Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Design. Show all posts
Showing posts with label Design. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Toyota Camatte: Kereta Konsep Untuk Kanak-Kanak!


Assalamualaikum, Hello!

Seriously! Toyota Camatte ni direka with kids in mind! Kalo zaman aku kecik-kecik dulu keluar kat TV iklan kereta betul untuk budak-budak, pergh, aku rasa mesti termimpi, terigau-igau punya. Pastu bagitau mak bapak brapa level possibility diorang nak belikan kereta camni untuk aku. My guess, less than 0% chance, if that is even possible (but I wont give up~~~nyanyi lagu Jason Mraz tetibe). LOL.

Walaubagaimanapun, Toyota Camatte ni hanyalah kereta konsep, ia diperkenalkan semasa 2012 International Tokyo Toy Show hari ni tadi. Tujuan sebenar kereta ni dibina ialah untuk menarik minat kanak-kanak generasi sekarang ngan kereta selain dari kereta yang ade dalam game banyak tu. Hmmm...bunyi nya semacam kanak-kanak sekarang kurang berminat terhadap kereta. Mungkin kanak-kanak sekarang dah imagine bila diorang besar nanti kereta diorang pakai dah terbang kot? LULZ

Apa-apapun, enjoy dulu gamba-gamba ni, yang atas tu namanya Toyota Camatte Sora, dan ada satu lagi macam jip sikit Toyota Camatte Daichi.

Cara bukak kereta ni, tak main laa pintu, dia bukak ngan bumbung-bumbung dia sekaligus. Amek kau!

Camatte Daichi, dua-dua Camatte ni three-sitter punya kereta. 

Macam jip kan? Yang ni untuk budak laki kot. Yang Sora tadi untuk budak perempuan.

Interior dia...

Orang dewasa pun boleh bawak, jangan risau. Cuma seat driver dia tu yang adjustable untuk kesesuaian budak-budak memandu. Ecewah!


Cool beans kan video tu! Boleh main tukar-tukar jek. Mungkin nanti zaman anak Ben Ashaari dah besar sikit nak kereta camni. Kui3.

Ciao!

(sumber: Yahoo! Autos, Gizmag, News.com.au) 


Tomb Raider Crossroads: Lara Croft Mangsa Cubaan Rogol?


Assalamualaikum, Hello!

Gamers kat luar sana mesti ada yang ternanti-nanti game Tomb Raider terbaru yang akan keluar Mac tahun depan untuk pelantar PC, Xbox 360 dan PS3 yang dinamakan sebagai Tomb Raider Crossroads. Ini mengisahkan tentang perjalanan Lara Croft sebelum dia menjadi seorang hero wanita yang bad-ass seperti dalam game-game sebelum ni. Yaa, game ini menceritakan tentang origin Lara Croft, macam mana dia boleh jadi that hot chick with busty breast yang bad-ass!

Tapi ternyata origin nya itu menjadi satu kontroversi dalam dunia gaming, Lara Croft sebenarnya hampir menjadi mangsa rogol! Tak percaya? Saksikan trailer game ni!


Nampak tak? AHAHA. Kontroversinya sekarang bukan hanya setakat scene Lara Croft yang diambil kesempatan oleh lelaki jahat tu, tetapi developer game ni dipersoalkan tentang kenapa perlunya back story yang sebegitu rupa? Kenapa nak jadikan Lara Croft ni asalnya vulnerable? Haaa... itulah sebenarnya, ramai yang tak puas hati bila tau origin Lara Croft ni sebenarnya tak seberapa bad-ass.

Walaubagaimana pun, developer game ni menyangkal dakwaan scene 'attempted rape' ni. Diorang kata scene tu tak berkisar langsung tentang sexual assault ke atas Croft. Hmm...tapi aku nampak tadi memang macam nak kena rogol dah pun. Kan? 

Menurut ketua studio Crystal Dynamics Darrell Gallagher, takde cubaan rogol keatas Lara Croft sebenarnya. Statement dia; "Salah satu detik yang menentukan karakter Lara Croft dalam permainan ini, yang telah disalahtafsirkan sebagai babak 'cubaan rogol' ialah kandungan yang kami siarkan pada E3 tahun ini, dan lebih sejuta orang telah melihat trailer terbaru bertajuk 'Crossroads'. Disinilah Lara terpaksa membunuh seorang manusia untuk kali pertama. Dalam babak yang kami pilih, walaupun ada ciri-ciri ugutan dalam babak dan drama sekitarnya, ia tidak pergi lebih dari apa yang telah kami tunjukkan kepada orang ramai. Serangan seksual dalam apa bentukpun bukanlah tema yang kami liputi dalam permainan ini."

Jap, ada lagi satu, tapi yang ni dari penerbit eksekutif Crystal Dynamics, Ron Rosenberg plak semasa ditemuramah oleh Kotaku;

Ron: 'Dan apa yang berlaku ialah, kawan karib dia di culik, dia ditawan oleh pengutip yang tinggal di pulau itu. Mereka cuba untuk merogol dia dan -'
Kotaku: 'Mereka cuba untuk merogol dia?'
Ron: 'Dia bertukar semacam haiwan yang dikepung. Dan itulah satu langkah besar dalam evolusinya: sama ada dia terpaksa melawan balik atau mati dan itulah yang apa yang kami tunjukkan hari ini.'

See, bercanggah kan? AHAHAHA. Tapi apa-apapun, game ni nampak menarik, grafik dia pun power. Jadi kepada peminat Tomb Raider boleh kumpul duit untuk beli game ni next year!


Iklan jap!




Ciao!

(sumber: Guardian, Kotaku, The Sun, Stuff, YouTube)



Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #005 Karya Telur

You said your egg tart is good, this guy made egg art....see what I did there? :P
(sumber: Pinterest)



Sunday, June 10, 2012

Dengan Harapan Bilik Tidur Baru Aku Gempak


Assalamualaikum, Hello!

Haaaa inilah rupa bilik aku........dalam mimpi! :P Rumah dalam proses renovasi lagi sekali, kali ni nak tambah bilik pulak. Memandangkan abang aku dah nak mendirikan rumah tangga, maka dia memerlukan 'bilik pengantin', takkan nak share lagi plak kan? Jadi aku akan dapat bilik aku sendiri, officially mine! MUAHAHAHAHA. *cam sakai plak*

Aku suka gamba atas tu, multipurpose, style plak, tapi kalo nak buat sendiri ni, aisemen....tapi, hendak seribu daya beb!

Aku jugak selalu sekodeng idea-idea menarik di Pinterest, serious, banyak benda boleh discover kat pinterest, sampai tahap mind-blowing pun ada especially bab-bab craft ngan DIY project. DIY tu ape? DIY=Do It Yourself=ko buatlaa sendiri senang jek.

Jom tengok idea menarik ni!

Aku suka idea camni, dah banyak kali tengok dalam tv, storage kat bawah, tempat duduk-duduk, baring-baring kat atas. Multipurpose yaww!

Bantal berupa artwork cool, macam sculpture yang korang boleh bawak tido. Cool stuff!

Rak paling penting! Koleksi buku dah makin banyak rak dah tak cukup, yang ni bina ngan guna semula kayu lama, jimat dan murah! Kalo bentuk macam ni jek, aku rasa boleh buat kot......

Untuk bilik aku tu, aku ada idea nak buat bilik aku nanti se-'eccentric' yang boleh!  Macam drawer atas ni. Perghhh colourful!

Re-purpose! Aku rasa cam banyak benda kat rumah kitorang ni yang boleh guna semula jadi benda baru. Cam meja atas tu jadi rak, cool stuff. Jimat weh, jimat...

Buat tilam simple ngan sarung bantal + kapas! Antara idea-idea kat atas tu, yang ni aku rasa paling senang nak buat! Beli (or guna semula :P) sarung bantal, jahit, masuk kapas, jahit balik. Siap! 

Semua ni aku jumpa kat Pinterest. Serius, kalau korang rajin explore Pinterest, macam-macam korang boleh jumpa. Tak sure macam mana nak guna, jom rujuk post Pinterest-ing aku ni!

Yelah, duit tak banyak nak buat hias bilik macam Eric Leong selalu buat, kena jadi resourceful guna apa yang ada :P.

Ciao!

(Sumber: Pinterest, Dornob)


Saturday, June 9, 2012

Wajah Baru


Assalamualaikum, Hello!

Yer, aku dah tukar skit rupa paras blog ni, kalo dulu berwarna-warni, sekarang aku stick to satu tema jek. Ala-ala tengah terbang kat awan gitu. AHAHA. Takdelah spesel sangat pun kan? :P Tapi aku suka, sebab nampak cam simple jek and sejuk mata memandang.

Sekarang aku tengah brush up skill photoshop yang tak seberapa ni dengan tutorial-tutorial yang melambak di internet. Best gak, blajar free :P. Alhamdulillah, boleh laa tangkap sikit-sikit walopun masih kira tahap 'noob' lagi sebenarnya. 

Apa-apapun, aku try nak buat layout sendiri nanti, sekarang ni sebenarnya masih pakai template dari Blogger cuma tukar header tukar background jek. Aku masih terkial-kial nak blajar kod HTML ngan CSS untuk buat template Blogger sendiri. Blur oi!!

Sebelum tu;


Ciao!


Friday, May 18, 2012

Awan Nano Dalam Bilik


Assalamualaikum, Hello!

Awan Nano dari Hafiz memang best kan? Haaa tapi aku bukan nak cerita pasal lagu tu. Tapi lebih kepada art installation dari seorangg artist Belanda bernama Berndnaut Smilde yang 'buat' awan! Tengok atas tu, realistic betul kan?

Smilde buat awan ni dengan menggunakan mesin asap, sedikit kelembapan ngan cahaya nak buat efek macam awan sedang melindungi matahari. Serius cool! Walaubagaimanapun, atas sifat asap yang cergas dan tak berhenti bergerak, selang beberapa ketika hilanglah 'awan nano' ni. Tapi gambar dibawah diambil untuk dokumentasi. Enjoylah! nak try buat tak? 






Menarik yawww! Bayangkan tetiba ada petir cute tiba-tiba muncul!


(sumber: Yahoo! News, Dailymail UK)


Tuesday, May 8, 2012

Rumah Terbalik Dibuka


Assalamualaikum, Hello!

Apasal rumah ni terbalik? Kena tiup angin ke apa ni macam dalam cerita The Wizard of Oz tu? AHAHAHA. Taklah, rumah ini memang sengaja dibina terbalik!

Rumah ini yang diberi nama 'The Upside Down House' dibina oleh dua arkitek dari Poland, Irek Glowacki dan Marek Rozanski di sebuah perkampungan bernama Terfens di bahagian barat Austria. Sangat cool kan?  Rumah ini sememangnya dibina sebagai satu tarikan pengunjung di kawasan itu. Jom tengok gambar lain. 


Entracne dia dari tingkap second floor rumah

Bilik tidur terbalik, sesuai untuk Spiderman. 

Open floor concept-kitchen, dining room ngan living room sekali

Budak budak nam main bola pun tak boleh keh3

Volkswagen tu diorang main tampal je ahahaha

Yang ni paling interesting, errr, nasib baik takde benda yang jatuh dari mangkuk tandas tu kan? 

Amacam? Intrigued? Nak try buat kat Malaysia sebijik?


(sumber: Yahoo! News)


Sunday, May 6, 2012

Anda Suka Benda Comel? Introducing Googly Gooeys!


Assalamualaikum, Hello!

Pernah dengar Googly Gooeys? Pernah nampak kawan-kawan share post dari Googly Gooeys di Facebook? Comel kan diorang ni? AHAHAHA. Googly Gooeys ni adalah hasil ciptaan pasangan suami isteri yang berasal dari Filipina (masa diorang develop characters ni, diorang masih dating lagi, baru kahwin you!). Yang pink tu namanya Tipsy and yang biru tu Ponggo. Kira character kartun pasangan ni sebenarnya.

Apa mereka buat?

Mereka ni hasilkan illustrasi berdasarkan apa yang berlaku disekeliling diorang, sangat korang boleh relate dengan, dan jugak diselitkan dengan humor. Ni contoh sikit kat bawah.





Korang pernah alami kan? AHAHAHA. Diorang just lukis balik benda ni dalam bentuk gooeys dua bijik yang comel sangat! AHAHAHA. Nak lagi? Sila ke laman web rasmi diorang, Googly Gooeys. Or 'Like' page Googly Gooeys di Facebook.

So lepas ni korang boleh explore lah kecomelan Googly Gooeys ni, korang boleh gak download freebies dari website diorang tu. Comel-comel belaka! Blogshop diorang tengah under construction, tapi kalau diorang ada jual plush Googly Gooeys mesti nak kan?? AHAHAHA.




Angkasa Raya


Assalamualaikum, Hello!

Kalau ada yang tak tau lagi, bangunan kotak-kotak sebelah KLCC tulah bangunan baru yang bakal dibina di KL, namanya Angkasa Raya, wah, nama Melayu tu tau. Angkasa Raya ni menempatkan pejabat-pejabat premium, hotel mewah dan juga serviced residence (condominium + penthouse). Tapi jangan risau, tingkat bawah bangunan ni boleh diaccess oleh orang awam jugak dengan adanya signature retail shops, restaurants, foodcourt, bilik solat, dan jugak pengalaman landscape yang best! Nanti dah siap korang cubalah yek :P Sebelah KLCC je kan...

Korang tengoklah sendiri bangunan yang direka oleh arkitek Buro Ole Scheeren ni. Design dia memang modern dan nampak simple, tetapi falsafah design dia adalah berdasarkan negara kita yang multi-racial ni. korang tengoklaa gambar-gambar dibawah. Apa pendapat korang?








Teringin ke nak tinggal kat sini nanti?

Nak tau lebih lanjut sila baca di artikel Archdaily-Landmark Tower/Buro Ole Scheeren 


[UPDATE] Ni info dari website architect dia Buro Ole Scheeren

Project:
Angkasa Raya
Type:
Mixed-use High-rise Development, including Premium Offices, Luxury Hotel, Service Residences, and Signature Retail / F&B
Status:
Commission: July 2010
Construction Start: 1st Quarter 2012
Completion: 2016
Client:
Aurora Tower at KLCC Sdn Bhd (A Wholly Owned Subsidiary of Sunrise Berhad, A member of UEM)
Location:
Kuala Lumpur City Center, Malaysia
Site:
6,400m2 Corner Lot at Intersection of Jalan Ampang and Jalan P. Ramlee
Scale:
Construction Area: approx. 165,000m2 (1.75 million sq.ft.)
Gross Floor Area: approx. 90,000m2 (968,000 sq.ft.)
Height:
268 meters; 65 Floors above ground
Program:
Premium Offices; Hotel (200+ units), Hotel Amenities 700m2; Service Residences (280+ units), Residences Amenities 600m2; Ground Levels: Lobbies, Retail/Food Court, Elevated Parking (7 levels); Sky Levels (3 levels): Restaurant/Bar, Multi-Function Hall, Business Center, Gym/Spa; Basement Parking (6 levels); Building Services


p/s- Tak semua orang faham proses rekabentuk. Sepanjang aku belajar design, dia memang ada banyak development stages, so I'm sure Buro Ole Scheeren ada idea dia sendiri kenapa bangunan tu di design cenggini :P

(sumber: Archdaily)



Wednesday, April 4, 2012

An Art A Day #009

'Autumn Pleasures' by Jack G. Brauer, Acrylic

Aku tengok paintings jack G. Brauer ni, aku dapat this kinda, homey feeling....sangat peaceful! Boleh buat terapi :)


Ciao!



Google Art Project


Assalamualaikum, Hello!

Hari ni aku nak share benda yang sangat best untuk korang! Inilah dia Google Art Project! 

Ape benda?

Well, Google Art Project paling senang aku nak katakan, himpunan koleksi-koleksi hasil seni di muzium-muzium terkemuka diseluruh dunia yang korang boleh tengok dengan paparan beresolusi tinggi tahap ultras...LOL! Betol! Tak caya nanti korang try..

Google Art Gallery ni dah compile lebih daripada 30 000 artwork dari 151 muzium dari 40 buah negara. Tapi sayangnya tak adapun dari Malaysia :(. Mungkin lambat sikit nak ada kot. So tengok dulu apa yang ada kat sini. Yang gambar atas sekali tu korang akan jumpa bila pergi kat GoogleArtProject ni. Tapi gambar dia berubah-ubah, so menarik sikit! :D

Dia ada banyak cara untuk korang browse koleksi-koleksi paintings ni; 1) Collection, 2) Artists, 3) Artworks; and 4) User Galleries. Jom tengok satu satu;



1) Collection. Dalam Collection dia ada senaraikan nama-nama galeri atau muzium yang koleksi diorang ada dipamer dalam Google Art Project ni. So korang boleh cari mana-mana muzium yang korang nak tengok-tengok dari A-Z. Seperti aku cakap tadi, Balai Seni Lukis Malaysia atau mana-mana galeri di Malaysia takdak lagi. Singapore ada plak. Contoh korang nak tengok Museum of Modern Arts, MoMA ada kat situ tekan 'M'. 


2. Artists. Kalau korang kenal artis yang korang nak tengok artwork dia, try tab 'Artists'. Sama jugak style dia, carian A-Z untuk senangkan korang, ikut first name diorang. Macam aku nak tengok 'Leonardo da Vinci' punya lukisan cari kat tab 'L' pulak.. Jumpa laaa pak cik ni... Ada nombo 13 kat situ maksudnya jumlah artwork dia yang dipamer kat seluruh web ni.


Ni adalah hasil-hasil lukisan Leonardo da Vinci


So aku pilih artwork 'Annunciation' dia ni nak tengok.


One of the best feature kat dalam site ni yang aku suka adalah korang boleh zoom gambar ni dekat-dekat tanpa pixel dia pecah pun! Sebab semua artwork yang tersenarai dalam ni setiap satu diambil gambarnya dengan resolusi yang sangat tinggi! Macam korang tengok bawah kanta! Dengan mata kasar pun takde zoom-zoom macam ni ahaha. So mudahlah untuk sesiapa yang suka nak tengok detail-detail lukisan, especially yang ambik fine arts. Tak yah gi jauh-jauh, GoogleArtProject je :P


3. Artworks. Selain dari tu, mungkin korang saja nak cari lukisan secara random, saje nak tengok-tengok macam blogwalk gitu cuma nak 'artwalk' laa katakan, ahaha. Try yang ni. 


4. User Galleries. Yang ni untuk korang tengok user-user GoogleArtProject yang nak post diorg punya artwork kat dalam ni. Tapi aku tengok tadi artwork diorang ni pun dah banyak masuk galeri-galeri luar cuma untuk bagi audience lagi besar lah kot. So boleh upload sendiri! Ada artwork nak share? Silakan!


Ni aku punya Galeri, memang la kosong -___-

Selain tu, korang jugak boleh merasai sendiri rasa melawat muzium atau art gallery ni dengan future Google Street View yang turut disertakan. Pilih 'Collection', roll over mana-mana galeri atau muzium, nanti akan kelluar figure 'orang kecik' namanya museum view. Tekan situ, korang boleh belagak macam tengah-tengah jalan dalam galeri!




Boleh lagi jalan jejauh, tapi takkan nak tunjuk semua kan? Korang kena lah experience sendiri! Tapi kalo ada duit, pergi lah muzium mana-mana, aku pernah pergi The National Gallery kat London, perghhh priceles experience. Memang banyak sangat koleksi dia tapi tak dapat nak tengok semua T^T nanti nak gak pergi lagi sekali!

So apa lagi, try laa Google Art Project ni!


(sumber: www.googleartproject.com)

Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads