Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Stories. Show all posts
Showing posts with label Stories. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

An Afternoon With Richard And Stani


Assalamualaikum, Hello!

Mesti tertanya-tanya sapa plak mamat and minah omputeh ni. AHAHAHA. meet my new acquintances, Stani Martinkova (red) and Richard Ferge (blue). Diorang ni adalah pasangan dari Eropah yang currently on their trip round the world dengan basikal. Mantap tak mantap?

Aku jumpa ngan diorang semalam untuk bincang pasal shortcut road to take sebab diorang tengah on the way ke Bintulu. Diorang start travel Borneo tahun ni and dah berbasikal dari Kuching, diorang nak head ke Sabah. I forgot to ask them dah brapa lama dah trip diorg kat Borneo ni.

Richard and Stani tengah dalam misi nak travel the whole world dengan menggunakan basikal, diorang nak travel secara eco-friendly katanya, to see the world from a different view. Misi diorang adalah untuk travel by bike round the world selama sepuluh tahun, and ini adalah tahun ke-tujuh diorang bike, kali kedua di Malaysia, the first time being di semenanjung lah. They've travelled to 51 countries so far, and god knows how many miles they have travel. 

Seronok gak dapat jumpa diorang, lama tak speaking (amboi!) AHAHAHA. So bila dapat jumpa and dapat tolong jadi guide diorang skejap pun rasa seronok. I mean, kat a very small pedalaman macam tempat aku ni, jarang orang luar datang. Kitorang sempat borak-borak tengah hari tadi, aku tanya diorang Malaysia macam mana, where they've been, what is their favourite place they've been to so far, lepas Borneo nak gi mana plak, and we talk mostly about environment, changes and stuff (serious discussion gitu)...and they are really, really nice people! 

Richard tengah pam basikal, 

Start jalan, hari nak hujan


Kawan aku yang aku ajak untuk show them they shortcut

Right before kitorang berpisah...ceeewah! berpisah tu

So if korang berminat nak follow perjalanan diorang korang boleh cek blog diorang ni, Velomadfr walopun blog ni original dalam bahasa Perancis, ada option 'Translate' kan so boleh laa translate ke English ke Melayu ke Cina ahaha boleh paham. Boleh follow kat Twitter diorang Velomad.

Tapi tak payah nak jadi orang puteh nak datang kampung aku di Pekan Kecil Balingian ni, kalo ada nak datang roger roger lah ye! ;)


p/s- aku tak mampu nak kayuh basikal jejauh, dua Jumaat lepas kayuh basikal pergi masjid pun dah semput -___-

Ciao!


Tuesday, April 3, 2012

Repost: Keturunan Ikan Patin, Bersaudara Ular



Assalamualaikum, Hello!

Sebenarnya, ni adalah blog kedua aku, blog pertama aku kat SINI adalah lebih personal sebenarnya ahaha. Yang ni pulak aku saja nak buat lebih informasi, trivia, join segmen (yang aku baru tau kewujudannya!) semua tu ahaha. So aku teringat plak satu entri aku dulu daripada cerita mak cik aku, so nak gak share ngan readers kat blog ni jugak! Bagi aku agak menarik!! *gambar tu aku ngan abang aku, aku lah yang comel berbaju oren tu :P*

Ni petikan dari post aku tu;

"Assalamualaikum semua? Hari ni apa khabar? Haaaa hari ni aku nak share satu cerita pasal keluarga aku, aku pun baru tau jugak cerita ni, mak cik aku yang cerita, mak cik aku dengar arwah nenek yang cerita. Rugi nya, kalaulah boleh dengar cerita ni dari arwah nenek sendiri, mungkin lagi syok!

Haaaa, dalam keluarga aku, ada pantang, jangan makan ikan patin, yes, ikan patin, tak sure ada nama lain ke tak, tapi memang bahasa melayu nya ikan patin. Ada kat wikipedia. Ni kat bawah ni lah dia rupa ikan patin; Mudah dikenali dengan kepala yang kecil dan leper berbanding badannya yang besar. 

Nenek cakap keluarga kami pantang makan ikan patin...
Mesti nak tau kenapa kan? AHAHAHA. Kejap lagi. Satu lagi pantang keluarga kitorang, yang bapak aku tak cakap pun kat aku, jangan bunuh ular. Pernah sekali ada ular lidi kot kat tangga rumah, aku nak tangkap nak bela tapi ayah kata jangan, lepaskan. And ayah pun aku rasa mungkin tak pernah bunuh ular sebab nenek dah bagitau diorang adik beradik jangan. 

AHAHA okey tiba masanya untuk aku bercerita kisah lama, tak tau lah ia pure history or just some kind of very interesting story to be told, and pass down, but bila aku dengar cerita ni rasa excited sangat! AHAHAHA. 

Nak dijadikan cerita, zaman dulu, my ancestor ni nak kahwin, takda calon. Suatu hari tengah-tengah dia tangkap ikan di sungai camtu, dia dapatlah sekor ikan patin. Tapi ikan patin tu tiba-tiba jadi sorang perempuan. Hendak dijadikan cerita, maka berkahwinlah mereka ni. Dapatlah anak, berapa orang anak aku tak pasti. Tapi suatu hari ni, mereka bergaduh, dalam2 bergaduh, si suami pun kata, 'pulanglah engkau ke tempat asal kau!' Maka dengan sedihnya (mungkin) si perempuan ni pun kembali ke sungai dan jadilah ikan patin kembali. So dari hari tu, keturunan-keturunan dia ni pun dilarang untuk makan ikan patin, bukan diharamkan, hanya dilarang, kerana akan sakitlah kalau dimakan. Arwah nenek dulu memang berkeras jangan makan ikan patin, yang tu memang aku ingat dia pesan kat kitorang. Mungkin sebab pergaduhan tadi lah agaknya. AHAHA. Wallahualam. 

Dan cerita pasal ular pulak, yang ni lebih dekat sedikit dengan timeline nenek aku, moyang ke datuk kepada nenek aku ni dah ada isteri, isteri nya pun dah alhamdulillah mengandung. Samaada anak pertama, atau yang mana, aku pun tak clear sangat, tapi dapatlah anak kembar. Tapi kembar yang sangat pelik. Seorang baby manusia, dan 'seorang' lagi seekor ular hitam. Whoaaaaah. Ape jadahnya kan? Haaa, nak dijadikan cerita, ular yang dilahirkan tadi pun balik ke hutan. Tapi mak cik aku cerita dia sering datang balik nak tengok 'adik-beradik' dia, dan jugak 'keturunan' dia. Yang paling best bila mak cik aku cakap dalam satu gambar nenek kahwin dulu, ada sekor ular hitam kat tingkap dekat dengan pengantin. Orang lain tak kisah, and dia pun tak kacau, katanya nak tengok cucu kahwin camtu. AHAHA. Aku tak jumpa gambar tu lagi, ntah ada lagi ke tidak tak sure. Tapi kat rumah dulu dalam bilik nenek ada banyak gak bekas yang dianyam dari buluh yang macam kalau korang pernah nampak orang India main seruling and ular tedung slow2 naik dari bekas tu. Lebih kurang macam tulah bekasnya. Perghhh. Mistik kan?

Aku tak brapa pernah share ngan orang kot, tapi aku suka ular, sebab diorang panjang and comel je. AHAHA. Lagillah kalau yang warna cantik. Ular tedung tu nampak cam ganas, tapi bila dia bukak 'tedung' dia tu aku rasa cam cool gila! AHAHA. Ular yang sangat cool kot. Kawan aku kat UIA ada dua orang bela ball phyton, lagilah comel, ular sawa jenis kecil, excited plak tengok macam tengok gajah saiz cam kucing. AHAHAHA. 

Kalau dulu aku rasa kalau masok Hogwarts mesti nak masok Griffindor (perghhhh...) tapi sekarang mungkin aku tak kisah kalau masok Slytherin...AHAHAHAHA. Okay, semangat Harry Potter dah naik. AHAHA. Tapi itulah, tapi disebalik some cerita-cerita lama, mungkin ada kebenarannya. Kita tak tau kan? Bukan ada mesin masa nak siasat balik apa berlaku zaman dulu-dulu. Cerita ni pun nasib baik mak cik aku ceritakan kat aku. Sebab bapak tak pernah cerita kat kitorang. So aku balik rumah nanti aku nak tanyalah bapak aku ada ke tak nenek ceritakan kat dia. Serius excited weh!

Long lost relative???

p/s- jangan lah tuduh aku kolot ke, tak betul ke lepas ni. AHAHAHA. ni kan cerita aje. ;P"


So amacam? Percaya? Tanak pecaye? AHAHAHA.


Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads