Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Balingian. Show all posts
Showing posts with label Balingian. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Kemarau!


Assalamualaikum, Hello!

Dah beberapa hari tak post apa-apa, ni aku nak post pasal kejadian alam semula jadi yang tengah melanda kat tempat aku, maybe kat seluruh Sarawak (aku pun tak sure), pasal kemarau. Sejak beberapa minggu ni, aku dah lama hujan tak turun. Ada beberapa kali gak hari tiba-tiba gelap, sejuk, merasa nak hujan kan, tup tup hujan sepuluh minit jek, lepas tu panas balik. Aisemen... Kat bandar pun orang cakap dah mula jerebu. 

Rasa macam nak mandi setiap jam jek sebab panas nih. Kat kampung ni, belom kat bandar. Kat bandar takpe lah kot mana yang kerja office tu syukur ada aircond, kalo yang dok kerja sapu sampah, jual-jual tepi jalan tuh, mak aih...sabar je lah..

Okay malas nak merapu panjang... Kalau cuaca panas macam ni, kalau yang dah ada anak tu, jangan lah biar diorang main dalam panas membahang ni, nanti demam susah pulak.. Yand dah beso panjang ni pun, jangan nak melepak dalam panas gak..ahaha...okeh lah, enjoy weekend korang! 

p/s- panas-panas camni mana yang dekat ngan iCity Shah Alam tu boleh berkunjung kat sana, ada Snow World, Ice World pebende nama dia tuh, sejuk sikit :P

Ciao!


Tuesday, June 12, 2012

Air Paip Takde Ni Weh....

Assalamualaikum, Hello!

Aisemen, dari semalam lagi air takde. Ade pun keluar setitik-setitik macam kat atas tu. Pagi semalam sempat lagi mandi okay jek, dalam pukul 10 cam tu kot air mula takde. Hari tu masalah air paip rasa masin, so lepas report dibuat diorang tukar saluran air dari kampung and ambik air dari saluran bandar Mukah, so air takde lah masin. However, yes, ada however nya, water pressure sangat low. Tapi kira masa tu okay lagi lah air keluar gak walopun sedikit slow dari biasa. Tapi semalam tu, air tak keluar langsung sampai laaa pagi ni...aisemen...

Kalo zaman kecik-kecik dulu, bukan main suka lagi kalo air takde. Bukan ape, kalo takde air, boleh pergi mandi sungai! Meriah kot sungai masa bekalan air terputus AHAHA. Tapi sekarang ni, tak walopun kadang-kadang teringin nak melakar memori macam zaman dulu-dulu terjun 'cannonball' dalam sungai.

Air paip, oh air paip.

Ciao!


Monday, June 11, 2012

Daftar Pemilih Disahkan!


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, setelah lama tunggu akhirnya aku dah sah jadi pengundi, yeay! Jadi bolehlah aku mengundi dalam PRU 13 ni nanti, itupun kalo takde masalah keciciran ahaha. Yelah, sekali lagi cam sakai, first time kot. :P

Jadi aku sarankan kepada yang dah berumur 21 dan cukup syarat mengundi, daftar lah ye, tak mengundi tahun ni, untuk tahun-tahun yang akan datang plak kan.. Tak rugi, untuk kepentingan kita jugak. :D Kalau dah cukup umur cukup syarat tak mengundi jugak, nanti parti feveret kalah jangan marah plak :P 

Bercakap tentang undi mengundi kalah menang, nak selitkan sedikit ucapan tahniah kepada Caroline dan mentornya Ella, juara Mentor musim ke-6. Tahniah tahniah...aku tak selalu tengok Mentor ni tapi aku pernah tengok Caroline perform, memang layak lah bergelar juara :D

Ciao!


Tuesday, May 29, 2012

Sekitar Pesta Bederun Balingian 2012


Assalamualaikum, Hello!

So last post aku ada post gak pasal Pesta Bederun ni, kalo blom baca boleh baca kat SINI. So ari ni aku tambah lagi sikit gambar-gambar sekitar Pesta bederun Balingian 2012 untuk tatapan korang. Meriah tau! Tengok, KM pun senyum. KM pulang bukan dengan tangan kosong lagi, siap bawak udang balik ngan dia hihi!

Jom enjoy gambar-gambar ni! 

Pertandingan 'Perahu Bidar'. Ada banyak kategori ni. Wajah ceria walopun penat! Semangat yaww!

Senam seni, aku tak pergi, tido lagi kot :P

Rempit dalam air, ada berani??

Ini rempit legal punya, tengok Team ni, perghhh. Ni team TT Crew. Ada lagi....tapi takdek gamba -___-

Sekitar hari terakhir, ramai turun padang

YB Fatimah pun datang gak...

Pehin Sri berucap...

Penyampaian hadiah untuk peserta bertuah (part ni ada masuk berita pagi Isnin tu :P)

Penyampaian trofi dari Penghulu (berbaju merah.......dan bapak aku :P)

Aku tak berpeluang lagi nak kayuh (betul ke kayuh? aku tau bahasa inggeris dia 'row' je -__-) perahu ni

Makanan untuk orang ramai disediakan, percuma! (Tu yang ramai datang tu kot, LOL!)

Tapi apa-apapun, walaupun panas terik, ramai tetap datang nak tengok pesta ni. Makanan free ke tak tu takde effect pape pun, sekadar bonus. Yelah, tempat kami ni pun hanya sekadar pekan kecil, kalau bukan Pehin Sri Taib yang pegang tempat kami ni, ntah bilanya nama Balingian nak masuk newspaper. AHAHAHA. Sumpah. Sedikit sebanyak event macam ni dapat gak jadikan Balingian satu tempat yang orang kenal.

Sementara tu, baik gak aku promote kampung aku ni kan, untuk kaki pancing, meh laa datang Balingian, kalau tiba musim udang, hasil tangkapan sangat lumayan okay! Mungkin kaki pancing tegar ada yang tahu Balingian ni memang kaya ngan udang dia. Tak percaya? Meh try! :P


Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads