Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Endangered Species. Show all posts
Showing posts with label Endangered Species. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Live Green, Save The Turtles, And Pledge Now!


Assalamualaikum, Hello!

Ini peluang untuk korang do some good for the animals! Kita sedia maklum yang penyu merupakan salah satu haiwan yang diancam kepupusan. Kalau korang nak tau, penyu memang bertelur banyak, tetapi dalam banyak anak-anak yang menetas tu, hanya dalam satu hingga dua yang berjaya hidup sehingga dewasa. Tau sebab apa? Anak-anak penyu tu senang menjadi mangsa kepada haiwan laut yang lagi besar. Dan tau tak, kadang-kadang, anak-anak penyu ni tak sempat pun nak menetas! Sebab ada manusia yang mengambil telur penyu ni untuk dijual dan dimakan.

Tak dinafikan, memang ada orang yang suka makan telur penyu, macam exotic cuisine sebab bukan selalu dapat. So sekarang mari kita sama-sama inform kat semua, elakkan dari membeli dan memakan telur penyu! Bagilah anak penyu tu peluang untuk melihat suasana kehidupan. Penyu bertelur banyak sebab penyu tak menjaga anaknya. Anak penyu memang kena survive dengan sendiri dari kecik lagi, dan memang akan banyak yang tak akan sempat dewasa, memang kitaran hidup diorang macam tu. Tapi jangan pulak kita manusia mengurangkan peluang anak-anak penyu ni menjadi dewasa dan kembali bertelur dengan mengambil telur penyu.


So jom semua, kita berikrar sesama untuk selamatkan penyu dari kepupusan! Semoga orang lain akan ikut apa yang kita buat, kita buat kerja baik ni. :) Klik je banner-banner kat atas tu untuk pledge atau pun kat SINI! Jom! Spread the words!

Untuk blogger, boleh join contest dari WWF Malaysia ni kat SINI. Senang jek, korang perlu ajak ramai kawan korang pledge 'Live Green' ni! Top 2 referer akan menang trip ke Setiu Wetlands untuk dua orang pada 13 hingga 15 Julai ni! Maybe boleh jumpa penyu secara live! ;P

Ciao!



Wednesday, June 13, 2012

Wonderful Wildlife Wednesday #001 Beautiful Wilderness


Assalamualaikum, Hello!

Haiwan ni sememangnya amazing creatures yang kita patut appreciate sesama. Dulu, penah gak terfikir nak jadi vet tapi entah laa kenapa tak pulak. Tak pun jadi zoologist, lagi cool beans! Kalo tengok kat Animal Planet ke National Geographic Wild ke, banyak shows yang ceritakan tentang keindahan dan ke-amazing-an animal kingdom ni. 


Comel je diorang ni! Ini White face whistling duck namanya...maybe sebab dia selalu bersiul? :P

Humpback whale, the gentle giant of the sea

Awww yang ni lagi sweet mweet gitu! 

Beluga whale, buat bubble ring, pintar!

Ini sebab korang jangan makan telur penyu! Comel kot!

Channel billed toucan, cantik kan?

Saving the cutest for the last! Francois' Langur, spesies lutung yang spesel ni! Time kecik oren, dah besar hitam. Serius comel yang kecik ni!

See? Amazing creatures they are! Jadi kita kena jaga diorang selaku 'the bigger man'. Jangan kita yang dikurniakan akal ni pulak yang bertindak kebinatangan. :P. Lagi satu, jangan lee makan telur penyu ek? Penyu ni endangered spesies, kesian diorang.


Iklan jap!



Ciao!

(sumber: Pinterest)


Saturday, May 26, 2012

Mereka Yang Dalam Bahaya



Assalamualaikum, Hello!

Oh, mereka yang dalam bahaya tu, haiwan sebenarnya. Aku pencinta haiwan, tapi taklah tahap taksub sangat sampai nak berdemo bagai, tapi at least aku adalah sedikit kesedaran tentang haiwan-haiwan yang dalam bahaya kearah kepupusan akibat ketamakan manusia.

Sebab tu aku marah kalau tengok manusia balas dendam kat buaya kalau buaya tu baham manusia, dibunuh lepas tu dibelah perutnya. Diorang ni tak terfikir ke yang buaya tu tak tau ada akal nak bezakan manusia dan binatang-binatang lain yang dia makan? Kalau betul tak nak jadi kejadian macam tu, tangkap lah buaya tu, hantar ke zoo. Lagi baik.

Okeh, marah-marah plak aku. Jom tengok antara spesis-spesis haiwan yang dalam bahaya. Ada banyak sebenarnya, tapi yang ni aku jumpa tadi;

1. Gajah Afrika


 2. Budgett's frog


3. Rowley's Palm pit viper



4. Clouded leopard



5. Golden Lion Tamarins



6. Coquerel's sifaka (black and white lemur)



7. Damaraland mole rats



8. Spectacled Owl (spesis haiwan kesayangan aku pun ada gak endangered, save the owl, save the world! ;P)



Jadi, timbulkan kesedaran dalam diri masing-masing, tak boleh nak spread guna mulut, guna blog! Betul! Aku kalo nak cakap-cakap pun aku ni malu nak berucap, aku lebih suka menulis. Haiwan-haiwan ni pun ciptaan Allah, bukan kita aje. Kita manusia diberi akal fikiran untuk berfikir, tapi ada sebilangan yang nafsu dia tempat lagi tinggi dari akal. Kita kan khalifah di muka bumi, jadi kita kena jaga semua yang ada! Tak bolehlah nak main tebas sana tebas sini, gondal sana gondol sini, tembak sana tembak sini...haishhhh


Bantulah mereka :)

(sumber: Guardian)



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads