Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Thursday, June 14, 2012

Tomb Raider Crossroads: Lara Croft Mangsa Cubaan Rogol?


Assalamualaikum, Hello!

Gamers kat luar sana mesti ada yang ternanti-nanti game Tomb Raider terbaru yang akan keluar Mac tahun depan untuk pelantar PC, Xbox 360 dan PS3 yang dinamakan sebagai Tomb Raider Crossroads. Ini mengisahkan tentang perjalanan Lara Croft sebelum dia menjadi seorang hero wanita yang bad-ass seperti dalam game-game sebelum ni. Yaa, game ini menceritakan tentang origin Lara Croft, macam mana dia boleh jadi that hot chick with busty breast yang bad-ass!

Tapi ternyata origin nya itu menjadi satu kontroversi dalam dunia gaming, Lara Croft sebenarnya hampir menjadi mangsa rogol! Tak percaya? Saksikan trailer game ni!


Nampak tak? AHAHA. Kontroversinya sekarang bukan hanya setakat scene Lara Croft yang diambil kesempatan oleh lelaki jahat tu, tetapi developer game ni dipersoalkan tentang kenapa perlunya back story yang sebegitu rupa? Kenapa nak jadikan Lara Croft ni asalnya vulnerable? Haaa... itulah sebenarnya, ramai yang tak puas hati bila tau origin Lara Croft ni sebenarnya tak seberapa bad-ass.

Walaubagaimana pun, developer game ni menyangkal dakwaan scene 'attempted rape' ni. Diorang kata scene tu tak berkisar langsung tentang sexual assault ke atas Croft. Hmm...tapi aku nampak tadi memang macam nak kena rogol dah pun. Kan? 

Menurut ketua studio Crystal Dynamics Darrell Gallagher, takde cubaan rogol keatas Lara Croft sebenarnya. Statement dia; "Salah satu detik yang menentukan karakter Lara Croft dalam permainan ini, yang telah disalahtafsirkan sebagai babak 'cubaan rogol' ialah kandungan yang kami siarkan pada E3 tahun ini, dan lebih sejuta orang telah melihat trailer terbaru bertajuk 'Crossroads'. Disinilah Lara terpaksa membunuh seorang manusia untuk kali pertama. Dalam babak yang kami pilih, walaupun ada ciri-ciri ugutan dalam babak dan drama sekitarnya, ia tidak pergi lebih dari apa yang telah kami tunjukkan kepada orang ramai. Serangan seksual dalam apa bentukpun bukanlah tema yang kami liputi dalam permainan ini."

Jap, ada lagi satu, tapi yang ni dari penerbit eksekutif Crystal Dynamics, Ron Rosenberg plak semasa ditemuramah oleh Kotaku;

Ron: 'Dan apa yang berlaku ialah, kawan karib dia di culik, dia ditawan oleh pengutip yang tinggal di pulau itu. Mereka cuba untuk merogol dia dan -'
Kotaku: 'Mereka cuba untuk merogol dia?'
Ron: 'Dia bertukar semacam haiwan yang dikepung. Dan itulah satu langkah besar dalam evolusinya: sama ada dia terpaksa melawan balik atau mati dan itulah yang apa yang kami tunjukkan hari ini.'

See, bercanggah kan? AHAHAHA. Tapi apa-apapun, game ni nampak menarik, grafik dia pun power. Jadi kepada peminat Tomb Raider boleh kumpul duit untuk beli game ni next year!


Iklan jap!




Ciao!

(sumber: Guardian, Kotaku, The Sun, Stuff, YouTube)



1 comment:

  1. teringin nak main game. tak smpai hajat lagi.. haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads