Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Inspiration. Show all posts
Showing posts with label Inspiration. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Dengan Harapan Bilik Tidur Baru Aku Gempak


Assalamualaikum, Hello!

Haaaa inilah rupa bilik aku........dalam mimpi! :P Rumah dalam proses renovasi lagi sekali, kali ni nak tambah bilik pulak. Memandangkan abang aku dah nak mendirikan rumah tangga, maka dia memerlukan 'bilik pengantin', takkan nak share lagi plak kan? Jadi aku akan dapat bilik aku sendiri, officially mine! MUAHAHAHAHA. *cam sakai plak*

Aku suka gamba atas tu, multipurpose, style plak, tapi kalo nak buat sendiri ni, aisemen....tapi, hendak seribu daya beb!

Aku jugak selalu sekodeng idea-idea menarik di Pinterest, serious, banyak benda boleh discover kat pinterest, sampai tahap mind-blowing pun ada especially bab-bab craft ngan DIY project. DIY tu ape? DIY=Do It Yourself=ko buatlaa sendiri senang jek.

Jom tengok idea menarik ni!

Aku suka idea camni, dah banyak kali tengok dalam tv, storage kat bawah, tempat duduk-duduk, baring-baring kat atas. Multipurpose yaww!

Bantal berupa artwork cool, macam sculpture yang korang boleh bawak tido. Cool stuff!

Rak paling penting! Koleksi buku dah makin banyak rak dah tak cukup, yang ni bina ngan guna semula kayu lama, jimat dan murah! Kalo bentuk macam ni jek, aku rasa boleh buat kot......

Untuk bilik aku tu, aku ada idea nak buat bilik aku nanti se-'eccentric' yang boleh!  Macam drawer atas ni. Perghhh colourful!

Re-purpose! Aku rasa cam banyak benda kat rumah kitorang ni yang boleh guna semula jadi benda baru. Cam meja atas tu jadi rak, cool stuff. Jimat weh, jimat...

Buat tilam simple ngan sarung bantal + kapas! Antara idea-idea kat atas tu, yang ni aku rasa paling senang nak buat! Beli (or guna semula :P) sarung bantal, jahit, masuk kapas, jahit balik. Siap! 

Semua ni aku jumpa kat Pinterest. Serius, kalau korang rajin explore Pinterest, macam-macam korang boleh jumpa. Tak sure macam mana nak guna, jom rujuk post Pinterest-ing aku ni!

Yelah, duit tak banyak nak buat hias bilik macam Eric Leong selalu buat, kena jadi resourceful guna apa yang ada :P.

Ciao!

(Sumber: Pinterest, Dornob)


Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #003 A Dream I Hope Someday Will Come True


In the making...pray for me and my friends!

Wanita Lumpuh Tamatkan Marathon


Assalamualaikum, Hello!

Talk about girl power huh? AHAHA. Wanita ini bernama Claire Lomas berjaya menamatkan Virgin London Marathon 2012 sejauh 26.2 batu (lebih kurang 42 kilometer) walaupun beliau sebenarnya lumpuh dari dada kebawah! Amazing kan!

Siapa Claire Lomas?

Claire Lomas yang merupakan bekas penunggang kuda lumpuh setelah satu kemalangan ngeri semasa beliau menyertai satu pertandingan pada tahun 2007. Akibat daripada kemalangan tersebut beliau lumpuh lebih dari dada kebawah. Boleh baca lebih lanjut pasal Claire Lomas di SINI.

Jadi macam mana dia join marathon?

Lomas berjaya menamatkan larian (atau berjalan) Virgin London Marathon dengan bantuan alat bionik yang diberi nama ReWalk (kalau korang tengok Glee, Artie ada pakai benda yang sama masa episod Christmas). Dengan bantuan alat tersebut, beliau berjaya menamatkan marathon tersebut dalam masa 16 hari, dengan purata perjalanan beliau sejauh 2 batu dalam sehari. 

Pada hari terakhir untuk beliau menamatkan lariannya, ramai penyokong beliau berkumpul untuk memberikan sokongan moral serta menyambut kejayaan beliau. Beliau juga turut disertai oleh suami, Dan Spincer.

Jom tengok gambar yang mungkin boleh jadi sumber inspirasi untuk kita semua!






p/s-kalau dia yang lumpuh pun berusaha join marathon, kita yang elok berjalan ni macam mana? *pesanan buat diri sendiri*


(sumber: Yahoo! News)


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads