Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Animal. Show all posts
Showing posts with label Animal. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Live Green, Save The Turtles, And Pledge Now!


Assalamualaikum, Hello!

Ini peluang untuk korang do some good for the animals! Kita sedia maklum yang penyu merupakan salah satu haiwan yang diancam kepupusan. Kalau korang nak tau, penyu memang bertelur banyak, tetapi dalam banyak anak-anak yang menetas tu, hanya dalam satu hingga dua yang berjaya hidup sehingga dewasa. Tau sebab apa? Anak-anak penyu tu senang menjadi mangsa kepada haiwan laut yang lagi besar. Dan tau tak, kadang-kadang, anak-anak penyu ni tak sempat pun nak menetas! Sebab ada manusia yang mengambil telur penyu ni untuk dijual dan dimakan.

Tak dinafikan, memang ada orang yang suka makan telur penyu, macam exotic cuisine sebab bukan selalu dapat. So sekarang mari kita sama-sama inform kat semua, elakkan dari membeli dan memakan telur penyu! Bagilah anak penyu tu peluang untuk melihat suasana kehidupan. Penyu bertelur banyak sebab penyu tak menjaga anaknya. Anak penyu memang kena survive dengan sendiri dari kecik lagi, dan memang akan banyak yang tak akan sempat dewasa, memang kitaran hidup diorang macam tu. Tapi jangan pulak kita manusia mengurangkan peluang anak-anak penyu ni menjadi dewasa dan kembali bertelur dengan mengambil telur penyu.


So jom semua, kita berikrar sesama untuk selamatkan penyu dari kepupusan! Semoga orang lain akan ikut apa yang kita buat, kita buat kerja baik ni. :) Klik je banner-banner kat atas tu untuk pledge atau pun kat SINI! Jom! Spread the words!

Untuk blogger, boleh join contest dari WWF Malaysia ni kat SINI. Senang jek, korang perlu ajak ramai kawan korang pledge 'Live Green' ni! Top 2 referer akan menang trip ke Setiu Wetlands untuk dua orang pada 13 hingga 15 Julai ni! Maybe boleh jumpa penyu secara live! ;P

Ciao!



Wednesday, June 13, 2012

Wonderful Wildlife Wednesday #001 Beautiful Wilderness


Assalamualaikum, Hello!

Haiwan ni sememangnya amazing creatures yang kita patut appreciate sesama. Dulu, penah gak terfikir nak jadi vet tapi entah laa kenapa tak pulak. Tak pun jadi zoologist, lagi cool beans! Kalo tengok kat Animal Planet ke National Geographic Wild ke, banyak shows yang ceritakan tentang keindahan dan ke-amazing-an animal kingdom ni. 


Comel je diorang ni! Ini White face whistling duck namanya...maybe sebab dia selalu bersiul? :P

Humpback whale, the gentle giant of the sea

Awww yang ni lagi sweet mweet gitu! 

Beluga whale, buat bubble ring, pintar!

Ini sebab korang jangan makan telur penyu! Comel kot!

Channel billed toucan, cantik kan?

Saving the cutest for the last! Francois' Langur, spesies lutung yang spesel ni! Time kecik oren, dah besar hitam. Serius comel yang kecik ni!

See? Amazing creatures they are! Jadi kita kena jaga diorang selaku 'the bigger man'. Jangan kita yang dikurniakan akal ni pulak yang bertindak kebinatangan. :P. Lagi satu, jangan lee makan telur penyu ek? Penyu ni endangered spesies, kesian diorang.


Iklan jap!



Ciao!

(sumber: Pinterest)


Thursday, May 31, 2012

Hamster Berlakon Mati Kena Tembak!


Assalamualaikum, Hello!

Ya Allah punyalah comel hamster tu pandai berlakon!! Geramnya tengok dia!!! AHAHAHAHA. Jap lagi aku nak try plak kat hamster aku camne, boleh ke tak berlakon camni!


Ciao!

(sumber: Youtube)


Saturday, May 26, 2012

Mereka Yang Dalam Bahaya



Assalamualaikum, Hello!

Oh, mereka yang dalam bahaya tu, haiwan sebenarnya. Aku pencinta haiwan, tapi taklah tahap taksub sangat sampai nak berdemo bagai, tapi at least aku adalah sedikit kesedaran tentang haiwan-haiwan yang dalam bahaya kearah kepupusan akibat ketamakan manusia.

Sebab tu aku marah kalau tengok manusia balas dendam kat buaya kalau buaya tu baham manusia, dibunuh lepas tu dibelah perutnya. Diorang ni tak terfikir ke yang buaya tu tak tau ada akal nak bezakan manusia dan binatang-binatang lain yang dia makan? Kalau betul tak nak jadi kejadian macam tu, tangkap lah buaya tu, hantar ke zoo. Lagi baik.

Okeh, marah-marah plak aku. Jom tengok antara spesis-spesis haiwan yang dalam bahaya. Ada banyak sebenarnya, tapi yang ni aku jumpa tadi;

1. Gajah Afrika


 2. Budgett's frog


3. Rowley's Palm pit viper



4. Clouded leopard



5. Golden Lion Tamarins



6. Coquerel's sifaka (black and white lemur)



7. Damaraland mole rats



8. Spectacled Owl (spesis haiwan kesayangan aku pun ada gak endangered, save the owl, save the world! ;P)



Jadi, timbulkan kesedaran dalam diri masing-masing, tak boleh nak spread guna mulut, guna blog! Betul! Aku kalo nak cakap-cakap pun aku ni malu nak berucap, aku lebih suka menulis. Haiwan-haiwan ni pun ciptaan Allah, bukan kita aje. Kita manusia diberi akal fikiran untuk berfikir, tapi ada sebilangan yang nafsu dia tempat lagi tinggi dari akal. Kita kan khalifah di muka bumi, jadi kita kena jaga semua yang ada! Tak bolehlah nak main tebas sana tebas sini, gondal sana gondol sini, tembak sana tembak sini...haishhhh


Bantulah mereka :)

(sumber: Guardian)



Tuesday, April 3, 2012

Repost: Keturunan Ikan Patin, Bersaudara Ular



Assalamualaikum, Hello!

Sebenarnya, ni adalah blog kedua aku, blog pertama aku kat SINI adalah lebih personal sebenarnya ahaha. Yang ni pulak aku saja nak buat lebih informasi, trivia, join segmen (yang aku baru tau kewujudannya!) semua tu ahaha. So aku teringat plak satu entri aku dulu daripada cerita mak cik aku, so nak gak share ngan readers kat blog ni jugak! Bagi aku agak menarik!! *gambar tu aku ngan abang aku, aku lah yang comel berbaju oren tu :P*

Ni petikan dari post aku tu;

"Assalamualaikum semua? Hari ni apa khabar? Haaaa hari ni aku nak share satu cerita pasal keluarga aku, aku pun baru tau jugak cerita ni, mak cik aku yang cerita, mak cik aku dengar arwah nenek yang cerita. Rugi nya, kalaulah boleh dengar cerita ni dari arwah nenek sendiri, mungkin lagi syok!

Haaaa, dalam keluarga aku, ada pantang, jangan makan ikan patin, yes, ikan patin, tak sure ada nama lain ke tak, tapi memang bahasa melayu nya ikan patin. Ada kat wikipedia. Ni kat bawah ni lah dia rupa ikan patin; Mudah dikenali dengan kepala yang kecil dan leper berbanding badannya yang besar. 

Nenek cakap keluarga kami pantang makan ikan patin...
Mesti nak tau kenapa kan? AHAHAHA. Kejap lagi. Satu lagi pantang keluarga kitorang, yang bapak aku tak cakap pun kat aku, jangan bunuh ular. Pernah sekali ada ular lidi kot kat tangga rumah, aku nak tangkap nak bela tapi ayah kata jangan, lepaskan. And ayah pun aku rasa mungkin tak pernah bunuh ular sebab nenek dah bagitau diorang adik beradik jangan. 

AHAHA okey tiba masanya untuk aku bercerita kisah lama, tak tau lah ia pure history or just some kind of very interesting story to be told, and pass down, but bila aku dengar cerita ni rasa excited sangat! AHAHAHA. 

Nak dijadikan cerita, zaman dulu, my ancestor ni nak kahwin, takda calon. Suatu hari tengah-tengah dia tangkap ikan di sungai camtu, dia dapatlah sekor ikan patin. Tapi ikan patin tu tiba-tiba jadi sorang perempuan. Hendak dijadikan cerita, maka berkahwinlah mereka ni. Dapatlah anak, berapa orang anak aku tak pasti. Tapi suatu hari ni, mereka bergaduh, dalam2 bergaduh, si suami pun kata, 'pulanglah engkau ke tempat asal kau!' Maka dengan sedihnya (mungkin) si perempuan ni pun kembali ke sungai dan jadilah ikan patin kembali. So dari hari tu, keturunan-keturunan dia ni pun dilarang untuk makan ikan patin, bukan diharamkan, hanya dilarang, kerana akan sakitlah kalau dimakan. Arwah nenek dulu memang berkeras jangan makan ikan patin, yang tu memang aku ingat dia pesan kat kitorang. Mungkin sebab pergaduhan tadi lah agaknya. AHAHA. Wallahualam. 

Dan cerita pasal ular pulak, yang ni lebih dekat sedikit dengan timeline nenek aku, moyang ke datuk kepada nenek aku ni dah ada isteri, isteri nya pun dah alhamdulillah mengandung. Samaada anak pertama, atau yang mana, aku pun tak clear sangat, tapi dapatlah anak kembar. Tapi kembar yang sangat pelik. Seorang baby manusia, dan 'seorang' lagi seekor ular hitam. Whoaaaaah. Ape jadahnya kan? Haaa, nak dijadikan cerita, ular yang dilahirkan tadi pun balik ke hutan. Tapi mak cik aku cerita dia sering datang balik nak tengok 'adik-beradik' dia, dan jugak 'keturunan' dia. Yang paling best bila mak cik aku cakap dalam satu gambar nenek kahwin dulu, ada sekor ular hitam kat tingkap dekat dengan pengantin. Orang lain tak kisah, and dia pun tak kacau, katanya nak tengok cucu kahwin camtu. AHAHA. Aku tak jumpa gambar tu lagi, ntah ada lagi ke tidak tak sure. Tapi kat rumah dulu dalam bilik nenek ada banyak gak bekas yang dianyam dari buluh yang macam kalau korang pernah nampak orang India main seruling and ular tedung slow2 naik dari bekas tu. Lebih kurang macam tulah bekasnya. Perghhh. Mistik kan?

Aku tak brapa pernah share ngan orang kot, tapi aku suka ular, sebab diorang panjang and comel je. AHAHA. Lagillah kalau yang warna cantik. Ular tedung tu nampak cam ganas, tapi bila dia bukak 'tedung' dia tu aku rasa cam cool gila! AHAHA. Ular yang sangat cool kot. Kawan aku kat UIA ada dua orang bela ball phyton, lagilah comel, ular sawa jenis kecil, excited plak tengok macam tengok gajah saiz cam kucing. AHAHAHA. 

Kalau dulu aku rasa kalau masok Hogwarts mesti nak masok Griffindor (perghhhh...) tapi sekarang mungkin aku tak kisah kalau masok Slytherin...AHAHAHAHA. Okay, semangat Harry Potter dah naik. AHAHA. Tapi itulah, tapi disebalik some cerita-cerita lama, mungkin ada kebenarannya. Kita tak tau kan? Bukan ada mesin masa nak siasat balik apa berlaku zaman dulu-dulu. Cerita ni pun nasib baik mak cik aku ceritakan kat aku. Sebab bapak tak pernah cerita kat kitorang. So aku balik rumah nanti aku nak tanyalah bapak aku ada ke tak nenek ceritakan kat dia. Serius excited weh!

Long lost relative???

p/s- jangan lah tuduh aku kolot ke, tak betul ke lepas ni. AHAHAHA. ni kan cerita aje. ;P"


So amacam? Percaya? Tanak pecaye? AHAHAHA.


Ciao!


Monday, April 2, 2012

Animasi Pendek Burung Marah


Assalamualaikum, Hello!

Ramai tak peminat Angry Birds kat sini? AHAHAHAHA first time main game ni, memang buat aku addict. Slagi tak complete level tak puas hati! Macam main Plant VS Zombies jugak, LOL! Cuma yang ni dia banyak games dah, ada Angry Birds Season, Angry Birds Rio and yang latest Angry Birds Space, perghhhhh.... There's no way of stopping those birds from chasing the pigs :P Ni dah jadi satu cosmical event plak! 

Mungkin dulu ada gak yang penah dengar movie Angry Birds is in the talk, yes, it is in the talk, cuma yang akan keluar first adalah TV show pendek, about 2 setengah minit hingga 3 minit camtu. Alaa, macam cerita Upin Ipin tu laa, pendek2 je satu episod...

Bila nak keluar??

Animasi Angry Birds ni akan keluar pada musim luruh tahun ni, so, round hujung September camtu. Sebanyak 52 episod animasi pendek ini akan disiarkan. Ia aka ditayangkan melalui internet. Video app khas untuk tengok siri ni masih dalam development, tapi mungkin akan ada jugak kat youtube (harap-harap!), kalo nak tengok kat TV, spapa-sapa dah ada Samsung Smart Internet TV bolehlaa tengok kt TV, kalo macam aku yang masih pakai CRT lagi harapan laa T^T...Movie pulak dijangka keluar mungkin 2013, atau 2014.

Yang baju merah tu Nick Dorra, Rovio's head of animation tengah bagitau pasal projek animasi Angry Birds di Cannes.
Kalau korang rajin tengok YouTube, korang akan jumpa gak sikit-sikit short animation Angry Birds dari Rovio, tapi biasanya untuk tujuan promosi lah...Kalo tak penah tengok lagi, tengoklaa kat bawah ni!






Adakah korang excited?? :D


(sumber: www.guardian.co.uk ; www.youtube.com)


Ciao!


Tuesday, March 27, 2012

Baby Owls Adopted


Assalamualaikum, Hello!

Ada ke yang nak bela burung hantu kat rumah? Biasa mesti nak yang comel-comel, kurang garang kan? Macam kucing, ada yang bela anjing, burung nuri, kura-kura dan sebagainya. Aku plak develop obsession ngan burung hantu, yes, Owls! Aku rasa diorang ni lah species burung paling comel kat dunia! ~lalalala~ Aku pun tak sure, maybe Harry Potter membantu kegilaan aku ngn burung hantu ni ahahaha!


So kawan aku bagi link kat Twitter hari tu pasal sorang lelaki yang adopt dua ekor burung hantu 'Burrowing Owls' ni, so aku pun excited gila! Kalau ada sapa-sapa nak bagi aku adopt burung hantu please, let me know!!

Dua baby Owls ni dinamakan Linford and Christie, nak tau yang mana satu Linford mana satu Christie, cuba le teka! 

Perghhh, pandai posing kot! Kalah model!

bersama anjing tuannya, JT

Inilah tuan diorg yang baik hati nak adopt diorg ni! sedara Jimmy Robinson 

Posing standard owl, kepala sangat, mesti ada!

So sekali lagi, kalo ada yang nak kasi aku jaga Owls ni, kasi kontek sama aku!! aahahahaha aku minat sangat burung ni! 


Ciao!

Bukti minat burung hantu, LOL!

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads