Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Exploration. Show all posts
Showing posts with label Exploration. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Bot Berkuasa Solar Pertama Mengelilingi Dunia


Assalamualaikum, Hello!

Sebuah catamaran yang diberi nama Turanor PlanetSolar telah menjadi bot pertama mengelilingi dunia dengan dikuasai sepenuhnya oleh tenaga solar. Bot sepanjang 100 kaki (30.48 meter) itu menamatkan misi selama lebih kurang 19 bulan pada Jumaat lepas. Bot berkrew lima ini memulakan dan menamatkan perjalanan mereka di Monaco, dan berhenti di 29 buah negara antaranya Tangier, Miami, Cancun, Kepulauan Galapagos, French Polynesia, Brisbane, Hong Kong, Singapore, Bombay, Abu Dhabi dan Doha. Tujuan pelayaran mereka adalah untuk mempromosikan kepentingan tenaga solar. 

Selain mencatat rekod sebagai bot pertama berkuasa solar mengelilingi dunia, mereka juga mencatat empat rekod lain iaitu, perlayaran paling jauh untuk bot berkuasa solar (sejauh 31, 484 batu), bot berkuasa solar paling pantas menyeberangi Laut China Selatan, bot berkuasa solar paling pantas menyeberangi Lautan Atlantik, dan juga bot berkuasa solar paling besar.

  


Kru-kru kapal termasuklah keua ekspedisi Rapahel Domjan dari Switzerland, Erwann Le Rouzic dan Patrick Marchesseau dari Perancis, Bosun Jens Langwasser dari Jerman, dan Christian Ochsenbein yang juga berasal dari Switzerland.

Menariknya juga, kapal yang dipanggil 'Turanor' ini sebenarnya mengambil rujukan dari 'Lord Of The Ring' karya J.R.R Tolkien. 'Turanor' bermaksud, 'kuasa matahari' dalam buku tersebut.




Cantik kan kapal ni? Futuristik sungguh! Untuk tau lebih lanjut sila baca di SINI.


(sumber: GrindTV)


Wednesday, April 4, 2012

Google Art Project


Assalamualaikum, Hello!

Hari ni aku nak share benda yang sangat best untuk korang! Inilah dia Google Art Project! 

Ape benda?

Well, Google Art Project paling senang aku nak katakan, himpunan koleksi-koleksi hasil seni di muzium-muzium terkemuka diseluruh dunia yang korang boleh tengok dengan paparan beresolusi tinggi tahap ultras...LOL! Betol! Tak caya nanti korang try..

Google Art Gallery ni dah compile lebih daripada 30 000 artwork dari 151 muzium dari 40 buah negara. Tapi sayangnya tak adapun dari Malaysia :(. Mungkin lambat sikit nak ada kot. So tengok dulu apa yang ada kat sini. Yang gambar atas sekali tu korang akan jumpa bila pergi kat GoogleArtProject ni. Tapi gambar dia berubah-ubah, so menarik sikit! :D

Dia ada banyak cara untuk korang browse koleksi-koleksi paintings ni; 1) Collection, 2) Artists, 3) Artworks; and 4) User Galleries. Jom tengok satu satu;



1) Collection. Dalam Collection dia ada senaraikan nama-nama galeri atau muzium yang koleksi diorang ada dipamer dalam Google Art Project ni. So korang boleh cari mana-mana muzium yang korang nak tengok-tengok dari A-Z. Seperti aku cakap tadi, Balai Seni Lukis Malaysia atau mana-mana galeri di Malaysia takdak lagi. Singapore ada plak. Contoh korang nak tengok Museum of Modern Arts, MoMA ada kat situ tekan 'M'. 


2. Artists. Kalau korang kenal artis yang korang nak tengok artwork dia, try tab 'Artists'. Sama jugak style dia, carian A-Z untuk senangkan korang, ikut first name diorang. Macam aku nak tengok 'Leonardo da Vinci' punya lukisan cari kat tab 'L' pulak.. Jumpa laaa pak cik ni... Ada nombo 13 kat situ maksudnya jumlah artwork dia yang dipamer kat seluruh web ni.


Ni adalah hasil-hasil lukisan Leonardo da Vinci


So aku pilih artwork 'Annunciation' dia ni nak tengok.


One of the best feature kat dalam site ni yang aku suka adalah korang boleh zoom gambar ni dekat-dekat tanpa pixel dia pecah pun! Sebab semua artwork yang tersenarai dalam ni setiap satu diambil gambarnya dengan resolusi yang sangat tinggi! Macam korang tengok bawah kanta! Dengan mata kasar pun takde zoom-zoom macam ni ahaha. So mudahlah untuk sesiapa yang suka nak tengok detail-detail lukisan, especially yang ambik fine arts. Tak yah gi jauh-jauh, GoogleArtProject je :P


3. Artworks. Selain dari tu, mungkin korang saja nak cari lukisan secara random, saje nak tengok-tengok macam blogwalk gitu cuma nak 'artwalk' laa katakan, ahaha. Try yang ni. 


4. User Galleries. Yang ni untuk korang tengok user-user GoogleArtProject yang nak post diorg punya artwork kat dalam ni. Tapi aku tengok tadi artwork diorang ni pun dah banyak masuk galeri-galeri luar cuma untuk bagi audience lagi besar lah kot. So boleh upload sendiri! Ada artwork nak share? Silakan!


Ni aku punya Galeri, memang la kosong -___-

Selain tu, korang jugak boleh merasai sendiri rasa melawat muzium atau art gallery ni dengan future Google Street View yang turut disertakan. Pilih 'Collection', roll over mana-mana galeri atau muzium, nanti akan kelluar figure 'orang kecik' namanya museum view. Tekan situ, korang boleh belagak macam tengah-tengah jalan dalam galeri!




Boleh lagi jalan jejauh, tapi takkan nak tunjuk semua kan? Korang kena lah experience sendiri! Tapi kalo ada duit, pergi lah muzium mana-mana, aku pernah pergi The National Gallery kat London, perghhh priceles experience. Memang banyak sangat koleksi dia tapi tak dapat nak tengok semua T^T nanti nak gak pergi lagi sekali!

So apa lagi, try laa Google Art Project ni!


(sumber: www.googleartproject.com)

Ciao!


Tuesday, March 27, 2012

Karam Lagi Dalam Dari Titanic


Assalamualaikum, Hello!

Kalau sebut pasal Titanic apa korang ingat? Movie ke, tragedi? Tak lama lagi Titanic akan menyambut ulangtahun ke-100 hari peringatan berlakunya tragedi tersebut. Tapi bukan itu yang aku nak tulis hari ni. Post ni adalah pasal pengarah dan penulis (juga co-producer and co-editor) filem Titanic iaitu sedara James Cameron. Pada aku, James Cameron ni bukan lah pengarah biasa, tapi dia ni suka push himself to a new limit. Selain Titanic, Cameron juga pengarah bagi filem Avatar, Terminor 1 dan 2, Aliens dan banyak lagi.

So, bagi yang tak tau lagi, Cameron semalam (ikut tarikh 26 Mac) telah pun selamat pergi explore secara solo titik paling dalam kat dunia ni, iaitu Challenger Deep, Mariana Trench. Sedalam hampir 7 batu (6.83 miles, about 10.99 km) ke dasar bumi, Gunung Everest pun boleh tenggelam kalau dimasukkan dalam 'parit' ni.

Cameron menggunakan kenderaan selam yang berteknologi tinggi, mampu menahan tekanan yang tinggi, pressure kat situ mencecah 7 ton per square inch! Manusia boleh kemek habis tau! Even kapal selam itu sendiri mengecut sebanyak 7 inci dek tekanan melampau. So jangan main-main, ekspidisi sebegini bukanlah sesuatu yang boleh buat main-main, lebih-lebih lagi James Cameron bukanlah Oceanographer yang qualify, tapi sebab minat mendalam beliau, dia berjaya pergi. Dia ni bijak sebenarnya, macam Steve Jobs jugak. 

So apa-apa pun, tengok lah dulu gambar yang ada ni, mungkin korang jugak mendapat sumber inspiraqsi macam beliau!


Setelah selamat sampai dari titik paling dalam dasar laut, Challenger Deep

Nilah kapal selam dia, Deepsea Challenger (DCV1)

Mariana Trench ni dekat je ngan Malaysia ahahaha, 


Dia ada show ngan Nation AGeographic, James Cameron's Alien World kalo tak salah namanya, aku dah tengok, video superb weh!

Carta kedalaman Challenger Deep, Mariana Trench

Inilah tweet paling 'dalam' kat dunia ni, literally! Cameron tweet setelah sampai ke Challenger Deep, perghh mantap!

Haaa...mungkin satu tujuan dia nak cari inspirasi untuk movie baru (Avatar 2 and 3 dalam proses), dan satu lagi dia ni memang minat sangat kat dunia laut ni...kalau dah minat, setinggi mana pun gunung nak daki, sedalam manapun lurah dituruni, eceh!

Quote dari Daily Mail taun lepas;

“Twelve men have walked on the surface of the moon and maybe 500 have traveled to space, but only [two] have visited the very deepest point of the ocean, which they reached on January 23, 1960.”—Daily Mail, September 17, 2010

Tu taun lepas, so sekarang ni dah ada tiga oranglah! Nak jadi yang keempat kelima? Selagi ada impian, jangan sesekali bagi impian tu padam okeh!

Nak tau lagi lanjut sila tengok DeepSea Challenge ni.


(Sumber: www.guardian.co.uk ; www.telegraph.co.uk ; www.nationalgeographic.com)

Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads