Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Monday, June 18, 2012

Kopi Yang Memeningkan


Assalamualaikum, Hello!

Everyone loves coffee. Who doesn't? Rasulullah pun minum kopi. Kat Malaysia ni semua tempat ada warung kopi. Jarang orang panggil warung teh ke, warung teh susu, ke warung sky juice... Warung kopi, kedai kopi. Femes gitu! Macam satu francais besar pulak. AHAHA.

Aku bukanlah penggemar kopi tegar, aku prefer teh... Tapi kekadang aku ni suka nak berlagak jadi orang kaya yang minum kopi-kopi Starbucks, Coffee Beans mahupun Dome. Yelah, nak merasa kopi mahal. Ada beza ke tak ngan kopi seringgit biasa tuh. Biasanya aku singgah kedai-kedai camtu kalo tengah tunggu flight kat airport. Hihi. 

Orang kita biasa order kopi, kopi o, kopi ais, nesface dan sebagainya. Katalah korang tiba-tiba pergi luar negara, pergi Amerika misalnya, pastu nak minum kopi, tahan-tahanlaa nak sebut kopi o kat diorang kan? AHAHA. Paling takpun pergi Dome, Starbuck pastu confuse plak pebende cappuccino, ape plak binatang mocha tu? So ini guide yang boleh tolong korang!

Espresso - Pure black, super duper kaw punya kopi. Pahit nak mampus, hitam sepekat malam. Biasa serve dalam gelas sekecik mungkin, Espresso ni base of all coffee. Espresso diperbuat dengan cara menyalurkan stim bertekanan tinggi melalu biji kopi panggang yang telah dikisar dengan halus. Hasilnya cecair pekat hitam bernama Espresso.

Espresso Macchiato - campuran 1 1/2 bahagian  buih susu dan 1 bahagian Espresso

Espresso con Panna - campuran 1 1/2 bahagian krim putar dan 1 bahagian Espresso

Caffe Latte - 1 1/2 bahagian Espresso, 2 bahagian susu panas, dan 1 bahagian buih susu

Flat White - 1 1/2 bahagian espresso dan 2 bahagian susu panas

Cafe Breve - 1 1/2 bahagian Espresso, 2 bahagian half-and-half (a.k.a 1 bahagian krim dan 1 bahagian susu) dan 1 bahagian buih susu

Cappucino - 1 1/2 bahagian Espresso, 1 1/2 setengah bahagian susu panas, dan 1 1/2 bahagian susu 

Caffe Mocha - 1 1/2 bahagian Espresso, 1 bahagian sirap coklat, 1 1/2 bahagian  sus panas dan 1 bahagian krim putar

Americano - 1 1/2 bahagian Espresso dan selebihnya air (kopi ala Malaysia punya ni! :P)

Dah tau dah kan sekarang beza kopi pelbagai nama ni? AHAHA. Memang memeningkan!

Sebelum korang pening;




p/s - Aku minum nescafe jek. Time sekolah dulu Indocafe. :P

Ciao!

(sumber: Lokesh Dhakar)


Sunday, June 17, 2012

Betul Ke Astro Kena Hack? Free Surfing Semua Channel

Assalamualaikum, Hello!

Nak tanya semua, betul ke Astro kena hack? Aku first tengok tweet kenalan di Twitter tadi yang kata Astro kena hack semua channel bukak free sekarang. Berlari aku ke TV nak cek (semangat!) tengok-tengok betul, bukak jek semua. Pastu aku pergi plak website Astro nak tengok announcement, kot-kot diorang buat macam dulu tu kan, sempena menang awards lalu preview semua channel for free seminggu. Tapi check-check, takde gak. Mungkin betul kena hack tak? Hihi.

Jadi siapa-siapa ada maklumat tu, cerita-cerita lah sikit eh? :) *Apa-apa pun, adik aku tengah enjoy tengok kartun sekarang nih. Huh! Aku nak tengok movie*

Ciao!


Saturday, June 16, 2012

Segment : Team Follow Back By AmerCorner


Assalamualaikum, Hello!

Well hari ni memang sibuk. Petang tadi sampai rumah lepak-lepak jap. Penat sangat. Bukak blog tadi tengok Miss Mieza ada tag join segmen Amer Corner ni. Aisemen, memang aku terlupa betul nak join segmen ni. Ade je aku tengok kat blog Amer ni, ingat nak join tangguh punya tangguh terlupa. Thanks ya Mieza ingatkan! :P

Amer nak tau berapa jumlah follower saya sekarang. Okeh. Ada 179 followers setakat artikel (pergh!) ini ditulis. Nak tag, jap, nak tag Korn, Nawza89, Noor Shawal, ngan Supermiza! Aku kena kasi tau diorang ni.

Okay, tu je, Nak join? Korang on #teamfollowback tak? Tak tapi nak jugak? Klik banner atas tuh sekarang jugak! Segmen ni tamat 30 Jun nanti. Lama lagi. Jom join! Jom tambah follower!

Pastu dah join segmen ni? Jom join segmen aku plak, klik banner kat bawah ni. :D Segmen aku plak tamat esok pukul 11.59 malam. So join reramai cepat-cepat!



Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads