Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Achievement. Show all posts
Showing posts with label Achievement. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Baru Seratus, Tak Perlu Bangga Sangat


Assalamualaikum, Hello!

Kembali lagi lepas bercuti, betul-betul pulak ni adalah post aku yang ke-100! Ye, memang tak perlu nak bangga sangat pun sebab blogger-blogger lain dah post siap beribu-riban, aku ni masih level 'merangkak' lagi kalau nak dibandingkan.

Cuma sempena ni, aku harap aku akan sentiasa komited nak update blog ni, nak update lagi rupa paras blog aku ni. Idea dah ada, tapi nak buat tu macam........takpe-takpe, aku try slow-slow dulu. Pada aku, rupa blog jugak satu tarikan untuk aku kunjung blog orang lain, so aku kena gak kasi blog ni cantik sikit :P.

Yerr lepas ni nak gak jadi rajin balik join segmen-segmen, lama tak join. Ramai blogger rajin buat segmen sekarang ni, rasa nak join semua tapi tak boleh. InsyaAllah akan try join lagi dalam masa terdekat. Orang buat segmen ni tak berhenti, tiap-tiap hari ade, pilih je nak join :D. Aku plak, malas nak buat. -__-"

Post yang ke-100. 

Banyak lagi nak kena improve. 

Sebelum tu;


Ciao!


Monday, May 28, 2012

Rakit Kami Tak Menang



Assalamualaikum, Hello!

Tajuk cam sedih kan? kan? Tapi tak! Aku tak sedih pun, happy lagi ada. AHAHA. Yelah adat pertandingan, ada menag ada kalah. Kalau nak merajuk pun bukan orang nak bagi hadiah kategori kuat merajuk kan? LOL!

Ye gambar atas tu rakit kumpulan kami. Aku tak join diorg dalam rakit, aku tolong design je. Segan nak jadi model Melanau dalam tu. Cukuplah kawan-kawan aku yang ada dalam rakit tu. 

Ni dia model-model untuk rakit kitorang. AHAHAHA. Kalau nak tau tu semua pakaian tradisi orang Melanau.

Pemuzik khas untuk menceriakan suasana rakit :D

Pabila gendang dah di palu, maka berjoget lah diorang. Orang Sarawak kata 'bertandak'. :D

Ini sebenarnya sebahagian dari pertandingan bersempena Pesta Bederun Balingain 2012 yang didakan di pekan kecil Balingian (kampung halaman aku) sekali setiap dua tahun. 'Bederun' bermaksud 'berkumpul' dalam bahasa Melanau Balingian. Sesuai dengan namanya, memang ramailah orang berkumpul! Kebetulan diadakan bermula musim cuti maka ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dah enjoy kemeriahan. Ditambah lagi dengan cuaca yang elok (lebih dari elok sebenarnya!), ramai yang duduk tepi sungai dan jeti-jeti nak tengok acara-acara yang diadakan yang banyaknya sukan-sukan air.

Okeh jom tengok rakit-rakit lain!












Kalau korang perasan khemah ni semua dibuat dari benda-benda asli tau, anyaman-anyaman dibuat daripada daun nipah sebab daun tu memang senang nak dapat, tepi sungai banyak. Memang tema dia pun mesti kuatkan unsur-unsur 'Melanau' dalam dia. :D 

Sayangnya buat masa ni pesta ni masih diadakan selang dua tahun atas sebab 'budget'. Harap-harap lepas ni adalah yang sudi nak sponsor pesta ni. Tahun ni pesta ni diadakan hujung minggu lepas, 25-27 Mei 2012. Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib datang untuk upacara penangguhan majlis. Turut hadir YB Dr Muhammad Leo dan YB Fatimah. 

Nanti aku akan post lagi satu pasal acara-acara lain. :P

Ciao!


Tuesday, May 8, 2012

Follower Ke-100


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, ramai jugak yang follow blog ni. Dah mencapai 100 follower dah! Aku bersyukur gak, walaupun takdelah pencapaian yang boleh dibangga sangat, 100 orang, mungkin pada yang dah beribu-riban follower tu takde ape sangat, AHAHAHAHA. Tapi bagi aku nilah langkah sikit demi sikit dalam dunia blogging ni. :)

Sapa dia tu yang menjadi follower ke-100 aku? Siapa dia yang bertuah? Ini dia!!


Boleh klik header dia ni untuk ke blog sedara Nawza89.

Untuk saudara Nawza89 saya ada sedikit hadiah untuk anda, diharap anda dapat hantarkan nama penuh, alamat, serta nombor telefon ke alamat e-mail saya nurazam.shahdan@gmail.com. Hadiahnya berupa keychain aje, tapi tetap nak bagi jugak sebagai tanda penghargaan. :)

Next mark? InsyaAllah ada untuk yang ke 200, 300, 400 da seterusnya! Jadi dengan ini tanpa segan silunya aku ajak korang promote blog humble aku ni reramai. Hihi!



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads