Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label TV Shows. Show all posts
Showing posts with label TV Shows. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Kedai Pajak Milik Ayah Juara American Idol 2012 Di Rompak!


Assalamualaikum, Hello!

Wow, banyak sungguh berita pasal Phillip Phillips (PP) lebih-lebih lagi lepas menang American Idol (AI) Mei lepas. Kalau semasa Idol rasa semua yang tengok tentu tau yang PP mengalami masalah batu karang, selepas tamat AI dia bagitau pulak masalah yang lagi teruk dari tu, yang dia lahir dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi! Jadi sepanjang perjalanan AI tu dia menderita sebenarnya. Patutlaa tiap kali time nyanyi macam meneran semacam kan. Hewhewhew.


Kali ni lagi berita yang kedai pajak bapak dia yang famous tiba-tiba tu kena rompak! Laporan dari TMZ mengatakan barang-barang bernilai sehingga USD 4000 telah dirompak termasuk pistol, flat-screen TV, duit syiling antik, rantai, cincin dan mesin wang pun turut dicuri! Tapi nasib baik dalam cash register tu tak banyak duit, hanya USD 110 jek (convert duit Malaysia banyak gak tu, erk!). Setakat ni, takde suspect yang ditangkap.

Walaubagaimanapun, kejadian berlaku semasa ketiadaan orang dikedai tu. Keluarga PP semua pergi ke Los Angeles untuk bersama dengan dia yang baru je lepas major surgery selama 6 jam untuk buang kidney stones dia tu. Dah selamat bedah dah pun. Tengah berehat. Yang pastinya dia akan tetap bersama dengan Idol Live Tour bermula 6 July ni di Detroit.



Apa-apapun harap dia elok jek. Aku suka lagu 'Home' dia tu, superb! Harap album dia nanti tak cikai.


Ciao!

(sumber: TMZ, Yahoo! Music)



Friday, May 18, 2012

Community: Rancangan Favourite Dah Tamat! :(


Assalamualaikum, Hello!

Hari ni tamatlah cerita favourite aku tahun ni, Community, untuk season 3. Aku tengok dari season 1 tahun ni gak hihihi, lepas tengok beberapa episod kat Fox Asia tu, aku donlod terus and boy, this is a great show! So. Damn. Good! Ikut ranking, 1. FRIENDS (of course), 2. Community! Nombo 3 ke atas tak kisah ahaha! 

Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kat fictional community college bernama Greendale yang berkumpul secara tak sengaja bila Jeff (tengok dalam gambar bawah ni) nak tackle Britta dengan buat fake study group untuk belajar bahasa Sepanyol. Everything unfolds after that. Memang diorang ni gila-gila tahap gaban! AHAHAHA. Serius!


Taknak laaa bagitau banyak-banyak, kena laa tengok sendiri :P. Aku ni memang sitcom-junkie. Macam-macam sitcom aku follow. Dah habis yang ni, kena cari yang lain. Banyak dah sitcom yang dah abis season selain Community, contoh, How I Met Your Mother season 7 dah abis (tak ade lagi mak diorang tu), Two and a Half Men season 9 pun dah abis, Happy Endings season 2, 2 Broke Girls season 1, The Big Bang Theory season 5, Park and Recreation season 4, Whitney season 1, semua dah abis.

Yang dah nak abis tak kurangnya, The Middle season 3 dah nak abis, oh, yang tu je lagi sitcom yang aku follow yang blom abis. Tu pun maybe next week abis. Haish....

Oh, Cougar Town ada lagi, phewww..

Okaylah, nak carik sitcom baru dulu nak follow!


#Community #sixseasonsandamovie #coolcoolcool #Greendale 

Ciao!



Monday, May 14, 2012

Tamat Musim [UPDATED]



Assalamualaikum, Hello!

Musim dah berubah (bagi tempat yang mengalami 4 musim) banyaklah jugak TV shows yang dah nak sampai penghujung musim, ada gak yang dah tamat musim pun, tunggu nak start musim baru next year. So aku nak share lah jugak my favourite TV shows yang aku follow :D

Mula ngan yang dah habis;

The Vampire Diaries season 3. Renewed for season 4! yeay!  Your favorite vampires will be back!
2 Broke Girls end of season 1. Season 2 confirmed renewal. Sangat lucu okeh! Pasal  dua prompuan yang berlainan background tapi senasib struggle nak bukak cupcake business sendiri. 
The Big Bang Theory season 5. Season 6 confirmed! Ahhh, sapa tak tau cerita pasal geeks ni! :D 
The Voice US season 2. Dah crown their second winner, Jermaine Paul. 
Park And Recreation season 4. Renewed for season 5, confirmed! Sangat best!
Once Upon A Time season 1. Season 2 confirmed. Aku dah buat post pasal ni .
Two and a Half Men season 9. Tak sebest zaman Charlie Sheen, tapi rasanya survive lagi. [UPDATE] Officially habis! Renewed for season 10, probably its final season. 

How I Met Your Mother season 7. [UPDATE] Officially habis with  one-hour show! Renewed for another season of course!


 Yang tak lama lagi nak abes...

American Idol 11. Top 3 sekarang, and of course, the legendary  'Hometown Heroes home visit'!
Community season 3. Fox Asia dah habis tayang season 1 and 2 nak masuk season 3, tapi US dah nak abis dah... Favourite show sekarang ni! tahap Friends kih3

Glee season 3. ada yang bakal graduate tak lama lagi!

Modern Family season 3. Family of first world problem. LOL!
The Middle season 3. My favourite family on tv! AHAHAHA. Cerita pasal middle income family yang struggle nak jadikan kehidupan diorang at the very least senang 'sedikit' tapi chaotic jugak jadinya..AHAHA. Serius aku suka!
Grimm season 1. Drama polis tapi jugak melibatkan unsur-unsur fairy tales, cuma lagi gelap dan thrilling berbabding Once Upon A Time. Renewed for season 2. 

And lastly yang aku tunggu-tunggu!! Satu ni aje, White Collar season 4!! Sebab yang ni paling dekat nak start, new season start July ni. :D


Aku lagi suka sebenarnya tengok TV shows dari movie. So, harap nanti ada yang nak buat cerita Harry Potter jadi TV shows, ada 7 season, satu season satu buku. Perghhh! AHAHAHA. Amacam, mantap tak idea tu? Ada yang nak tengok tak kalo Harry Potter jadi tv shows, aku semestinya nak!!


p/s-aku tak tengok TV. Aku tengok laptop. LOL!


Tuesday, May 8, 2012

Pada Suatu Masa Dahulu.....


Assalamualaikum, Hello!

Siapa sini suka Fairy Tale stories? Aku memang suka! Aku siap semangat lagi beli buku complete fairy tales stories yang telah dicompile daripada kesemua hasil tulisan dua beradik famous, Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm atau lebih dikenali sebagai Brothers Grimm. Tapi aku bukan nak cerita pasal diorang, tapi nak cerita pasal satu TV show yang dah lama aku follow yang bertajuk, 'Once Upon A Time'.

Ye ye cerita ni belum keluar lagi kat Malaysia (harap-harap Starworld ke Fox ke AXN ke ada show nanti) tapi kat America lagi satu episode maka tamatlah cerita musim pertama. Harap ada musim kedua. Kalau korang familiar ngan fairy tales yang biasa korang tengok dalam kartun Disney tu, bersedialah sebab semuanya akan bercampur aduk dalam cerita ni. Ala, macam cerita the 10th Kingdom jugak ala-alanya, cuma lebih panjang, dan modern, dan buat kau rasa macam nak ketuk-ketuk laptop sebab terlalu emo. AHAHAHA. Ye, kalau tengok cerita ni, memang akan rasa macam mak-mak nenek-nenek kita yang selalu emosi kalo tengok drama Indonesia.



Aku taknak laa bagi spoiler tapi sedikit introduction pasal Once Upon A Time ni, pada zaman dahulu, selepas perkahwinan Prince Charming dan Snow White, The Evil Queen berazam untuk membalas dendam, dan dendamnya tercapai apabila permaisuri jahat tu melepaskan suatu sumpahan yang amat dasyat yang membawa semua karakter-karakter fairy tales ke dunia sekarang, dunia yang tiada magik. Mereka semua dibangkitkan dengan identiti baru dan tak ingat apa yang berlaku, dan sekarang mereka tinggal disebuah bandar kecil yang diberi nama Storybrooke. Hanya seorang aje yang tau kebenaran, dan hanya sorang je yang boleh batalkan sumpahan. 

Aku rate cerita ni 8.5/10, kalau ada show kat TV jom tengok! Kalau takde ehehehe, pandai-pandailah nak carik eh, HINT! Antara watak lain yang korang akan jumpa nanti ialah Rumplestiltskin, Little Red Riding Hood, The seven dwarves, Jiminy Crickett, Cinderella, Pinocchio dan banyak lagi! Korang akan rasa sangat takjub sebab backstory yang direka dalam cerita ni memang kena sangat, sampai rasa convince benta tu berlaku! AHAHA. Paling takpun, aku lah yang percaya kan (sebab obses sangat...).

Poster watak-watak cerita ni;

Watak utama Jennifer Morrison sebagai Emma Swan, kalau rasa muka dia familiar, mesti korang  pernah tengok cerita How I Met Your Mother, dia jadi Zoey, ex Ted Mosby season 6.

Joshua Dallas sebagai James a.k.a Prince Charming / David Nolan. Dia jugak ada berlakon dalam cerita Thor sebagai Fandral

Lana Parilla sebagai Evil Queen/Regina Mills

Robert Carlyle sebagai Rumplestiltskin/Mr. Gold kalau penah tengok 28 Weeks Later tu, yang watak utama tu dialah

Ginnefer Goodwin sebagai Snow White/Mary Margaret Blancard
 Serius kalau korang minat Fairy Tales and nak tengok macam mana fairy tales dalam cerita ni diolah, korang kena tengok!


p/s- teringat zaman sekolah dulu untuk markah oral kerlah English kena buat lakonan so group aku buat spin-off cerita Cinderella, tapi tukar nama jadi Cindernana sebab kawan aku tu nama dia Nana. :P Markah baik punya! :D



Tuesday, March 27, 2012

Karam Lagi Dalam Dari Titanic


Assalamualaikum, Hello!

Kalau sebut pasal Titanic apa korang ingat? Movie ke, tragedi? Tak lama lagi Titanic akan menyambut ulangtahun ke-100 hari peringatan berlakunya tragedi tersebut. Tapi bukan itu yang aku nak tulis hari ni. Post ni adalah pasal pengarah dan penulis (juga co-producer and co-editor) filem Titanic iaitu sedara James Cameron. Pada aku, James Cameron ni bukan lah pengarah biasa, tapi dia ni suka push himself to a new limit. Selain Titanic, Cameron juga pengarah bagi filem Avatar, Terminor 1 dan 2, Aliens dan banyak lagi.

So, bagi yang tak tau lagi, Cameron semalam (ikut tarikh 26 Mac) telah pun selamat pergi explore secara solo titik paling dalam kat dunia ni, iaitu Challenger Deep, Mariana Trench. Sedalam hampir 7 batu (6.83 miles, about 10.99 km) ke dasar bumi, Gunung Everest pun boleh tenggelam kalau dimasukkan dalam 'parit' ni.

Cameron menggunakan kenderaan selam yang berteknologi tinggi, mampu menahan tekanan yang tinggi, pressure kat situ mencecah 7 ton per square inch! Manusia boleh kemek habis tau! Even kapal selam itu sendiri mengecut sebanyak 7 inci dek tekanan melampau. So jangan main-main, ekspidisi sebegini bukanlah sesuatu yang boleh buat main-main, lebih-lebih lagi James Cameron bukanlah Oceanographer yang qualify, tapi sebab minat mendalam beliau, dia berjaya pergi. Dia ni bijak sebenarnya, macam Steve Jobs jugak. 

So apa-apa pun, tengok lah dulu gambar yang ada ni, mungkin korang jugak mendapat sumber inspiraqsi macam beliau!


Setelah selamat sampai dari titik paling dalam dasar laut, Challenger Deep

Nilah kapal selam dia, Deepsea Challenger (DCV1)

Mariana Trench ni dekat je ngan Malaysia ahahaha, 


Dia ada show ngan Nation AGeographic, James Cameron's Alien World kalo tak salah namanya, aku dah tengok, video superb weh!

Carta kedalaman Challenger Deep, Mariana Trench

Inilah tweet paling 'dalam' kat dunia ni, literally! Cameron tweet setelah sampai ke Challenger Deep, perghh mantap!

Haaa...mungkin satu tujuan dia nak cari inspirasi untuk movie baru (Avatar 2 and 3 dalam proses), dan satu lagi dia ni memang minat sangat kat dunia laut ni...kalau dah minat, setinggi mana pun gunung nak daki, sedalam manapun lurah dituruni, eceh!

Quote dari Daily Mail taun lepas;

“Twelve men have walked on the surface of the moon and maybe 500 have traveled to space, but only [two] have visited the very deepest point of the ocean, which they reached on January 23, 1960.”—Daily Mail, September 17, 2010

Tu taun lepas, so sekarang ni dah ada tiga oranglah! Nak jadi yang keempat kelima? Selagi ada impian, jangan sesekali bagi impian tu padam okeh!

Nak tau lagi lanjut sila tengok DeepSea Challenge ni.


(Sumber: www.guardian.co.uk ; www.telegraph.co.uk ; www.nationalgeographic.com)

Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads