Ads

Tuesday, May 8, 2012

Pada Suatu Masa Dahulu.....


Assalamualaikum, Hello!

Siapa sini suka Fairy Tale stories? Aku memang suka! Aku siap semangat lagi beli buku complete fairy tales stories yang telah dicompile daripada kesemua hasil tulisan dua beradik famous, Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm atau lebih dikenali sebagai Brothers Grimm. Tapi aku bukan nak cerita pasal diorang, tapi nak cerita pasal satu TV show yang dah lama aku follow yang bertajuk, 'Once Upon A Time'.

Ye ye cerita ni belum keluar lagi kat Malaysia (harap-harap Starworld ke Fox ke AXN ke ada show nanti) tapi kat America lagi satu episode maka tamatlah cerita musim pertama. Harap ada musim kedua. Kalau korang familiar ngan fairy tales yang biasa korang tengok dalam kartun Disney tu, bersedialah sebab semuanya akan bercampur aduk dalam cerita ni. Ala, macam cerita the 10th Kingdom jugak ala-alanya, cuma lebih panjang, dan modern, dan buat kau rasa macam nak ketuk-ketuk laptop sebab terlalu emo. AHAHAHA. Ye, kalau tengok cerita ni, memang akan rasa macam mak-mak nenek-nenek kita yang selalu emosi kalo tengok drama Indonesia.



Aku taknak laa bagi spoiler tapi sedikit introduction pasal Once Upon A Time ni, pada zaman dahulu, selepas perkahwinan Prince Charming dan Snow White, The Evil Queen berazam untuk membalas dendam, dan dendamnya tercapai apabila permaisuri jahat tu melepaskan suatu sumpahan yang amat dasyat yang membawa semua karakter-karakter fairy tales ke dunia sekarang, dunia yang tiada magik. Mereka semua dibangkitkan dengan identiti baru dan tak ingat apa yang berlaku, dan sekarang mereka tinggal disebuah bandar kecil yang diberi nama Storybrooke. Hanya seorang aje yang tau kebenaran, dan hanya sorang je yang boleh batalkan sumpahan. 

Aku rate cerita ni 8.5/10, kalau ada show kat TV jom tengok! Kalau takde ehehehe, pandai-pandailah nak carik eh, HINT! Antara watak lain yang korang akan jumpa nanti ialah Rumplestiltskin, Little Red Riding Hood, The seven dwarves, Jiminy Crickett, Cinderella, Pinocchio dan banyak lagi! Korang akan rasa sangat takjub sebab backstory yang direka dalam cerita ni memang kena sangat, sampai rasa convince benta tu berlaku! AHAHA. Paling takpun, aku lah yang percaya kan (sebab obses sangat...).

Poster watak-watak cerita ni;

Watak utama Jennifer Morrison sebagai Emma Swan, kalau rasa muka dia familiar, mesti korang  pernah tengok cerita How I Met Your Mother, dia jadi Zoey, ex Ted Mosby season 6.

Joshua Dallas sebagai James a.k.a Prince Charming / David Nolan. Dia jugak ada berlakon dalam cerita Thor sebagai Fandral

Lana Parilla sebagai Evil Queen/Regina Mills

Robert Carlyle sebagai Rumplestiltskin/Mr. Gold kalau penah tengok 28 Weeks Later tu, yang watak utama tu dialah

Ginnefer Goodwin sebagai Snow White/Mary Margaret Blancard
 Serius kalau korang minat Fairy Tales and nak tengok macam mana fairy tales dalam cerita ni diolah, korang kena tengok!


p/s- teringat zaman sekolah dulu untuk markah oral kerlah English kena buat lakonan so group aku buat spin-off cerita Cinderella, tapi tukar nama jadi Cindernana sebab kawan aku tu nama dia Nana. :P Markah baik punya! :D



13 comments:

  1. kena tengok ni...
    Support me by Daily vote me for blogger of the year

    ReplyDelete
  2. sori lambat buat kunjungn balas..follow blog ni.Bertuah jd yang ke-100..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nawza sila ke post yang ni ahaha :D entry baru siap :P http://ajamoppical.blogspot.com/2012/05/follower-ke-100.html

      Delete
  3. http://kisahemasputih90.blogspot.com/ jom singgah

    ReplyDelete
  4. alo mana nak tengok cite ni..kt media zone tu eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..nak download boleh carik at MediaTvZone atau sky-downloadz, rasanya yang kat MTVZ tu dah tak complete tapi yg kat sky-downloadz tu okay lagi :D kalau tgk astro, channel Fox Movie Premium (or HBO tak igt -__-) baru je start tayang

      Delete
  5. likelikelike.. fairy tale story mmg best.. dah tgk snowhite and the huntsmen??
    nk tgk??
    http://izzatijer.blogspot.com/2012/06/snowhite-and-huntsman.html
    ada citer skit citer psl kwn saya si snowhite tuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itulah banyak sangat cerita pasal snow white kan! lagi-lagi tahun ni, ngan Mirror Mirror lagi :P tapi best, saya memang suka fairy tales! :D

      Delete
  6. haaa saya pun minat sangat cite ni!! Sekarang dia tayang dekat fox, channel 413. Sangat best! :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads