Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Tuesday, May 15, 2012

Tanggungjawab Siapa?



Assalamualaikum, Hello!

Nak cerita sedikit. Ada kaitan ngan kisah benar. Kalau terasa, minta maaflah, tapi kalau betul makan cili, memang terasa pedasnya betul tak? :P

Nak dijadikan cerita di kampung aku ada sorang perempuan yang....macam mana nak sebut secara lembut, maybe sesuai disebut 'kurang waras'? Atau ada lagi yang lebih elok dari tu? I don't want to use the 'G' word. Dah beberapa tahun gak dia ditinggalkan kat kampung kitorang ni, siang-siang, malam-malam kehulu kehilir merayau cari makan. Dia ada tempat berteduh, atas ikhsan keluarga dekat. Tapi bab makan tu, aku tak surelah sebab dia selalu datang rumah, mintak makanan sebab orang tak kasi makan. Ayah akulah yang selalu bagi, sebab masa dia masih 'baik' dulu, bapak cerita dia memang baik layan ayah kalo ayah datang rumah. Sepupu ayah jugak, sepupu dua kali macam tu lah.

Masalahnya: tanggungjawab kami ke nak jaga makan pakai tidur dia? Mana pergi bapak dia? Setahu aku ada lagi bapak dia. Hari tu aku ada tanya ayah,

'Kat mana bapak si Leha (bukan nama sebenar) ni?'

'kat Indonesia, ngan isteri dia.'

Tak taulah sekarang kat mana lagi ayah si Leha (masih bukan nama sebenar). Memang betul, sebagai satu masyarakat yang hidup setempat, hidup berjiran kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Tapi kalau sengaja meninggalkan tanggungjawab dan serahkan kepada orang lain tanpa ada rasa belas kasihan dan bantuan, mengharapkan ikhsan orang lain sebab anak kurang sifat, macam itu ke manusia? Aku marah benar! Sampai sekarang aku tak pernah nampak batang hidung bapak dia. 

Kalau ada, mahu aku suarakan. Aku ingat dulu masa dia datang rumah, arwah nenek aku marah dia. Tapi dia tak takut, aku malas nak dengar aku marah-marah so aku pun pergi ambik penyapu halau dia, takut plak dia. Nak tau apa aku rasa? Bersalah sangat-sangat! Bukan aku nak halau dia pun, aku cuma taknak nenek aku tu jerit-jerit, sakit dia nanti. So dari hari tu, aku 'bertugas' jadi penghalau 'Leha' dari rumah. Sekarang tak lagi, tu beberapa tahun lepas.

Pernah dia dihantar ke rumah khas, tapi entahlah, diorang hantar dia balik sebab dia 'nampak elok' je, macam takde masalah. Lepas dia balik dari situ, memang nampak beza ketara sangat, berisi kot! Sekarang dah kurus balik sebab tak cukup makan. At the very least kalau bapak dia siuman, bapak dia kirim wang untuk bantu sara hidup dia. Nampaklah tak serah bulat-bulat anak dia kepada orang sini, nampaklah tak macam buang anak dia sendiri. 


Tanggungjawab ni, memang berat sebenarnya. Yelah, tanggungjawab sendiri pun kadang-kadang terabai, inikan nak bertanggungjawab kepada orang lain. Tapi, kenalah jugak sebab kalau terlalu pentingkan diri sendiri pun tak elok, selfish. Aku pun pernah lepaskan tanggungjawab aku. Kalau boleh aku taknak lagi. Cuma apabila tengok sendiri ayah buat dek je kat anak camtu, tak sedap aku tengok, tak kiralah kondisi anak macam mana sekalipun. 

Jadi siapa punya tanggungjawab sebenarnya?

Si ayah? Atau orang kampung?

Bagi aku, bantu selagi boleh, tapi yang si ayah yang lepas tanggungjawab, harap segera ingat amanah tu.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads