Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Saturday, June 23, 2012

Kemarau!


Assalamualaikum, Hello!

Dah beberapa hari tak post apa-apa, ni aku nak post pasal kejadian alam semula jadi yang tengah melanda kat tempat aku, maybe kat seluruh Sarawak (aku pun tak sure), pasal kemarau. Sejak beberapa minggu ni, aku dah lama hujan tak turun. Ada beberapa kali gak hari tiba-tiba gelap, sejuk, merasa nak hujan kan, tup tup hujan sepuluh minit jek, lepas tu panas balik. Aisemen... Kat bandar pun orang cakap dah mula jerebu. 

Rasa macam nak mandi setiap jam jek sebab panas nih. Kat kampung ni, belom kat bandar. Kat bandar takpe lah kot mana yang kerja office tu syukur ada aircond, kalo yang dok kerja sapu sampah, jual-jual tepi jalan tuh, mak aih...sabar je lah..

Okay malas nak merapu panjang... Kalau cuaca panas macam ni, kalau yang dah ada anak tu, jangan lah biar diorang main dalam panas membahang ni, nanti demam susah pulak.. Yand dah beso panjang ni pun, jangan nak melepak dalam panas gak..ahaha...okeh lah, enjoy weekend korang! 

p/s- panas-panas camni mana yang dekat ngan iCity Shah Alam tu boleh berkunjung kat sana, ada Snow World, Ice World pebende nama dia tuh, sejuk sikit :P

Ciao!


Tuesday, June 19, 2012

Pencabar Terbaru iPad: Microsoft Surface!


Assalamualaikum, Hello!

*Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah join Segmen Follow Weekend hari tu. Sambutan yang memberangsangkan (bagi aku :P). Korang memang ohsem!*

Okeh, nampaknya pencabar terbaru iPad tak lama lagi akan dikeluarkan! Microsoft senyap-senyap buat pengumuman tentang tablet Microsoft Surface ni. Menjanjikan kehebatan Windows 8, peranti terbaru ni akan dikeluarkan dalam dua versi, versi biasa dan versi 'Pro' seperti produk-produk Microsoft yang lain, ada yang basic, ada pro, kan... 

 Ini spesifikasi kedua-dua versi Microsoft Surface ni, Windows RT untuk yang biasa punya, dan Windows 8 Pro, well, of course Pro version;

Klik untuk lebih jelas

Lagi perbezaan antara dua versi ni, Windows RT dikuasakan oleh ARM processor, Windows 8 Pro pulak dikuasakan oleh processor terbaru dari Intel yang menjanjikan ke'superb'an, Ivy Bridge Core i5 x86 processor. Setaraf ultrabooks korang tuh! Padahal tablet jek. Yeah, Microsoft tak nak ambil mudah ngan keluaran mereka ni. Memang diorang nak bersaing habis-habisan nak menandingi populariti iPad.

Jom tengok gambar ohsem ni plak!







Mesti korang perasan apsal ade keyboard tu kan? Haaa tu bukan setakat keyboard, ia juga cover untuk Microsoft Surface ni. Ye, macam iPad cover jugak, cuma yang ni dwi-fungsi. Microsoft tak main-main tau ngan produk baru diorang ni! And stand kat belakang tu, yes, memang built in. So tak payah nak beli luar lagi dah. Kalau rasa nak guna tablet ni macam laptop, bukak cover dia tauk atas meja, pastu bukak stand kat belakang dia tuh dan puff! jadilah Koko Krunch ala-ala laptop gitu.

Persoalannya, mampukah Microsoft Surface menandingi populariti iPad? Dah banyak pesaing iPad sebelum ni yang dikata mampu menandingi iPad, tapi tak dapat pun. Tapi kalau ada pun yang boleh menandingi iPad, aku rasa, Microsoft Surface boleh! :P Nak tau lebih lanjut pergi laman web rasmi Microsoft Surface ni.

Ciao!




Monday, June 18, 2012

Terbaru Dari J.K Rowling, Wonderbook: Book Of Spells


Assalamualaikum, Hello!

Wow! Like, seriously, WHOAAAA! Aku excited! Okay, meh nak cerita pasal apa kebenda itu Wonderbook. Wonderbook adalah keluaran terbaru dari Sony untuk PlayStation 3. Yeah, ia berbentuk buku, ada beberapa pages, dan dalam setiap muaksurat ada 'markers' atau tanda-tanda yang lebih kurang macam kod QR. Untuk experience Wonderbook ni, korang kena ada PlayStation 3, pastu PlayStation Eye Camera. And tambahan: PlayStation Move. 

Apa yang best?

Firstly, Wonderbook ni di'reveal' oleh Sony pada E3 2012 baru-baru ni. And title pertama game untuk Wonderbook ni, tak lain tak bukan seperti yang aku dah tulis kat tajuk tu, Book of Spells, hasil kolaborasi dengan tak lain tak bukan JK Rowling! Kalau korang baca Harry Potter, korang tau buku Book of Spells tu boleh dapat kat mana, dan siapa penulisnya... Kejap lagi korang boleh tengok video dia camne, dan betapa exciting rupanya! Walopun target dia macam lebih kepada kanak-kanak, tapi aku rasa macam, ape salahnye munca ye tak? :P Okeh, sapa nak donate PlayStation 3 kat aku boleh kontek aku sekarang. LULZ.

Dalam permainan Book of Spells, korang akan experience dunia magic Harry Potter, tapi tak akan ada Harry Potter dalam tu. Korang akan jumpa new information tentang dunia magik hasil imaginasi J.K. Rowling ni. Menurut J.K Rowling, 'Wonderbook: Book of Spells is the closest a Muggle can come to a real spellbook. I've loved working with Sony's creative team to bring my spells, and some of the history behind them, to life. This is an extraordinar device that offers a reading experience like no other.'

So nanti dalam game ni, Wonderbook tu akan jadi buku 'Book of Spells' and PlayStation Move korang akan jadi magic wand macam dalam cerita Harry Potter tu. Tak ke comel camtu? :P

Jom tengok trailer game Book of Spells ni dulu;




Menarik? Tertarik? Kau memang da bomb Haaa....menarik kan?

Ini pulak semasa announcement E3 hari tu. Video ni panjang sikit, tapi korang boleh tengok lebih banyak klip orang tengah main game ni! 




Amazing kan!

Aku memang kagum ngan J.K. Rowling, cerita dia ni memang kisah rag to riches lah. Dari hidup susah jadi antara orang terkaya, fuh! Dengan Harry Potter buku, movies and games, lepas tu laman web Pottermore, lepas tu game yang ini, dan yang paling ditunggu-tunggu, buku terbaru dari beliau keluar September nanti, The Casual Vacancy. Semakin kaya-raya lah dia!

Meh tolong aku jadi kaya, lulz!


Ciao!

p/s-sebagai peminat tegar Harry Potter, of course lah aku excited! :P



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads