Ads

Monday, April 30, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar


Assalamualaikum, Hello!

Lama tak update blog, so ni dia nak join contest ni slagi sempat. Thanks Kamil Kahar sebab anjur contest yang gempak camni! Buat karangan tu, kena kreatif sikit ni! :D


Aku Sebuah Blog


Satu persatu, dapat aku rasakan diriku mula dibina. Huruf demi huruf, nombor demi nombor , aku merasakan diriku, semakin lengkap. 'A', 'J', 'A', 'M', 'O', 'P', 'P', 'I', 'C', 'A', 'L'. Aku sudah bernama. Hanya dalam lima minit, aku sudah pun lengkap, dan sedia menerima garapan-garapan istimewa dari tuanku. Tapi aku tahu, ini hanyalah permulaan. Aku dapat mula mendapat penambahbaikkan, dan sedikit demi sedikit, wajah ku bertukar. Aku kini berwarna-warni, kemas, dan menarik. Mungkin tuanku berfikir, dengan wajah yang indah ini, akan ramai yang akan mengunjungiku.

Barangkali tuanku fikir, aku sudah kelihatan sempurna dimatanya. Aku pun fikir sebegitu. Tidak lama kemudian, perkataan demi perkataan pantas memenuhi tubuhku. Lincah sungguh jari empunyaku menulis! Aku sudah hampir bersedia untuk dihebohkan. Aku berasa sungguh teruja, aku tidak sabar untuk menanti pembaca pertamaku. Aku tahu tuanku pun mesti berasa begitu! Tuanku menekan 'Publish', maka lahirlah rencana sulung darinya. Aku berbangga dapat memaparkan tulisannya yang penuh sopan dan penuh semangat. Aku bakal menemui pembaca-pembacaku sebentar saja lagi.

Aku mula dilawati, aku sungguh gembira. Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagi garapan dari tuanku mula ditulis, turut dimuatkan beberapa gambar untuk menceriakan rupaku disebalik tulisan hitam dan putih yang penuh berinformasi. Hari demi hari, tuanku tidak pernah lupa untuk menghasilkan tulisan-tulisannya. Aku dimuatkan dengan gambar dalam setiap tulisan. Aku mendengar bisikan tuanku, 'perlu ada gambar untuk tarik perhatian pembaca.' Aku bersetuju.

Tetapi sejak kebelakangan ini, tuanku jarang mengarang. Aku berasa sunyi. Aku rindu untuk memaparkan kepada seluruh dunia akan hasil jari-jemari tuanku. Aku tidak tahu, tetapi aku menjangka faktor sambutan yang kurang mungkin menyebabkan tuanku putus semangat untuk menghasilkan entri-entri baru. Atau adakah aku sudah diduakan, mungkin tuanku punya blog yang lebih menarik dariku? Aku tidak mengerti, aku teringat kata-kata semangat tuan empunyaku dari tulisan pertamanya yang inginkan blognya sebagai sumber informasi yang santai.

Kepada tuanku, jika engkau enggan mengaku segan denganku, aku akur. tapi aku berharap kelak engkau sedar dan tahu akan perasaanku. Aku rindu kelincahan jari-jemarimu menaip perkataan-perkataan selamba yang membuatkan aku turut gelak bersama. Aku rindu untuk belajar sesuatu yang baru hasil carianmu. Aku rindu melihat lukisan-lukisan indah dipaparkan didadaku. Tuanku, kemas-kinikanlah aku selalu.





Bukti dah 'Like' sponsors

Bukti dah 'Vote'.

Selesai sudah join, harap menang sesuatu :P


6 comments:

  1. thx sbb join...hehe...nseb bek sempat...gudluck... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesame, thanks for the contest ahahah itulah pasal nasib baek sempat lagi

      Delete
  2. Replies
    1. tapi baca yg lain cam lagi hebat :) tapi harap2 dapat laa jugak kan? :P

      Delete
  3. gud luck..mai bce sni..hee
    ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html

    ReplyDelete
  4. Hellow . Awk menang header kan ? Send details ke rochelleliongchaimay@rocketmail.com

    Nama:
    Ayat pda header:
    Gmbar apa nak diletak pda header:
    Warna ayat:
    saiz header kalau tahu:

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads