. :D 

Sayangnya buat masa ni pesta ni masih diadakan selang dua tahun atas sebab 'budget'. Harap-harap lepas ni adalah yang sudi nak sponsor pesta ni. Tahun ni pesta ni diadakan hujung minggu lepas, 25-27 Mei 2012. Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib datang untuk upacara penangguhan majlis. Turut hadir YB Dr Muhammad Leo dan YB Fatimah. 

Nanti aku akan post lagi satu pasal acara-acara lain. :P

Ciao!


Saturday, May 26, 2012

Mereka Yang Dalam Bahaya



Assalamualaikum, Hello!

Oh, mereka yang dalam bahaya tu, haiwan sebenarnya. Aku pencinta haiwan, tapi taklah tahap taksub sangat sampai nak berdemo bagai, tapi at least aku adalah sedikit kesedaran tentang haiwan-haiwan yang dalam bahaya kearah kepupusan akibat ketamakan manusia.

Sebab tu aku marah kalau tengok manusia balas dendam kat buaya kalau buaya tu baham manusia, dibunuh lepas tu dibelah perutnya. Diorang ni tak terfikir ke yang buaya tu tak tau ada akal nak bezakan manusia dan binatang-binatang lain yang dia makan? Kalau betul tak nak jadi kejadian macam tu, tangkap lah buaya tu, hantar ke zoo. Lagi baik.

Okeh, marah-marah plak aku. Jom tengok antara spesis-spesis haiwan yang dalam bahaya. Ada banyak sebenarnya, tapi yang ni aku jumpa tadi;

1. Gajah Afrika


 2. Budgett's frog


3. Rowley's Palm pit viper



4. Clouded leopard



5. Golden Lion Tamarins



6. Coquerel's sifaka (black and white lemur)



7. Damaraland mole rats



8. Spectacled Owl (spesis haiwan kesayangan aku pun ada gak endangered, save the owl, save the world! ;P)



Jadi, timbulkan kesedaran dalam diri masing-masing, tak boleh nak spread guna mulut, guna blog! Betul! Aku kalo nak cakap-cakap pun aku ni malu nak berucap, aku lebih suka menulis. Haiwan-haiwan ni pun ciptaan Allah, bukan kita aje. Kita manusia diberi akal fikiran untuk berfikir, tapi ada sebilangan yang nafsu dia tempat lagi tinggi dari akal. Kita kan khalifah di muka bumi, jadi kita kena jaga semua yang ada! Tak bolehlah nak main tebas sana tebas sini, gondal sana gondol sini, tembak sana tembak sini...haishhhh


Bantulah mereka :)

(sumber: Guardian)



Friday, May 25, 2012

Baru Nak Letak ShoutBox


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, selamat sampai balik rumah petang tadi pukul 5. 3 jam perjalanan dari Bintulu takdelah rasa sangat sebab jalan pun dah elok. Kalo dulu, mau 5-6 jam. Bila bukak balik blog, nampak banyak gak komen baru masuk. Terima kasih semua! So takdelah macam berhabuk blog aku ni tak berpenghuni sepanjang ketiadaan aku *ewah!*.

Banyak-banyak komen tu, komen sedara PopKorn jugak yang menarik perhatian aku, bukan yang lain tak menarik, cuma PopKorn tanya pasal blog aku ni memang takde Shoutbox ke Shoutmix ke dan yang sewaktu dengan nye. Memang aku takde. Sepanjang perjalanan blogwalk *ewah lagi sekali* memang boleh kata rata-rata blogger letak shoutbox, nak tinggal jejak. Tak dinafikan memang berguna gak benda ni. Dulu terfikir gak nak letak, cuma belum sampai seru. So, sekarang ni, aku dah letak dah. Tu kat atas tu aku print screen sikit, Brad Pitt pun komen tau *okeh -___-*

Selamat tinggal jejak ye!


Sunday, May 20, 2012

Hiatus (21 Hingga 25 Mei)


Assalamualaikum, Hello!

Blog aku ni akan bercuti sebentar dari 21 sehingga 25 Mei sebab ada urusan seri paduka baginda....eh jap, salah line. AHAHA. Ada urusan sikit di luar kawasan (ceh!). Sementara tu, aku nak ajak ajak korang enjoy 5 posts terlatest dari aku, Enjoy!


Ciao!

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads