Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Note. Show all posts
Showing posts with label Note. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Kemarau!


Assalamualaikum, Hello!

Dah beberapa hari tak post apa-apa, ni aku nak post pasal kejadian alam semula jadi yang tengah melanda kat tempat aku, maybe kat seluruh Sarawak (aku pun tak sure), pasal kemarau. Sejak beberapa minggu ni, aku dah lama hujan tak turun. Ada beberapa kali gak hari tiba-tiba gelap, sejuk, merasa nak hujan kan, tup tup hujan sepuluh minit jek, lepas tu panas balik. Aisemen... Kat bandar pun orang cakap dah mula jerebu. 

Rasa macam nak mandi setiap jam jek sebab panas nih. Kat kampung ni, belom kat bandar. Kat bandar takpe lah kot mana yang kerja office tu syukur ada aircond, kalo yang dok kerja sapu sampah, jual-jual tepi jalan tuh, mak aih...sabar je lah..

Okay malas nak merapu panjang... Kalau cuaca panas macam ni, kalau yang dah ada anak tu, jangan lah biar diorang main dalam panas membahang ni, nanti demam susah pulak.. Yand dah beso panjang ni pun, jangan nak melepak dalam panas gak..ahaha...okeh lah, enjoy weekend korang! 

p/s- panas-panas camni mana yang dekat ngan iCity Shah Alam tu boleh berkunjung kat sana, ada Snow World, Ice World pebende nama dia tuh, sejuk sikit :P

Ciao!


Monday, June 11, 2012

Daftar Pemilih Disahkan!


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, setelah lama tunggu akhirnya aku dah sah jadi pengundi, yeay! Jadi bolehlah aku mengundi dalam PRU 13 ni nanti, itupun kalo takde masalah keciciran ahaha. Yelah, sekali lagi cam sakai, first time kot. :P

Jadi aku sarankan kepada yang dah berumur 21 dan cukup syarat mengundi, daftar lah ye, tak mengundi tahun ni, untuk tahun-tahun yang akan datang plak kan.. Tak rugi, untuk kepentingan kita jugak. :D Kalau dah cukup umur cukup syarat tak mengundi jugak, nanti parti feveret kalah jangan marah plak :P 

Bercakap tentang undi mengundi kalah menang, nak selitkan sedikit ucapan tahniah kepada Caroline dan mentornya Ella, juara Mentor musim ke-6. Tahniah tahniah...aku tak selalu tengok Mentor ni tapi aku pernah tengok Caroline perform, memang layak lah bergelar juara :D

Ciao!


Sunday, June 10, 2012

Dengan Harapan Bilik Tidur Baru Aku Gempak


Assalamualaikum, Hello!

Haaaa inilah rupa bilik aku........dalam mimpi! :P Rumah dalam proses renovasi lagi sekali, kali ni nak tambah bilik pulak. Memandangkan abang aku dah nak mendirikan rumah tangga, maka dia memerlukan 'bilik pengantin', takkan nak share lagi plak kan? Jadi aku akan dapat bilik aku sendiri, officially mine! MUAHAHAHAHA. *cam sakai plak*

Aku suka gamba atas tu, multipurpose, style plak, tapi kalo nak buat sendiri ni, aisemen....tapi, hendak seribu daya beb!

Aku jugak selalu sekodeng idea-idea menarik di Pinterest, serious, banyak benda boleh discover kat pinterest, sampai tahap mind-blowing pun ada especially bab-bab craft ngan DIY project. DIY tu ape? DIY=Do It Yourself=ko buatlaa sendiri senang jek.

Jom tengok idea menarik ni!

Aku suka idea camni, dah banyak kali tengok dalam tv, storage kat bawah, tempat duduk-duduk, baring-baring kat atas. Multipurpose yaww!

Bantal berupa artwork cool, macam sculpture yang korang boleh bawak tido. Cool stuff!

Rak paling penting! Koleksi buku dah makin banyak rak dah tak cukup, yang ni bina ngan guna semula kayu lama, jimat dan murah! Kalo bentuk macam ni jek, aku rasa boleh buat kot......

Untuk bilik aku tu, aku ada idea nak buat bilik aku nanti se-'eccentric' yang boleh!  Macam drawer atas ni. Perghhh colourful!

Re-purpose! Aku rasa cam banyak benda kat rumah kitorang ni yang boleh guna semula jadi benda baru. Cam meja atas tu jadi rak, cool stuff. Jimat weh, jimat...

Buat tilam simple ngan sarung bantal + kapas! Antara idea-idea kat atas tu, yang ni aku rasa paling senang nak buat! Beli (or guna semula :P) sarung bantal, jahit, masuk kapas, jahit balik. Siap! 

Semua ni aku jumpa kat Pinterest. Serius, kalau korang rajin explore Pinterest, macam-macam korang boleh jumpa. Tak sure macam mana nak guna, jom rujuk post Pinterest-ing aku ni!

Yelah, duit tak banyak nak buat hias bilik macam Eric Leong selalu buat, kena jadi resourceful guna apa yang ada :P.

Ciao!

(Sumber: Pinterest, Dornob)


Saturday, June 9, 2012

Wajah Baru


Assalamualaikum, Hello!

Yer, aku dah tukar skit rupa paras blog ni, kalo dulu berwarna-warni, sekarang aku stick to satu tema jek. Ala-ala tengah terbang kat awan gitu. AHAHA. Takdelah spesel sangat pun kan? :P Tapi aku suka, sebab nampak cam simple jek and sejuk mata memandang.

Sekarang aku tengah brush up skill photoshop yang tak seberapa ni dengan tutorial-tutorial yang melambak di internet. Best gak, blajar free :P. Alhamdulillah, boleh laa tangkap sikit-sikit walopun masih kira tahap 'noob' lagi sebenarnya. 

Apa-apapun, aku try nak buat layout sendiri nanti, sekarang ni sebenarnya masih pakai template dari Blogger cuma tukar header tukar background jek. Aku masih terkial-kial nak blajar kod HTML ngan CSS untuk buat template Blogger sendiri. Blur oi!!

Sebelum tu;


Ciao!


Thursday, June 7, 2012

Baru Seratus, Tak Perlu Bangga Sangat


Assalamualaikum, Hello!

Kembali lagi lepas bercuti, betul-betul pulak ni adalah post aku yang ke-100! Ye, memang tak perlu nak bangga sangat pun sebab blogger-blogger lain dah post siap beribu-riban, aku ni masih level 'merangkak' lagi kalau nak dibandingkan.

Cuma sempena ni, aku harap aku akan sentiasa komited nak update blog ni, nak update lagi rupa paras blog aku ni. Idea dah ada, tapi nak buat tu macam........takpe-takpe, aku try slow-slow dulu. Pada aku, rupa blog jugak satu tarikan untuk aku kunjung blog orang lain, so aku kena gak kasi blog ni cantik sikit :P.

Yerr lepas ni nak gak jadi rajin balik join segmen-segmen, lama tak join. Ramai blogger rajin buat segmen sekarang ni, rasa nak join semua tapi tak boleh. InsyaAllah akan try join lagi dalam masa terdekat. Orang buat segmen ni tak berhenti, tiap-tiap hari ade, pilih je nak join :D. Aku plak, malas nak buat. -__-"

Post yang ke-100. 

Banyak lagi nak kena improve. 

Sebelum tu;


Ciao!


Tuesday, May 15, 2012

Tanggungjawab Siapa?



Assalamualaikum, Hello!

Nak cerita sedikit. Ada kaitan ngan kisah benar. Kalau terasa, minta maaflah, tapi kalau betul makan cili, memang terasa pedasnya betul tak? :P

Nak dijadikan cerita di kampung aku ada sorang perempuan yang....macam mana nak sebut secara lembut, maybe sesuai disebut 'kurang waras'? Atau ada lagi yang lebih elok dari tu? I don't want to use the 'G' word. Dah beberapa tahun gak dia ditinggalkan kat kampung kitorang ni, siang-siang, malam-malam kehulu kehilir merayau cari makan. Dia ada tempat berteduh, atas ikhsan keluarga dekat. Tapi bab makan tu, aku tak surelah sebab dia selalu datang rumah, mintak makanan sebab orang tak kasi makan. Ayah akulah yang selalu bagi, sebab masa dia masih 'baik' dulu, bapak cerita dia memang baik layan ayah kalo ayah datang rumah. Sepupu ayah jugak, sepupu dua kali macam tu lah.

Masalahnya: tanggungjawab kami ke nak jaga makan pakai tidur dia? Mana pergi bapak dia? Setahu aku ada lagi bapak dia. Hari tu aku ada tanya ayah,

'Kat mana bapak si Leha (bukan nama sebenar) ni?'

'kat Indonesia, ngan isteri dia.'

Tak taulah sekarang kat mana lagi ayah si Leha (masih bukan nama sebenar). Memang betul, sebagai satu masyarakat yang hidup setempat, hidup berjiran kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Tapi kalau sengaja meninggalkan tanggungjawab dan serahkan kepada orang lain tanpa ada rasa belas kasihan dan bantuan, mengharapkan ikhsan orang lain sebab anak kurang sifat, macam itu ke manusia? Aku marah benar! Sampai sekarang aku tak pernah nampak batang hidung bapak dia. 

Kalau ada, mahu aku suarakan. Aku ingat dulu masa dia datang rumah, arwah nenek aku marah dia. Tapi dia tak takut, aku malas nak dengar aku marah-marah so aku pun pergi ambik penyapu halau dia, takut plak dia. Nak tau apa aku rasa? Bersalah sangat-sangat! Bukan aku nak halau dia pun, aku cuma taknak nenek aku tu jerit-jerit, sakit dia nanti. So dari hari tu, aku 'bertugas' jadi penghalau 'Leha' dari rumah. Sekarang tak lagi, tu beberapa tahun lepas.

Pernah dia dihantar ke rumah khas, tapi entahlah, diorang hantar dia balik sebab dia 'nampak elok' je, macam takde masalah. Lepas dia balik dari situ, memang nampak beza ketara sangat, berisi kot! Sekarang dah kurus balik sebab tak cukup makan. At the very least kalau bapak dia siuman, bapak dia kirim wang untuk bantu sara hidup dia. Nampaklah tak serah bulat-bulat anak dia kepada orang sini, nampaklah tak macam buang anak dia sendiri. 


Tanggungjawab ni, memang berat sebenarnya. Yelah, tanggungjawab sendiri pun kadang-kadang terabai, inikan nak bertanggungjawab kepada orang lain. Tapi, kenalah jugak sebab kalau terlalu pentingkan diri sendiri pun tak elok, selfish. Aku pun pernah lepaskan tanggungjawab aku. Kalau boleh aku taknak lagi. Cuma apabila tengok sendiri ayah buat dek je kat anak camtu, tak sedap aku tengok, tak kiralah kondisi anak macam mana sekalipun. 

Jadi siapa punya tanggungjawab sebenarnya?

Si ayah? Atau orang kampung?

Bagi aku, bantu selagi boleh, tapi yang si ayah yang lepas tanggungjawab, harap segera ingat amanah tu.





Tuesday, May 8, 2012

Follower Ke-100


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, ramai jugak yang follow blog ni. Dah mencapai 100 follower dah! Aku bersyukur gak, walaupun takdelah pencapaian yang boleh dibangga sangat, 100 orang, mungkin pada yang dah beribu-riban follower tu takde ape sangat, AHAHAHAHA. Tapi bagi aku nilah langkah sikit demi sikit dalam dunia blogging ni. :)

Sapa dia tu yang menjadi follower ke-100 aku? Siapa dia yang bertuah? Ini dia!!


Boleh klik header dia ni untuk ke blog sedara Nawza89.

Untuk saudara Nawza89 saya ada sedikit hadiah untuk anda, diharap anda dapat hantarkan nama penuh, alamat, serta nombor telefon ke alamat e-mail saya nurazam.shahdan@gmail.com. Hadiahnya berupa keychain aje, tapi tetap nak bagi jugak sebagai tanda penghargaan. :)

Next mark? InsyaAllah ada untuk yang ke 200, 300, 400 da seterusnya! Jadi dengan ini tanpa segan silunya aku ajak korang promote blog humble aku ni reramai. Hihi!



Tuesday, April 3, 2012

Twitterjaya Abusive? Ni Respond Aku


Assalamualaikum, Hello!

Lain kali The Star kena buat 'The beautiful side of Twitterjaya'. 


Ciao!




Monday, April 2, 2012

Antara Aku Dan KWSP


Assalamualaikum, Hello!

Tadi mak cik aku tanya lagi boleh tak cek duit KWSP dia through internet. I told her before memang tak boleh. Kalau nak cek melalui internet, kena set up dari pejabat KWSP sendiri. The problem is, the nearest KWSP punya pejabat is more or less 3 hours away. And aku berasal dari kampung kecik di Balingian, the nearest city is Mukah which is about an hour away. Mukah dah membangun bla bla bla, boleh Google semua tu, sure, we got banks, supermarkets, whole lotta shoplots, heck, even UiTM, and Politechnic, MRSM Mukah and all that, but for I don't know how many years, there aren't KWSP for Mukah chapter. Macam takde orang kerja laa plak kat Mukah ni kan? 

So biasa if anything, people will go to Sibu instead, for those who can, or in really urgent business, diorang mau tak mau pergi gak Sibu. kadang-kadang nak setel benda yang tak sampai lima minit pun. See how inconvenient that is? About 6 hours round trip for something to be settled in five minutes! Macam kau dari office sejauh 100 km balik rumah nak pergi buang air besar and then double back to your office. Takyah 100 km, I doubt korang balik rumah nak buang air even jarak antara office ngan rumah is only a kilometer. Well, unless your office toilet truly sucks that is.

Nak di jadikan cerita, aku pun usya laaa KWSP nye Twitter, tak tau pun ada, tapi official katanya. Aku try je laa tweet macam yang kat atas tu. 

And alhamdulillah dapat gak jawapan. I know, it's not a promise. But it's a start right? 

Aku bukanlah pekerja, aku takde pun simpanan KWSP. But walaupun bukan aku yang nak pakai, tapi takkan nak neglect keperluan orang lain, betul tak? I know this is a very little effort, I get it. But you don't built a house as a whole. Kena ada paku, ada kayu, ada atap. Sikit-sikit laa kan, daripada tak ada langsung.

Ni jawapan dari KWSP aku dapat;


So dengan harapan lepasni adalah cawangan KWSP di Mukah. Semua orang pun suka :)


Ciao!



Thursday, March 29, 2012

Mendaftar Sebagai Pengundi


Assalamualaikum, Hello!

Hari ni aku baru je selesai mendaftar sebagai pengundi, nasib baik post office belakang rumah jek, senang, and duduk kawasan kampung, so takdelah orang ramai sangat, tadipun, aku sorang jek. AHAHA. Dalam lima minit bagi IC aku kat cik pos tu dah setel. Last week aku pergi system diorg down, so aku pergi cuba balik this week, lagipun untuk qualify nak mengundi dalam PRU tahun ni, kena daftar before Sunday ni, 1 April 2012. So, Alhamdulillah sudah, tunggu nak semak je lagi, tadi semak blom masuk record lagi. Malam-malam ni sikit, or esok or lusa, aku pun tak sure berapa lama dia nak proses menda ni.



So bagi kengkawan yang dah berumur 21 tahun cepat-cepatlah daftar. Jangan nak bersuara saja tapi tak buat apa-apa, at least dengan mengundi korang dah buat pilihan korang. So at least nanti takdelah nak blame orang tak mengundi ke apa kan? AHAHA.

Aku dah hampir 22 dah, baru mendaftar, last year tak sempat, pilihanraya kat Sarawak 16 April, aku pulak masuk 21 tahun esoknya, 17 April, so tak salah kalo aku daftar lambat :P. Nak gak merasa 'buang undi' LOL! So ni aku nak ajak korang lah mendaftar sekali, cepat! 


Ciao!


Wednesday, March 28, 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat



Assalamualaikum, Hello!

Blogwalk punya blogwalk sampai lah ke blog Aku Si Jebat ni...tengok Jebat ada buat segmen, so aku rasa nak join lah...kot-kot dapat masuk bloglist dia dengan harapan nak tingkatkan readers, yes, readers amat penting bagi satu-satu blog. Blog aku yang ni masih baru lagi, umur tak sampai pun setahun jagung, so kenalah usaha sikit nak pastikan blog sentiasa ada readers! ;)

Nak join segment Aku Si Jebat ni? Klik SINI. Segmen ni bukak sampai 31 Mac je tau! Sapa terpilih akan masuk bloglist dari 1 April sampai 31 Mei 2012...amacam, nak try?

Ciao!


Tuesday, March 27, 2012

Baby Owls Adopted


Assalamualaikum, Hello!

Ada ke yang nak bela burung hantu kat rumah? Biasa mesti nak yang comel-comel, kurang garang kan? Macam kucing, ada yang bela anjing, burung nuri, kura-kura dan sebagainya. Aku plak develop obsession ngan burung hantu, yes, Owls! Aku rasa diorang ni lah species burung paling comel kat dunia! ~lalalala~ Aku pun tak sure, maybe Harry Potter membantu kegilaan aku ngn burung hantu ni ahahaha!


So kawan aku bagi link kat Twitter hari tu pasal sorang lelaki yang adopt dua ekor burung hantu 'Burrowing Owls' ni, so aku pun excited gila! Kalau ada sapa-sapa nak bagi aku adopt burung hantu please, let me know!!

Dua baby Owls ni dinamakan Linford and Christie, nak tau yang mana satu Linford mana satu Christie, cuba le teka! 

Perghhh, pandai posing kot! Kalah model!

bersama anjing tuannya, JT

Inilah tuan diorg yang baik hati nak adopt diorg ni! sedara Jimmy Robinson 

Posing standard owl, kepala sangat, mesti ada!

So sekali lagi, kalo ada yang nak kasi aku jaga Owls ni, kasi kontek sama aku!! aahahahaha aku minat sangat burung ni! 


Ciao!

Bukti minat burung hantu, LOL!

Farah Alias Nak Review Belog Saya


Assalamualaikum, Hello!

Dulu penah blogwalk, masa blog lama dulu, tapi entahlah, mungkin masa tu blom cukup sedar peranan blog itu sendiri, so kurang peka sikit ngan blogosphere kita di Malaysia, Alhamdulillah sekarang makin terbukak luas mata aku tengok, baca entri-entri orang Malaysia ni, rajin menulis ye! Ada jugak yang rajin membaca, so thanks to the writers, also the readers!

So kali ni, aku nak try nasib join Blog Review by Farah Alias ni, kot-kot laa cik Farah sudi nak review aku nye blog kan, nak gak dapat feedback and upgrade mana yang patut...frankly, sapa-sapa nak review pun tak kisah, kita share lah tips or kelemahan supaya blog masing-masing dapat ditambah baik. 

So, tunggu dan lihat je lah lagi eh? :P

Ciao!



Monday, March 26, 2012

Segment Jom Blogwalking By Farhana


Assalamualaikum, Hello!

Wahhh, banyak rupanya segmen-segmen macam ni, tak taulah baru wujud ke, baru apa ke...yang penting, aku baru tau ada mende camni....ahahaha, tapi biasanya untuk yang dah ramai follower lah yang buat camni..Oklah, niat murnin diorang ni memang dikenanglah! Niat baik nak tolong rakan kat blogosphere ni dapat readers, so teruskan usaha lagi! Nanti kalau aku dah ramai followers aku pun nak buat camni, give back :P

Ehehehe cik Farhana ni nak jugak tau sapa empunya blog, so bagi sikit biodata sini

nama kampung: ajam
umur: 21 hampir ke 22
kerja/belajar: in between (camne tu?) ;)
status perkahwinan: single (but not available ahaha)
asal: Sarawak
minat: Harry Potter, burung hantu, ular, snow cap, bahasa perancis + itali, buku-buku, Milo, sitcom2 omputeh: Friends, How I Met Your Mother, 2 Broke Girls, The Middle, Big Bang Theory etc, Glee, White Collar, Sherlock, The Walking Dead, movie banyak2 byk lagi!

cukup lah tu eh cik Farhana (dan yang lain2 yang tengah baca ni!)

Ciao!


Segmen 3 Menambah Followers Di Blog Anda


Assalamualaikum, Hello!

Haa, sebagai blogger yang masih baru *ehem* (blogger lama, tapi blog baru -___-) , so masih terkapai-kapai nak cari followers. Sebab pada aku, apa guna blogging kalau tak nak ada readers yang banyak? Baik buat diari betol tak? Atau stay je kat facebook or twitter. Bagi aku blog adalah salah satu medium nak share banyak benda secara detail. So ni salah satu inisiatif aku nak cari followers atau readers untuk blog ni. :)

So ada apa dengan imej GIF atas tu? Haa ni adalah salah satu segmen daripada Untablog, nak kenal and terjah readers2 dia katanya :P AHAHA, nak tau lagi lanjut macam mana nak join segmen ni, sila lawat Untablog okeh!

Ciao!


Wednesday, March 21, 2012

Langkah Baru


Assalamualaikum, Hello!

Semua tahu hari ni lah hari yang agak digeruni, tapi paling ditunggu-tunggu oleh calon SPM tahun 2011. Rasanya semua sudahpun tahu keputusan masing-masing masa ni. Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang kesemua A dalam matapelajaran, tahniah kepada yang berjaya capai target masing-masing, tahniah kepada yang berani mencuba tetap tak putus asa, dan tahniah kerana anda semua telahpun berjaya keluar dari kepompong dunia persekolahan! (dengan syarat tak masuk Tingkatan 6 lah eh? ;P) 

Walau apa-apapun, pesan saya, kalau tak capai target, kalau tak dapat straight A's, it's not the end of the world brother and sister. Tak jadi masalah semua tu. Apa yang anda lakukan selepas dapat keputusan tu yang penting. We start fresh after SPM. Kalau tak berjaya time ni, try the best in the next endeavour, contoh masok matrikulasi or program diploma, try your best, try score 4.0 kalau boleh. Baru rasa redeem kan? AHAHA. But again, remember, good results shows your effort, but it is not a promise of success sekarang ni. Yang penting continuous effort nak berjaya. Result mantap tapi lepas tu tak buat apa-apa pun takleh gak kan? 

But for today, enjoylah! Say thanks to everyone, and most importantly, say thank you to Allah. Show your gratitude towards Him. :) And selamat melangkah ke alam baru!

Ok, ciao!


Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger



Assalamualaikum, Hello!


Lama dah tak update, I know, I know, it's been a crazy week last week, my dad was admitted into the hospital for four days, luckily he checked out last Sunday. Pheww. Nothing serious though, so not to worry!

On the bright side, aku stumbled upon satu, err, program laa untuk rakan-rakan blogger join. And this post is a part of the program. Aku post balik dari blog BloggerWanita ni kat bawah okeh untuk kesenangan anda!


Rules + Info dari BloggerWanita;

  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
  • 100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
  • Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.
  • Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.
  • Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.
Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.
Bagi sapa-sapa yang berminat untuk menjadi penaja boleh beritahu Aya di Laman Hubungi. Lebih ramai penaja, lebih meriah lagi program ini dan lebih banyak fasa program RM5000 ini.

So, apa lagi, joinlah! Tak rugipun cuba, takda bayar apa2, mungkin ambik masa lima minit je :P Kalau dapat rezeki, tak dapat usaha lagi kan?


Apa-apapun, untuk maklumat lanjut pergi saja ke web BloggerWanita. Stakat aku baca tadi, masih ada banyak spots yang tinggal! So grab it while you can! 


Ciao!



Wednesday, March 14, 2012

Welcome!

Assalamualaikum, Hello! 

Welcome to AjamOppical!

Terima kasih sudi datang, this is my new blog, blog ni vision aku nak buat less personal, more informational. Ehem-ehem. Tapi takdelah sampai tahap skema nerd bagai tu, tak, tak. Simple simple, mana-mana info aku rasa worth sharing, aku akan post kat sini, and kalau aku ada join akitiviti-aktiviti yang tak snore, aku akan post kat sini jugak. 

Dah lama nak buat blog yang macam ni, tapi baru sekarang rasa rajin nak merealisasikannya. InsyaAllah kerajinan ini akan berterusan so taklah blog ni macam pekan koboi (blog lama aku mungkin dah bersarang labah-labah uhuk2!). 

Tune in! Follow-followlah blog ni okeh?

New post coming up!



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads