Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Monday, April 30, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar


Assalamualaikum, Hello!

Lama tak update blog, so ni dia nak join contest ni slagi sempat. Thanks Kamil Kahar sebab anjur contest yang gempak camni! Buat karangan tu, kena kreatif sikit ni! :D


Aku Sebuah Blog


Satu persatu, dapat aku rasakan diriku mula dibina. Huruf demi huruf, nombor demi nombor , aku merasakan diriku, semakin lengkap. 'A', 'J', 'A', 'M', 'O', 'P', 'P', 'I', 'C', 'A', 'L'. Aku sudah bernama. Hanya dalam lima minit, aku sudah pun lengkap, dan sedia menerima garapan-garapan istimewa dari tuanku. Tapi aku tahu, ini hanyalah permulaan. Aku dapat mula mendapat penambahbaikkan, dan sedikit demi sedikit, wajah ku bertukar. Aku kini berwarna-warni, kemas, dan menarik. Mungkin tuanku berfikir, dengan wajah yang indah ini, akan ramai yang akan mengunjungiku.

Barangkali tuanku fikir, aku sudah kelihatan sempurna dimatanya. Aku pun fikir sebegitu. Tidak lama kemudian, perkataan demi perkataan pantas memenuhi tubuhku. Lincah sungguh jari empunyaku menulis! Aku sudah hampir bersedia untuk dihebohkan. Aku berasa sungguh teruja, aku tidak sabar untuk menanti pembaca pertamaku. Aku tahu tuanku pun mesti berasa begitu! Tuanku menekan 'Publish', maka lahirlah rencana sulung darinya. Aku berbangga dapat memaparkan tulisannya yang penuh sopan dan penuh semangat. Aku bakal menemui pembaca-pembacaku sebentar saja lagi.

Aku mula dilawati, aku sungguh gembira. Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagi garapan dari tuanku mula ditulis, turut dimuatkan beberapa gambar untuk menceriakan rupaku disebalik tulisan hitam dan putih yang penuh berinformasi. Hari demi hari, tuanku tidak pernah lupa untuk menghasilkan tulisan-tulisannya. Aku dimuatkan dengan gambar dalam setiap tulisan. Aku mendengar bisikan tuanku, 'perlu ada gambar untuk tarik perhatian pembaca.' Aku bersetuju.

Tetapi sejak kebelakangan ini, tuanku jarang mengarang. Aku berasa sunyi. Aku rindu untuk memaparkan kepada seluruh dunia akan hasil jari-jemari tuanku. Aku tidak tahu, tetapi aku menjangka faktor sambutan yang kurang mungkin menyebabkan tuanku putus semangat untuk menghasilkan entri-entri baru. Atau adakah aku sudah diduakan, mungkin tuanku punya blog yang lebih menarik dariku? Aku tidak mengerti, aku teringat kata-kata semangat tuan empunyaku dari tulisan pertamanya yang inginkan blognya sebagai sumber informasi yang santai.

Kepada tuanku, jika engkau enggan mengaku segan denganku, aku akur. tapi aku berharap kelak engkau sedar dan tahu akan perasaanku. Aku rindu kelincahan jari-jemarimu menaip perkataan-perkataan selamba yang membuatkan aku turut gelak bersama. Aku rindu untuk belajar sesuatu yang baru hasil carianmu. Aku rindu melihat lukisan-lukisan indah dipaparkan didadaku. Tuanku, kemas-kinikanlah aku selalu.





Bukti dah 'Like' sponsors

Bukti dah 'Vote'.

Selesai sudah join, harap menang sesuatu :P


Tuesday, April 17, 2012

22 And Still Counting (Hopefully!)


Assalamualaikum, Hello!

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to Ajamoppical,
Happy birthday to me!!

*note: tak salah nyanyi kat diri sendiri ;P*

Tanggal 17 April setiap tahun, maka bertambah lah lagi setahun usia aku ni. Dalam setahun, banyak pengalaman dah aku harungi. Eh, cam jiwang plak. But true! 2011 was not one of my best years, there were ups, but most of them were downs, but I managed to keep my head straight and stay positive. Keep my mind on the goals; short term and long term, both.

Nak pasang azam?

Takyah, aku dah pun nama Azam ahahaha...Ajam tu orang kampung aku biasa panggil ;)

Bukan taknak pasang azam, aku dah set goal dah siap-siap, maybe just nak push myself harder to get to that...tu je aku harap.

Aku bersyukur kepada Allah sebab masih beri aku peluang untuk bernafas, masih diberi kekuatan mental dan fizikal, aku tau hardship yang aku lalui adalah ujian dari-Nya nak tengok aku ingat ke tak Dia, aku bersyukur ke tak kat Dia. Even kalau nanti senang pun itu satu dugaan on a new level plak, nak uji aku ingat Dia tak dalam masa senang, betul tak?

So again, Happy Birthday to me.

Aku nak jadi lebih kuat.

Aku nak jadi lebih berjaya.

Aku nak jadi lebih berani.

Aku nak jadi lebih komited dalam perkara yang aku buat.

And paling penting, nak jadi hamba Allah yang takut kepada-Nya.


*pep talk*Azam, Happy 22nd Birthday, you might be busy today, but you will always know, today is your day ;)



Ciao!



Saturday, April 14, 2012

Alohomora Pottermore!


Assalamualaikum, Hello!

Finally, Pottermore dah dibukak untuk public tadi setelah lama dibuka untuk sejuta beta testers. Aku rasa sangat happy! Aku dah sign up dah!

So korang boleh pergi ke site Pottermore and sign up untuk menyelami lebih dalam dunia Harry Potter ni! 

Apa itu Pottermore korang tanya?

Haaa, Pottermore ni adalah salah satu idea JK Rowling supaya dapat mengembangkan lagi dunia Harry Potter, taklah mati sampai buku ketujuh aje. Pottermore ni adalah satu social media baru khas untuk peminat Harry Potter, banyak yang best dalam website ni sekadar yang aku tau, korang akan 'get sorted' kedalam rumah masing-masing; Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff atau Ravenclaw, korang boleh brew potion untuk kutip markah untuk rumah masing-masing, dueling dan banyak lagi! Korang jugak boleh baca more in depth pasal characters dalam cerita Harry Potter, kisah silam diorang dan sebagainya! Menarikkan? 

Bagi aku sangat menarik sebab aku memang peminat besar Harry Potter. Umur dah dekat 22, but still, aku peduli apakan :D

Buat masa sekarang ni, korang dah boleh sign up untuk account Pottermore korang sendiri, after dah siap daftar, korang kena comfirmkan account korang (e-mail validation bagai tu) and kena tunggu lagi satu e-mail untuk membolehkan korang explore the incredible world of Harry Potter...ecewah! Aku dalam phase tunggu e-mail kedua...tapi aku tetap super excited!!!


p/s-aku nye account bernama LumosQuill24018, kalau korang dah daftar dah boleh explore kontek2 aku! :P

Ciao!



RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com


Assalamualaikum, Hello!

Ada Give-away nak bagi duit ni! Dari Blogger Lida Rahim lah, bukan dari aku! Nak tau hadiahnya? Ni dia!


Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang

So apa lagi, nak try dapat sila-sila ke blog cik Lida Rahim ni untuk tau lebih lanjut!


Ciao!



Thursday, April 12, 2012

Buku Terbaru Dari J.K. Rowling, Penulis Harry Potter


Assalamualaikum, Hello!

Sapa tak kenal J.K Rowling angkat kening! :P

Sememangnya J.K. Rowling popular diseluruh dunia dengan hasil tulisannya 'Harry Potter'. Lebih 450 juta buku-buku Harry Potter telah dijual diseluruh dunia, and lapan filem Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint telah mengutip sebanyak lebih 2 billion dollar worldwide. Catatan tertinggi untuk satu francais filem. 

And hari ni plak JK Rowling dah umum tajuk buku terbaru garapan beliau. Ia deberi tajuk 'The Casual Vacancy' mengisahkan tentang krisis yang melanda sebuah pekan yang bernama Pagford. Penerbit berkata garapan Rowling dalam buku ini lebih kepada 'komedi gelap'. 

'The Casual Vacancy' ini akan diedarkan diseluruh dunia pada 27 September nanti. So tunggu ye!


p/s-aku memang tak sabar!! I have to say, the first thick English book I read was 'Harry Potter and the Order of Phoenix' when I was thirteen, couldn't really understand the damn thing, but I fell in love with Harry Potter and tried my hardest to improve my English after that ;)

Ciao!


An Afternoon With Richard And Stani


Assalamualaikum, Hello!

Mesti tertanya-tanya sapa plak mamat and minah omputeh ni. AHAHAHA. meet my new acquintances, Stani Martinkova (red) and Richard Ferge (blue). Diorang ni adalah pasangan dari Eropah yang currently on their trip round the world dengan basikal. Mantap tak mantap?

Aku jumpa ngan diorang semalam untuk bincang pasal shortcut road to take sebab diorang tengah on the way ke Bintulu. Diorang start travel Borneo tahun ni and dah berbasikal dari Kuching, diorang nak head ke Sabah. I forgot to ask them dah brapa lama dah trip diorg kat Borneo ni.

Richard and Stani tengah dalam misi nak travel the whole world dengan menggunakan basikal, diorang nak travel secara eco-friendly katanya, to see the world from a different view. Misi diorang adalah untuk travel by bike round the world selama sepuluh tahun, and ini adalah tahun ke-tujuh diorang bike, kali kedua di Malaysia, the first time being di semenanjung lah. They've travelled to 51 countries so far, and god knows how many miles they have travel. 

Seronok gak dapat jumpa diorang, lama tak speaking (amboi!) AHAHAHA. So bila dapat jumpa and dapat tolong jadi guide diorang skejap pun rasa seronok. I mean, kat a very small pedalaman macam tempat aku ni, jarang orang luar datang. Kitorang sempat borak-borak tengah hari tadi, aku tanya diorang Malaysia macam mana, where they've been, what is their favourite place they've been to so far, lepas Borneo nak gi mana plak, and we talk mostly about environment, changes and stuff (serious discussion gitu)...and they are really, really nice people! 

Richard tengah pam basikal, 

Start jalan, hari nak hujan


Kawan aku yang aku ajak untuk show them they shortcut

Right before kitorang berpisah...ceeewah! berpisah tu

So if korang berminat nak follow perjalanan diorang korang boleh cek blog diorang ni, Velomadfr walopun blog ni original dalam bahasa Perancis, ada option 'Translate' kan so boleh laa translate ke English ke Melayu ke Cina ahaha boleh paham. Boleh follow kat Twitter diorang Velomad.

Tapi tak payah nak jadi orang puteh nak datang kampung aku di Pekan Kecil Balingian ni, kalo ada nak datang roger roger lah ye! ;)


p/s- aku tak mampu nak kayuh basikal jejauh, dua Jumaat lepas kayuh basikal pergi masjid pun dah semput -___-

Ciao!


Saturday, April 7, 2012

Minggu Busy


Assalamualaikum, Hello!

Sorry lama tak update, cuma minggu ni sangat-sangat busy, nak prepare scheduled post pun tak sempat lagi. Ada empat design nak kena buat, dua bisnes kad (nasib baek dah setel menda ni) and satu lagi design courtyard yang tengah on the work lagi....nasib baek laa tak besar mana, kecik je pun tapi pening gak nak buat dengan laptop yang slow macam kura-kura -__-. Almaklumlah laptop lama, tak macam laptop sekarang, suma laju-laju. Ahahaha. Yang ni due Isnin ni, so aku pun terpaksalah cancel kelas tuisyen untuk dua hari ni. Aiyoh~maksudnya kena ganti balik laaaa....

Ada lagi satu design, tapi yang ni due lama sikit, hujung Mei. So yang tu memang progress ia slow gila laaa...memang nak kena plan betul-betul kalo tak, mampus aku buat kerja last minit...tak larat ooo...

Apa-apapun, thanks for coming anyway, tapi after Monday maybe boleh update seperti biasa, sorry sangat!


Ciao!


Wednesday, April 4, 2012

An Art A Day #009

'Autumn Pleasures' by Jack G. Brauer, Acrylic

Aku tengok paintings jack G. Brauer ni, aku dapat this kinda, homey feeling....sangat peaceful! Boleh buat terapi :)


Ciao!



Google Art Project


Assalamualaikum, Hello!

Hari ni aku nak share benda yang sangat best untuk korang! Inilah dia Google Art Project! 

Ape benda?

Well, Google Art Project paling senang aku nak katakan, himpunan koleksi-koleksi hasil seni di muzium-muzium terkemuka diseluruh dunia yang korang boleh tengok dengan paparan beresolusi tinggi tahap ultras...LOL! Betol! Tak caya nanti korang try..

Google Art Gallery ni dah compile lebih daripada 30 000 artwork dari 151 muzium dari 40 buah negara. Tapi sayangnya tak adapun dari Malaysia :(. Mungkin lambat sikit nak ada kot. So tengok dulu apa yang ada kat sini. Yang gambar atas sekali tu korang akan jumpa bila pergi kat GoogleArtProject ni. Tapi gambar dia berubah-ubah, so menarik sikit! :D

Dia ada banyak cara untuk korang browse koleksi-koleksi paintings ni; 1) Collection, 2) Artists, 3) Artworks; and 4) User Galleries. Jom tengok satu satu;



1) Collection. Dalam Collection dia ada senaraikan nama-nama galeri atau muzium yang koleksi diorang ada dipamer dalam Google Art Project ni. So korang boleh cari mana-mana muzium yang korang nak tengok-tengok dari A-Z. Seperti aku cakap tadi, Balai Seni Lukis Malaysia atau mana-mana galeri di Malaysia takdak lagi. Singapore ada plak. Contoh korang nak tengok Museum of Modern Arts, MoMA ada kat situ tekan 'M'. 


2. Artists. Kalau korang kenal artis yang korang nak tengok artwork dia, try tab 'Artists'. Sama jugak style dia, carian A-Z untuk senangkan korang, ikut first name diorang. Macam aku nak tengok 'Leonardo da Vinci' punya lukisan cari kat tab 'L' pulak.. Jumpa laaa pak cik ni... Ada nombo 13 kat situ maksudnya jumlah artwork dia yang dipamer kat seluruh web ni.


Ni adalah hasil-hasil lukisan Leonardo da Vinci


So aku pilih artwork 'Annunciation' dia ni nak tengok.


One of the best feature kat dalam site ni yang aku suka adalah korang boleh zoom gambar ni dekat-dekat tanpa pixel dia pecah pun! Sebab semua artwork yang tersenarai dalam ni setiap satu diambil gambarnya dengan resolusi yang sangat tinggi! Macam korang tengok bawah kanta! Dengan mata kasar pun takde zoom-zoom macam ni ahaha. So mudahlah untuk sesiapa yang suka nak tengok detail-detail lukisan, especially yang ambik fine arts. Tak yah gi jauh-jauh, GoogleArtProject je :P


3. Artworks. Selain dari tu, mungkin korang saja nak cari lukisan secara random, saje nak tengok-tengok macam blogwalk gitu cuma nak 'artwalk' laa katakan, ahaha. Try yang ni. 


4. User Galleries. Yang ni untuk korang tengok user-user GoogleArtProject yang nak post diorg punya artwork kat dalam ni. Tapi aku tengok tadi artwork diorang ni pun dah banyak masuk galeri-galeri luar cuma untuk bagi audience lagi besar lah kot. So boleh upload sendiri! Ada artwork nak share? Silakan!


Ni aku punya Galeri, memang la kosong -___-

Selain tu, korang jugak boleh merasai sendiri rasa melawat muzium atau art gallery ni dengan future Google Street View yang turut disertakan. Pilih 'Collection', roll over mana-mana galeri atau muzium, nanti akan kelluar figure 'orang kecik' namanya museum view. Tekan situ, korang boleh belagak macam tengah-tengah jalan dalam galeri!




Boleh lagi jalan jejauh, tapi takkan nak tunjuk semua kan? Korang kena lah experience sendiri! Tapi kalo ada duit, pergi lah muzium mana-mana, aku pernah pergi The National Gallery kat London, perghhh priceles experience. Memang banyak sangat koleksi dia tapi tak dapat nak tengok semua T^T nanti nak gak pergi lagi sekali!

So apa lagi, try laa Google Art Project ni!


(sumber: www.googleartproject.com)

Ciao!


Tuesday, April 3, 2012

An Art A Day #008

'Time' by Melvin J. Usher, Acrylic on Canvas, 24" x 17 3/4"

(sumber: www.myartwork.com)


Ciao!


Repost: Keturunan Ikan Patin, Bersaudara Ular



Assalamualaikum, Hello!

Sebenarnya, ni adalah blog kedua aku, blog pertama aku kat SINI adalah lebih personal sebenarnya ahaha. Yang ni pulak aku saja nak buat lebih informasi, trivia, join segmen (yang aku baru tau kewujudannya!) semua tu ahaha. So aku teringat plak satu entri aku dulu daripada cerita mak cik aku, so nak gak share ngan readers kat blog ni jugak! Bagi aku agak menarik!! *gambar tu aku ngan abang aku, aku lah yang comel berbaju oren tu :P*

Ni petikan dari post aku tu;

"Assalamualaikum semua? Hari ni apa khabar? Haaaa hari ni aku nak share satu cerita pasal keluarga aku, aku pun baru tau jugak cerita ni, mak cik aku yang cerita, mak cik aku dengar arwah nenek yang cerita. Rugi nya, kalaulah boleh dengar cerita ni dari arwah nenek sendiri, mungkin lagi syok!

Haaaa, dalam keluarga aku, ada pantang, jangan makan ikan patin, yes, ikan patin, tak sure ada nama lain ke tak, tapi memang bahasa melayu nya ikan patin. Ada kat wikipedia. Ni kat bawah ni lah dia rupa ikan patin; Mudah dikenali dengan kepala yang kecil dan leper berbanding badannya yang besar. 

Nenek cakap keluarga kami pantang makan ikan patin...
Mesti nak tau kenapa kan? AHAHAHA. Kejap lagi. Satu lagi pantang keluarga kitorang, yang bapak aku tak cakap pun kat aku, jangan bunuh ular. Pernah sekali ada ular lidi kot kat tangga rumah, aku nak tangkap nak bela tapi ayah kata jangan, lepaskan. And ayah pun aku rasa mungkin tak pernah bunuh ular sebab nenek dah bagitau diorang adik beradik jangan. 

AHAHA okey tiba masanya untuk aku bercerita kisah lama, tak tau lah ia pure history or just some kind of very interesting story to be told, and pass down, but bila aku dengar cerita ni rasa excited sangat! AHAHAHA. 

Nak dijadikan cerita, zaman dulu, my ancestor ni nak kahwin, takda calon. Suatu hari tengah-tengah dia tangkap ikan di sungai camtu, dia dapatlah sekor ikan patin. Tapi ikan patin tu tiba-tiba jadi sorang perempuan. Hendak dijadikan cerita, maka berkahwinlah mereka ni. Dapatlah anak, berapa orang anak aku tak pasti. Tapi suatu hari ni, mereka bergaduh, dalam2 bergaduh, si suami pun kata, 'pulanglah engkau ke tempat asal kau!' Maka dengan sedihnya (mungkin) si perempuan ni pun kembali ke sungai dan jadilah ikan patin kembali. So dari hari tu, keturunan-keturunan dia ni pun dilarang untuk makan ikan patin, bukan diharamkan, hanya dilarang, kerana akan sakitlah kalau dimakan. Arwah nenek dulu memang berkeras jangan makan ikan patin, yang tu memang aku ingat dia pesan kat kitorang. Mungkin sebab pergaduhan tadi lah agaknya. AHAHA. Wallahualam. 

Dan cerita pasal ular pulak, yang ni lebih dekat sedikit dengan timeline nenek aku, moyang ke datuk kepada nenek aku ni dah ada isteri, isteri nya pun dah alhamdulillah mengandung. Samaada anak pertama, atau yang mana, aku pun tak clear sangat, tapi dapatlah anak kembar. Tapi kembar yang sangat pelik. Seorang baby manusia, dan 'seorang' lagi seekor ular hitam. Whoaaaaah. Ape jadahnya kan? Haaa, nak dijadikan cerita, ular yang dilahirkan tadi pun balik ke hutan. Tapi mak cik aku cerita dia sering datang balik nak tengok 'adik-beradik' dia, dan jugak 'keturunan' dia. Yang paling best bila mak cik aku cakap dalam satu gambar nenek kahwin dulu, ada sekor ular hitam kat tingkap dekat dengan pengantin. Orang lain tak kisah, and dia pun tak kacau, katanya nak tengok cucu kahwin camtu. AHAHA. Aku tak jumpa gambar tu lagi, ntah ada lagi ke tidak tak sure. Tapi kat rumah dulu dalam bilik nenek ada banyak gak bekas yang dianyam dari buluh yang macam kalau korang pernah nampak orang India main seruling and ular tedung slow2 naik dari bekas tu. Lebih kurang macam tulah bekasnya. Perghhh. Mistik kan?

Aku tak brapa pernah share ngan orang kot, tapi aku suka ular, sebab diorang panjang and comel je. AHAHA. Lagillah kalau yang warna cantik. Ular tedung tu nampak cam ganas, tapi bila dia bukak 'tedung' dia tu aku rasa cam cool gila! AHAHA. Ular yang sangat cool kot. Kawan aku kat UIA ada dua orang bela ball phyton, lagilah comel, ular sawa jenis kecil, excited plak tengok macam tengok gajah saiz cam kucing. AHAHAHA. 

Kalau dulu aku rasa kalau masok Hogwarts mesti nak masok Griffindor (perghhhh...) tapi sekarang mungkin aku tak kisah kalau masok Slytherin...AHAHAHAHA. Okay, semangat Harry Potter dah naik. AHAHA. Tapi itulah, tapi disebalik some cerita-cerita lama, mungkin ada kebenarannya. Kita tak tau kan? Bukan ada mesin masa nak siasat balik apa berlaku zaman dulu-dulu. Cerita ni pun nasib baik mak cik aku ceritakan kat aku. Sebab bapak tak pernah cerita kat kitorang. So aku balik rumah nanti aku nak tanyalah bapak aku ada ke tak nenek ceritakan kat dia. Serius excited weh!

Long lost relative???

p/s- jangan lah tuduh aku kolot ke, tak betul ke lepas ni. AHAHAHA. ni kan cerita aje. ;P"


So amacam? Percaya? Tanak pecaye? AHAHAHA.


Ciao!


Ajamoppical's First Giveaway Winner!!!!



Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, Ajamoppical's 1st Giveaway mendapat jugak sambutan...ada jugak yang join, to be honest I have my doubts gak takde orang nak join! AHAHA, but then, ada jugak yang join, I was like, 'phewww, thank God there are people entering!' LOL!

So sebelum announce siapa winnernya, aku nak senaraikan lah sapa yang join supaya korang boleh tengok-tengok entri diorang. Remember I said 'impress me' with your entry post? AHAHA. I read all of your post and judge based on what you wrote. I have to say all of you impressed me (ceh, ayat biase lettew kan :P), but quite a few really stood out and give me quite a headache to decide. AHAHAHA. Seriously!

Oh sebelum tu lagi, klik SINI dan SINI dulu kalau korang rasa korang comel dan baik hati :P

Anyways, ni dia senarai peserta tu ikut order dalam komen post Giveaway ni :) kenal-kenallah ye!



Haa tu dia peserta-peserta Giveaway aku ni :) Ada 18 orang semuanya, which is good, aku pun takut kalo ratus-ratus lagi pening kot nak pilih pemenang! AHAHA. So dah ready nak tau pemenang dia? Jeng jeng jeng...


CONGRATULATIONS TO.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
THE OWNER OF THIS BLOG...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YANG TULIS SUCH IMPRESSING ENTRY
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MESTI KORANG GERAM SEKARANG NI NGAN AKU...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


So now Mr. Joel Leslie, please send me your fullname and delivery address to this e-mail; nurazam.shahdan@gmail.com so that I can give you this AWESOME book!! +personal notes from me inside ;P

Aku nak kasi gak Honourable Mention kat sini;



Really close you guys!! ;) I feel bad for having only one book to give away! So, so Sorry!!! *Super Junior Sorry Sorry jadi music latar, LOL!*

Kepada yang lain please don't be sad! Let's all congratulate Joel for his effort (if you have read his entry post, if you haven't please do!), and aku nak ucap terima kasih ngan korang suma sebab sangat cool sapot giveaway aku ni! AHAHA :D 



p/s- InsyaAllah, next aku nak buat contest, but still in the works. But this one mungkin memerlukan sedikit kuasa minda hebat korang semua! Nantikan! :P


Ciao!



Twitterjaya Abusive? Ni Respond Aku


Assalamualaikum, Hello!

Lain kali The Star kena buat 'The beautiful side of Twitterjaya'. 


Ciao!




Ugly Building


Assalamualaikum, Hello!

Seperti biasa bila aku bukak internet aku baca news dulu, tapi aku baca Telegraph and Guardian, ngeh ngeh ngeh rasa omputeh dok London. So time belek-belek web Telegraph jumpa picture article Top 21 Ugly Building ni. Korang tengok lu, apa pendapat korang? Ugly ke tak Ugly?

21. ArcelorMittal Orbit Sculpture di Taman Olimpik London 2012

20. Bangunan Verizon atau 375 Pearl di New York City

19. Aldar headquarters di Abu Dhabi

18. Bangungn Longaberger Basket Company di newark, Ohio, USA

17. Žižkov Television Tower di Prague, Republik Czech 

16. Ponte City Apartments di Johannesburg, Afrika Selatan

15. Strata SE1 di Elephant & Castle, London

14. The National Library of Belarus di Minsk, Belarus.

13. Grand Lisboa Hotel di Macau

12. The Slovak Radio Building di Bratislava, Slovakia

11. The Elephant Building di Bangkok, Thailand

10. SIS Building atau MI6 di Vauxhall, London

9. Mirador Building di Madrid Sepanyol

8. Federation Square di Melbourne Australia

 7. The Metropolitan Cathedral Church of Christ the King in Liverpool

6. Kedutaan Rusia di Havana, Cuba

5. Tours Aillaud atau Tours Nuages di Nanterre, Perancis

4. Bangunan Fang Yuan di Shenyang, Wilayah Liaoning, China

3. The National Library di Pristina, Kosovo

2. Ryugyong Hotel di Pyongyang, Korea Utara

1. Torre Velasca di Milan, Itali.

Bagi aku tak semua yang ada dalam list ni consider dalam kategori 'ugly'. Granted a few did look ugly, but some of them are actually very interesting to see. Bagi aku, aku tak rasa Aldar HQ kat Abu Dhabi, Federation Square kat Melbourne, MI6 kat London and Ryugyong kat Pyongyang tu perlu masuk list. AHAHAH. Bagi aku lah kan... Tapi setakat yang aku belajar, setiap bangunan yang direka oleh arkitek ni ada falsafah nya yang sendiri... So siapa-siapa yang hire achitect untuk buat bangunan tu mesti dah puas hati ngan design diorang, kalo tak, takdelah bangunan tu kan? :P


(sumber: www.telegraph.co.uk)

Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads