Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Home Improvement. Show all posts
Showing posts with label Home Improvement. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Dengan Harapan Bilik Tidur Baru Aku Gempak


Assalamualaikum, Hello!

Haaaa inilah rupa bilik aku........dalam mimpi! :P Rumah dalam proses renovasi lagi sekali, kali ni nak tambah bilik pulak. Memandangkan abang aku dah nak mendirikan rumah tangga, maka dia memerlukan 'bilik pengantin', takkan nak share lagi plak kan? Jadi aku akan dapat bilik aku sendiri, officially mine! MUAHAHAHAHA. *cam sakai plak*

Aku suka gamba atas tu, multipurpose, style plak, tapi kalo nak buat sendiri ni, aisemen....tapi, hendak seribu daya beb!

Aku jugak selalu sekodeng idea-idea menarik di Pinterest, serious, banyak benda boleh discover kat pinterest, sampai tahap mind-blowing pun ada especially bab-bab craft ngan DIY project. DIY tu ape? DIY=Do It Yourself=ko buatlaa sendiri senang jek.

Jom tengok idea menarik ni!

Aku suka idea camni, dah banyak kali tengok dalam tv, storage kat bawah, tempat duduk-duduk, baring-baring kat atas. Multipurpose yaww!

Bantal berupa artwork cool, macam sculpture yang korang boleh bawak tido. Cool stuff!

Rak paling penting! Koleksi buku dah makin banyak rak dah tak cukup, yang ni bina ngan guna semula kayu lama, jimat dan murah! Kalo bentuk macam ni jek, aku rasa boleh buat kot......

Untuk bilik aku tu, aku ada idea nak buat bilik aku nanti se-'eccentric' yang boleh!  Macam drawer atas ni. Perghhh colourful!

Re-purpose! Aku rasa cam banyak benda kat rumah kitorang ni yang boleh guna semula jadi benda baru. Cam meja atas tu jadi rak, cool stuff. Jimat weh, jimat...

Buat tilam simple ngan sarung bantal + kapas! Antara idea-idea kat atas tu, yang ni aku rasa paling senang nak buat! Beli (or guna semula :P) sarung bantal, jahit, masuk kapas, jahit balik. Siap! 

Semua ni aku jumpa kat Pinterest. Serius, kalau korang rajin explore Pinterest, macam-macam korang boleh jumpa. Tak sure macam mana nak guna, jom rujuk post Pinterest-ing aku ni!

Yelah, duit tak banyak nak buat hias bilik macam Eric Leong selalu buat, kena jadi resourceful guna apa yang ada :P.

Ciao!

(Sumber: Pinterest, Dornob)


Monday, April 2, 2012

Cool Stuff: LG's E-Paper Display!


Assalamualaikum, Hello!

Inilah LG E-Paper Display (EPD). Syarikat gergasi Korea ni dah start menghasilkan EPD ni secara meluas, tak taulah keluar kat Malaysia bila, but dalam April ni dah akan launch kat Europe. Target EPD ni lebih kepada pembaca e-books, so, dia bukan lah bersaing dengan produk-produk seperti iPad atau Samsung Galaxy Tab, tapi lebih kepada Kindle dan Nook.

Kelebihannya, EPD ni sangat ringan sebab dibuat daripada plastik yang durable (tahan lasak) dan flexible. EPD ni boleh di lipat sehingga 40 darjah dari titik tengahnya, so maaf, takleh golong-golong macam newspaper lagi :P. Display wise,ia sebesar 6 inci, dengan e-ink skrin plastik beresolusi 1024 x 768. Tebalnya hanya 0.7mm sahaja, and berat pulak hanya 14 gram! LG kata produk diorang ni tahan calar, dan takkan ada problem kalo jatuh dari ketinggian 1.5 meter.

Do you know what this means?

LG takkan stop nak target untuk pasaran ebook aje, mesti lah diorang tengah develop benda yang lagi cool kan? Company lain plak bila tengok LG dah kluar kan produk camni, mesti rancak bersaing nak tunjuk sapa lagi terer kan? keh keh keh, lagi dua tahun mungkin dah dapat flexible iPad ahahaa!


(sumber: www.marshable.com)

Ciao!



Thursday, March 29, 2012

Designing For Solution


Assalamualaikum, Hello!

Dulu zaman sekolah dulu, kalo nak design tu, design ikut suka aje, tak tau pun ada prinsip-prinsip tertentu dalam men'design' sesuatu. AHAHA. Biasalah, sekolah menengah sekolah rendah mana ada belajar macam tu kan, sukati rembat jek, janji cantik, menarik, da bomb gila abis... Tapi bila masok degree, dah tau dah sikit-sikit, benda yang kita design tu, adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, untuk design sesuatu, kena ada problem dia, baru tau apa 'aim' atau tujuan nak buat sesuatu design tu.. Tapi sekarang dah banyak benda dah orang design, so kita dah masuk zaman 'menambah baik' apa yang asa mengikut kesesuaian dan arus teknologi sekarang.

So aku jumpa lah benda-benda kat bawah ni, cool beans okay!

Ada kalendar kan kat rumah, yang kena koyak sekeping setiap hari tu? Kadang-kadang sampai berbulan tak  koyak, bila dah sampai hujung Mac ni, kalendar masih dok 1 Januari, LOL! Haaa, yang ni otomatik ni, siap ngan shredder sekali, so korang takyah nak buang masa dah sebab everything is done for you! Err, cuma, tinggalakan bakul sampah laa kat bawah tu ahahaa!

Pernah tak kawan datang nak pinjam flash drive, tapi dalam flash drive korang ada lah plak dokumen-dokumen yang private gila, tanak kasi kat dia, so korang pun tipu kata flash drive hilang lah bagai, ahahaha! Problem solve ngan stackable flash drive ni, cuma perlu organize ikut kegunaan lah, contoh kat atas tu No.1 untuk private nye file, 2 untuk gambar, 3 untuk lagu 4 untuk dokumen-dokumen lain...so, senang kan? Tak yah risau dah gambar2 ayu korang tu orang lain dok gelak2 tengok. *pernah terjadi kat aku -____-*

Kadang-kadang plug letak kat tepi dinding bawah-bawah sikit, mesti rasa malas nak tunduk, tundu je pon! Tapi biasalah, malas nak gerak banyak kan, tengah masyuk buat kerja kononnya...or tengah gelap, suis lampu lak kat sudut mana entah, or memang lampu rosak, so nak pasang plug, nak cucuk-cucuk tu yang payahnya dalam gelapkan? Nak pastikan kaki dia betul2 masuk lubang, so dengan adanya 360 degree punya lubang ni, masalah tu selesai. 

Design sekarang macam-macam, kadang-kadang benda tu kita tak terfikir pun susah, tapi bila tengok benda macam ni kita sedar, eh, macam ni lagi senang kan? :D


(sumber: www.dornob.com)

Ciao!


Wednesday, March 28, 2012

Awesome Bed!


Assalamualaikum, Hello!

Gambar atas tu solusi bagi masalah anak kata ada raksasa bawah katil, LOL! *Iklan* A few post ago dah buat pasal bedroom kan? Hari ni tadi aku terjumpa plak pasal katil yang sangat best! Boleh shift-shift gitu, memang stylo lah! Aku suka, aku nak :D

Kepala katil boleh shift mana! Memang stylo!! Dari atas: i) Kalo nak tido style biasa; ii) nak bagi style sofa sikit, mesti nak duduk tepi kan? iii) sorang nak tido, sorang nak baca buku, or tengah gaduh, so laki takyah laa tido kat sofa luar, LOL!
Sangat suka sebab boleh ubah-ubah!!

Headboard dia tu bagi dua, and boleh gerak-gerak, bukan gerak bed eh, gerak head board dia saja, senang!
Amacam? Teringin? Boleh di dapati di talian Nur...........eh? AHAHAHA Takdelah, aku pun tak tau nak dapat mana, orang putih ni banyak idea best-best, import laa kalo nak ahaha. 


(sumber: www.dornob.com)

Ciao!


Monday, March 26, 2012

Bilik Tidur Idaman


Assalamualaikum, Hello!

Sapa time kecik-kecik dulu suka katil double decker? Suka bilik penuh ngan sticker2 katun? AHAHAHA. Tu time kecik laa kan, aku sangatlah suka katil double decker, tapi parents tak penah belikan...tapi bila duduk asrama masa tahun 6 dulu, asrama baru, pergh...katil double decker so aku amek spot atas...kekekeke...

Tapi bila dah besar mesti nak bilik yang style kan? So aku jumpa gambar-gambar ni tadi enjoy!


Ala-ala English gitu, sesuai untuk yang berjiwa romantik

Ni lagi best, siap ada buaian lagi! Aku pun nak!

Yang ni setanding bilik Raja ni, sangat lavish!

Sah-sah laa bilik perempuan ni!

Yang ni sesuai untuk aku, sempoi-sempoi, simple-simple, aku suka :D

Tiba-tiba aku teringat Hogwarts, LOL!

Kalo nak tengok lagi, check kat sini!

(sumber: www.telegraph.co.uk)


Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads