Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Thursday, June 14, 2012

Toyota Camatte: Kereta Konsep Untuk Kanak-Kanak!


Assalamualaikum, Hello!

Seriously! Toyota Camatte ni direka with kids in mind! Kalo zaman aku kecik-kecik dulu keluar kat TV iklan kereta betul untuk budak-budak, pergh, aku rasa mesti termimpi, terigau-igau punya. Pastu bagitau mak bapak brapa level possibility diorang nak belikan kereta camni untuk aku. My guess, less than 0% chance, if that is even possible (but I wont give up~~~nyanyi lagu Jason Mraz tetibe). LOL.

Walaubagaimanapun, Toyota Camatte ni hanyalah kereta konsep, ia diperkenalkan semasa 2012 International Tokyo Toy Show hari ni tadi. Tujuan sebenar kereta ni dibina ialah untuk menarik minat kanak-kanak generasi sekarang ngan kereta selain dari kereta yang ade dalam game banyak tu. Hmmm...bunyi nya semacam kanak-kanak sekarang kurang berminat terhadap kereta. Mungkin kanak-kanak sekarang dah imagine bila diorang besar nanti kereta diorang pakai dah terbang kot? LULZ

Apa-apapun, enjoy dulu gamba-gamba ni, yang atas tu namanya Toyota Camatte Sora, dan ada satu lagi macam jip sikit Toyota Camatte Daichi.

Cara bukak kereta ni, tak main laa pintu, dia bukak ngan bumbung-bumbung dia sekaligus. Amek kau!

Camatte Daichi, dua-dua Camatte ni three-sitter punya kereta. 

Macam jip kan? Yang ni untuk budak laki kot. Yang Sora tadi untuk budak perempuan.

Interior dia...

Orang dewasa pun boleh bawak, jangan risau. Cuma seat driver dia tu yang adjustable untuk kesesuaian budak-budak memandu. Ecewah!


Cool beans kan video tu! Boleh main tukar-tukar jek. Mungkin nanti zaman anak Ben Ashaari dah besar sikit nak kereta camni. Kui3.

Ciao!

(sumber: Yahoo! Autos, Gizmag, News.com.au) 


Spontaneous Thursday #002: Hadiah Dari Muaz Faris


Assalamualaikum, Hello!

Mungkin aku terlepas pandang dalam post dari blogger Muaz Faris ni, so terkejut sedikit bila dapat bungkusan pagi tadi. AHAHA. Bungkusan berisi sebuah buku bertajuk Akademi Ramadhan: Menuju Puncak Takwa, jugak name card Lelaki Kacak dia tuh, ahahha serta sedikit ucapan. Thanks Muaz!

Walopun dulu sedikit kecewa tak memang giveaway buku beliau, tapi dapat yang ni, sejuk sikit :P. Mungkin ada lagi hadiah lagi cool next time? Jadilah Top Commentator di blog dia ni okeh? :D

Ciao!


Kedai Pajak Milik Ayah Juara American Idol 2012 Di Rompak!


Assalamualaikum, Hello!

Wow, banyak sungguh berita pasal Phillip Phillips (PP) lebih-lebih lagi lepas menang American Idol (AI) Mei lepas. Kalau semasa Idol rasa semua yang tengok tentu tau yang PP mengalami masalah batu karang, selepas tamat AI dia bagitau pulak masalah yang lagi teruk dari tu, yang dia lahir dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi! Jadi sepanjang perjalanan AI tu dia menderita sebenarnya. Patutlaa tiap kali time nyanyi macam meneran semacam kan. Hewhewhew.


Kali ni lagi berita yang kedai pajak bapak dia yang famous tiba-tiba tu kena rompak! Laporan dari TMZ mengatakan barang-barang bernilai sehingga USD 4000 telah dirompak termasuk pistol, flat-screen TV, duit syiling antik, rantai, cincin dan mesin wang pun turut dicuri! Tapi nasib baik dalam cash register tu tak banyak duit, hanya USD 110 jek (convert duit Malaysia banyak gak tu, erk!). Setakat ni, takde suspect yang ditangkap.

Walaubagaimanapun, kejadian berlaku semasa ketiadaan orang dikedai tu. Keluarga PP semua pergi ke Los Angeles untuk bersama dengan dia yang baru je lepas major surgery selama 6 jam untuk buang kidney stones dia tu. Dah selamat bedah dah pun. Tengah berehat. Yang pastinya dia akan tetap bersama dengan Idol Live Tour bermula 6 July ni di Detroit.



Apa-apapun harap dia elok jek. Aku suka lagu 'Home' dia tu, superb! Harap album dia nanti tak cikai.


Ciao!

(sumber: TMZ, Yahoo! Music)



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads