Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Wednesday, March 14, 2012

Sony So Cool


Assalamualaikum, Hello!

Mungkin semua dah sedia maklum, Sony telahpun membeli kesemua saham Ericsson, pendek cerita, takde lagi dah Sony Ericsson, tapi kini dikenali sebagai Sony Mobile Communication. Post ni bukan pasal kenapa take over ni, tapi lebih kepada minat aku terhadap produk-produk Sony, especially produk mobile phone diorang.

Walaupun Sony bukanlah pengeluar telefon bimbit yang sepopular iPhone keluaran Apple mahupun Blackberry hasil RIM, ataupun pelbagai produk telefon pintar Galaxy dari Samsung, TAPI, aku memang meminati hasil keluaran Sony, baik semasa masih dibawah nama Sony Ericsson, mahupun dengan nama baru sekarang. Mungkin satu sebab ialah telefon pertama aku dulu, Sony Ericsson K50i aku beli lepas dapat result SPM. Ngeeee :D

Xperia S, the first smartphone in the Xperia NXT series

Salah satu lagi sebab ialah, aku nampak Sony memang try their best nak hasilkan produk yang lain dari yang lain, terutama sekali dari segi reka bentuk telefon diorang. Kalau korang tengok iPhone ngan Samsung S2, mungkin nampak sedikit resemblance diorang, aku tak cakap 100% sama, tapi hampir-hampir. Yang banyak bezanya dari segi sistem operasi and benda banyak-banyak dalam dia cam camera etc. Tapi Sony aku puji, tak nak ikut mold iPhone, tapi reka bentuk phone diorang sendiri. Original touch gitu! Tengoklah antena transparent kat Xperia S atas tu, yang macam belt kaca tu, style! I like!

Xperia sola, terbaru dari SMC

Aku pun tak sure kalau nak di rank populariti smartphone ni, Sony ada kat tangga mana.. Tapi bagi aku, diorang ni tetap mantap-mantap belaka (ayat umpan nak free Xperia, eh!). So korang boleh expect laaa akan ada post lagi pasal Xperia baru kalau diorang dah announce. Setakat ni, Xperia S yang dah release, tak sure laa kat Malaysia dah belum, tapi ikut website diorang sudah, antara Xperia lain dalam siri NXT ialah Xperia U and Xperia P, sama bentuk macam Xperia S cuma beza saiz physical diorang, and beza saiz camera (MP) nya. 

Kalau nak tengok telefon-telefon dari Sony Mobile Communication tekan sini.

Ciao!

p/s- sekarang guna Sony Ericsson Txt Pro je, nak upgrade kena tunggu lama sikit T^T


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads