Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Monday, June 18, 2012

Kopi Yang Memeningkan


Assalamualaikum, Hello!

Everyone loves coffee. Who doesn't? Rasulullah pun minum kopi. Kat Malaysia ni semua tempat ada warung kopi. Jarang orang panggil warung teh ke, warung teh susu, ke warung sky juice... Warung kopi, kedai kopi. Femes gitu! Macam satu francais besar pulak. AHAHA.

Aku bukanlah penggemar kopi tegar, aku prefer teh... Tapi kekadang aku ni suka nak berlagak jadi orang kaya yang minum kopi-kopi Starbucks, Coffee Beans mahupun Dome. Yelah, nak merasa kopi mahal. Ada beza ke tak ngan kopi seringgit biasa tuh. Biasanya aku singgah kedai-kedai camtu kalo tengah tunggu flight kat airport. Hihi. 

Orang kita biasa order kopi, kopi o, kopi ais, nesface dan sebagainya. Katalah korang tiba-tiba pergi luar negara, pergi Amerika misalnya, pastu nak minum kopi, tahan-tahanlaa nak sebut kopi o kat diorang kan? AHAHA. Paling takpun pergi Dome, Starbuck pastu confuse plak pebende cappuccino, ape plak binatang mocha tu? So ini guide yang boleh tolong korang!

Espresso - Pure black, super duper kaw punya kopi. Pahit nak mampus, hitam sepekat malam. Biasa serve dalam gelas sekecik mungkin, Espresso ni base of all coffee. Espresso diperbuat dengan cara menyalurkan stim bertekanan tinggi melalu biji kopi panggang yang telah dikisar dengan halus. Hasilnya cecair pekat hitam bernama Espresso.

Espresso Macchiato - campuran 1 1/2 bahagian  buih susu dan 1 bahagian Espresso

Espresso con Panna - campuran 1 1/2 bahagian krim putar dan 1 bahagian Espresso

Caffe Latte - 1 1/2 bahagian Espresso, 2 bahagian susu panas, dan 1 bahagian buih susu

Flat White - 1 1/2 bahagian espresso dan 2 bahagian susu panas

Cafe Breve - 1 1/2 bahagian Espresso, 2 bahagian half-and-half (a.k.a 1 bahagian krim dan 1 bahagian susu) dan 1 bahagian buih susu

Cappucino - 1 1/2 bahagian Espresso, 1 1/2 setengah bahagian susu panas, dan 1 1/2 bahagian susu 

Caffe Mocha - 1 1/2 bahagian Espresso, 1 bahagian sirap coklat, 1 1/2 bahagian  sus panas dan 1 bahagian krim putar

Americano - 1 1/2 bahagian Espresso dan selebihnya air (kopi ala Malaysia punya ni! :P)

Dah tau dah kan sekarang beza kopi pelbagai nama ni? AHAHA. Memang memeningkan!

Sebelum korang pening;




p/s - Aku minum nescafe jek. Time sekolah dulu Indocafe. :P

Ciao!

(sumber: Lokesh Dhakar)


3 comments:

  1. aku sbnrnya jarang minum kopi mahal2.. slalunya bancuh sndri cap daun/ cap hang tuah... tpi klu kopi old time ngn starbuck tggu org blanja je..

    http://5zol-saidsomething.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha itulah, paling biasa nescafe 3-in-1 jek :P

      Delete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads