Ads

Thursday, March 29, 2012

Designing For Solution


Assalamualaikum, Hello!

Dulu zaman sekolah dulu, kalo nak design tu, design ikut suka aje, tak tau pun ada prinsip-prinsip tertentu dalam men'design' sesuatu. AHAHA. Biasalah, sekolah menengah sekolah rendah mana ada belajar macam tu kan, sukati rembat jek, janji cantik, menarik, da bomb gila abis... Tapi bila masok degree, dah tau dah sikit-sikit, benda yang kita design tu, adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, untuk design sesuatu, kena ada problem dia, baru tau apa 'aim' atau tujuan nak buat sesuatu design tu.. Tapi sekarang dah banyak benda dah orang design, so kita dah masuk zaman 'menambah baik' apa yang asa mengikut kesesuaian dan arus teknologi sekarang.

So aku jumpa lah benda-benda kat bawah ni, cool beans okay!

Ada kalendar kan kat rumah, yang kena koyak sekeping setiap hari tu? Kadang-kadang sampai berbulan tak  koyak, bila dah sampai hujung Mac ni, kalendar masih dok 1 Januari, LOL! Haaa, yang ni otomatik ni, siap ngan shredder sekali, so korang takyah nak buang masa dah sebab everything is done for you! Err, cuma, tinggalakan bakul sampah laa kat bawah tu ahahaa!

Pernah tak kawan datang nak pinjam flash drive, tapi dalam flash drive korang ada lah plak dokumen-dokumen yang private gila, tanak kasi kat dia, so korang pun tipu kata flash drive hilang lah bagai, ahahaha! Problem solve ngan stackable flash drive ni, cuma perlu organize ikut kegunaan lah, contoh kat atas tu No.1 untuk private nye file, 2 untuk gambar, 3 untuk lagu 4 untuk dokumen-dokumen lain...so, senang kan? Tak yah risau dah gambar2 ayu korang tu orang lain dok gelak2 tengok. *pernah terjadi kat aku -____-*

Kadang-kadang plug letak kat tepi dinding bawah-bawah sikit, mesti rasa malas nak tunduk, tundu je pon! Tapi biasalah, malas nak gerak banyak kan, tengah masyuk buat kerja kononnya...or tengah gelap, suis lampu lak kat sudut mana entah, or memang lampu rosak, so nak pasang plug, nak cucuk-cucuk tu yang payahnya dalam gelapkan? Nak pastikan kaki dia betul2 masuk lubang, so dengan adanya 360 degree punya lubang ni, masalah tu selesai. 

Design sekarang macam-macam, kadang-kadang benda tu kita tak terfikir pun susah, tapi bila tengok benda macam ni kita sedar, eh, macam ni lagi senang kan? :D


(sumber: www.dornob.com)

Ciao!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads