Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Pinterest. Show all posts
Showing posts with label Pinterest. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Dengan Harapan Bilik Tidur Baru Aku Gempak


Assalamualaikum, Hello!

Haaaa inilah rupa bilik aku........dalam mimpi! :P Rumah dalam proses renovasi lagi sekali, kali ni nak tambah bilik pulak. Memandangkan abang aku dah nak mendirikan rumah tangga, maka dia memerlukan 'bilik pengantin', takkan nak share lagi plak kan? Jadi aku akan dapat bilik aku sendiri, officially mine! MUAHAHAHAHA. *cam sakai plak*

Aku suka gamba atas tu, multipurpose, style plak, tapi kalo nak buat sendiri ni, aisemen....tapi, hendak seribu daya beb!

Aku jugak selalu sekodeng idea-idea menarik di Pinterest, serious, banyak benda boleh discover kat pinterest, sampai tahap mind-blowing pun ada especially bab-bab craft ngan DIY project. DIY tu ape? DIY=Do It Yourself=ko buatlaa sendiri senang jek.

Jom tengok idea menarik ni!

Aku suka idea camni, dah banyak kali tengok dalam tv, storage kat bawah, tempat duduk-duduk, baring-baring kat atas. Multipurpose yaww!

Bantal berupa artwork cool, macam sculpture yang korang boleh bawak tido. Cool stuff!

Rak paling penting! Koleksi buku dah makin banyak rak dah tak cukup, yang ni bina ngan guna semula kayu lama, jimat dan murah! Kalo bentuk macam ni jek, aku rasa boleh buat kot......

Untuk bilik aku tu, aku ada idea nak buat bilik aku nanti se-'eccentric' yang boleh!  Macam drawer atas ni. Perghhh colourful!

Re-purpose! Aku rasa cam banyak benda kat rumah kitorang ni yang boleh guna semula jadi benda baru. Cam meja atas tu jadi rak, cool stuff. Jimat weh, jimat...

Buat tilam simple ngan sarung bantal + kapas! Antara idea-idea kat atas tu, yang ni aku rasa paling senang nak buat! Beli (or guna semula :P) sarung bantal, jahit, masuk kapas, jahit balik. Siap! 

Semua ni aku jumpa kat Pinterest. Serius, kalau korang rajin explore Pinterest, macam-macam korang boleh jumpa. Tak sure macam mana nak guna, jom rujuk post Pinterest-ing aku ni!

Yelah, duit tak banyak nak buat hias bilik macam Eric Leong selalu buat, kena jadi resourceful guna apa yang ada :P.

Ciao!

(Sumber: Pinterest, Dornob)


Wednesday, March 14, 2012

Pinterest-ing!


Assalamualaikum, Hello! 

Haaa...sapa tau Pinterest tu pebenda?

Sapa kat rumah, or dudok dorm and ada softboard kat depan meja belajar? Masa kat UIA dulu kitorang memang disediakan ngn softboard. Lepas tu kalo nak lekat apa-apa macam notes, gamba, tampal pakai pin. Ada tak, ada tak? Haaa, Pinterest tu cenggitu leee...

Pinterest ni tempat untuk kita 'pin' images atau videos yang kita suka tengah-tengah serve internet. Kadang-kadang tengah-tengah Google something terjumpa kan gambar-gambar yang cantik, menarik dan da-bomb camtu, and nak save pulak berat hati. Nak jimat disk space kononnya. Haaa, solutionnya, 'Pin' kan saja dengan guna Pinterest ni! 

Macam mana nak guna?

Aku kasi contoh, ni akunye account pinterest.

'Pinners I follow'

Okay, mula-mula kena sign-up lah kan. Tapi buat masa ni kena sign-up e-mail saja dulu. Pinterest belum boleh proses registration right away macam servis-servis lain. Tapi tak lama pun. Aku buat hari tu, tunggu sehari je. But it is worth it bagi aku. Tak payah nak save-save gambar lagi dah! Okay, bila dah setel sign-up semua, dia akan mintak korang set apa topic-toppic yang korang suka, macam, Architecture, Arts, Design, Places, and so on lah, ada pelbagai, so pick, and dah tu dia akan terus auto-follow a few people yang pin-pin diorang ada kaitan ngan topik korang pilih tadi. Easy. So korang dah tak perlu risau nak carik sapa-sapa. Lepas tu korang akan discover lah lagi banyak people with common interest ngan korang!


'Boards'

After that korang akan ada diberi lima 'Boards'. Dia bagi dalam default setting, tapi korang boleh tukar nama-nama Boards korang ikut category gambar yang korang rasa akan banyak korang pin. Macam aku, aku buat, Architecture+Spaces, Likes, Book Club, A Man's Wardrobe, and Arts+Design. Korang boleh tambah Boards kalau korang banyak interest dalam banyak category! Simple and very organized kan? 


'My Pins'

Macam Facebook yang ada profilenya sendiri, korang pun ada jugak. Under nama korang nanti yang kat hujung atas belah kanan, mouse-over kat nama profile korang akan ada 'Pins', haaa, tulah gambar atau video yang korang dah 'Pin' tadi. Simple je sebenanya.


Mungkin ramai rasa macam perlu ke nak pin-pin ni?

Ahahaha, jawapannya, terpulanglah kepada korang. Platform ni berbeza dari facebook, bukannya untuk menyaingi Facebook atau Twitter secara direct. Cuma untuk korang-korang yang rasa minat sesuatu and nak experience yang lain dari yang lain sikit dari segi nak share pictures or videos. Sebelum lupa, dia takleh pin gambar dari Facebook or Google Plus sebab tu adalah dari account persendirian. Pinterest boleh pin gambar or video dari website-website seperti Yahoo!, Youtube, blog-blog, dan banyak lagi website lah! 

Nak cuba?

Apa lagi, start lah Pinning sekarang!




Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads