Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Terbaru Dari J.K Rowling, Wonderbook: Book Of Spells


Assalamualaikum, Hello!

Wow! Like, seriously, WHOAAAA! Aku excited! Okay, meh nak cerita pasal apa kebenda itu Wonderbook. Wonderbook adalah keluaran terbaru dari Sony untuk PlayStation 3. Yeah, ia berbentuk buku, ada beberapa pages, dan dalam setiap muaksurat ada 'markers' atau tanda-tanda yang lebih kurang macam kod QR. Untuk experience Wonderbook ni, korang kena ada PlayStation 3, pastu PlayStation Eye Camera. And tambahan: PlayStation Move. 

Apa yang best?

Firstly, Wonderbook ni di'reveal' oleh Sony pada E3 2012 baru-baru ni. And title pertama game untuk Wonderbook ni, tak lain tak bukan seperti yang aku dah tulis kat tajuk tu, Book of Spells, hasil kolaborasi dengan tak lain tak bukan JK Rowling! Kalau korang baca Harry Potter, korang tau buku Book of Spells tu boleh dapat kat mana, dan siapa penulisnya... Kejap lagi korang boleh tengok video dia camne, dan betapa exciting rupanya! Walopun target dia macam lebih kepada kanak-kanak, tapi aku rasa macam, ape salahnye munca ye tak? :P Okeh, sapa nak donate PlayStation 3 kat aku boleh kontek aku sekarang. LULZ.

Dalam permainan Book of Spells, korang akan experience dunia magic Harry Potter, tapi tak akan ada Harry Potter dalam tu. Korang akan jumpa new information tentang dunia magik hasil imaginasi J.K. Rowling ni. Menurut J.K Rowling, 'Wonderbook: Book of Spells is the closest a Muggle can come to a real spellbook. I've loved working with Sony's creative team to bring my spells, and some of the history behind them, to life. This is an extraordinar device that offers a reading experience like no other.'

So nanti dalam game ni, Wonderbook tu akan jadi buku 'Book of Spells' and PlayStation Move korang akan jadi magic wand macam dalam cerita Harry Potter tu. Tak ke comel camtu? :P

Jom tengok trailer game Book of Spells ni dulu;




Menarik? Tertarik? Kau memang da bomb Haaa....menarik kan?

Ini pulak semasa announcement E3 hari tu. Video ni panjang sikit, tapi korang boleh tengok lebih banyak klip orang tengah main game ni! 




Amazing kan!

Aku memang kagum ngan J.K. Rowling, cerita dia ni memang kisah rag to riches lah. Dari hidup susah jadi antara orang terkaya, fuh! Dengan Harry Potter buku, movies and games, lepas tu laman web Pottermore, lepas tu game yang ini, dan yang paling ditunggu-tunggu, buku terbaru dari beliau keluar September nanti, The Casual Vacancy. Semakin kaya-raya lah dia!

Meh tolong aku jadi kaya, lulz!


Ciao!

p/s-sebagai peminat tegar Harry Potter, of course lah aku excited! :P



Saturday, April 14, 2012

Alohomora Pottermore!


Assalamualaikum, Hello!

Finally, Pottermore dah dibukak untuk public tadi setelah lama dibuka untuk sejuta beta testers. Aku rasa sangat happy! Aku dah sign up dah!

So korang boleh pergi ke site Pottermore and sign up untuk menyelami lebih dalam dunia Harry Potter ni! 

Apa itu Pottermore korang tanya?

Haaa, Pottermore ni adalah salah satu idea JK Rowling supaya dapat mengembangkan lagi dunia Harry Potter, taklah mati sampai buku ketujuh aje. Pottermore ni adalah satu social media baru khas untuk peminat Harry Potter, banyak yang best dalam website ni sekadar yang aku tau, korang akan 'get sorted' kedalam rumah masing-masing; Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff atau Ravenclaw, korang boleh brew potion untuk kutip markah untuk rumah masing-masing, dueling dan banyak lagi! Korang jugak boleh baca more in depth pasal characters dalam cerita Harry Potter, kisah silam diorang dan sebagainya! Menarikkan? 

Bagi aku sangat menarik sebab aku memang peminat besar Harry Potter. Umur dah dekat 22, but still, aku peduli apakan :D

Buat masa sekarang ni, korang dah boleh sign up untuk account Pottermore korang sendiri, after dah siap daftar, korang kena comfirmkan account korang (e-mail validation bagai tu) and kena tunggu lagi satu e-mail untuk membolehkan korang explore the incredible world of Harry Potter...ecewah! Aku dalam phase tunggu e-mail kedua...tapi aku tetap super excited!!!


p/s-aku nye account bernama LumosQuill24018, kalau korang dah daftar dah boleh explore kontek2 aku! :P

Ciao!



Thursday, April 12, 2012

Buku Terbaru Dari J.K. Rowling, Penulis Harry Potter


Assalamualaikum, Hello!

Sapa tak kenal J.K Rowling angkat kening! :P

Sememangnya J.K. Rowling popular diseluruh dunia dengan hasil tulisannya 'Harry Potter'. Lebih 450 juta buku-buku Harry Potter telah dijual diseluruh dunia, and lapan filem Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint telah mengutip sebanyak lebih 2 billion dollar worldwide. Catatan tertinggi untuk satu francais filem. 

And hari ni plak JK Rowling dah umum tajuk buku terbaru garapan beliau. Ia deberi tajuk 'The Casual Vacancy' mengisahkan tentang krisis yang melanda sebuah pekan yang bernama Pagford. Penerbit berkata garapan Rowling dalam buku ini lebih kepada 'komedi gelap'. 

'The Casual Vacancy' ini akan diedarkan diseluruh dunia pada 27 September nanti. So tunggu ye!


p/s-aku memang tak sabar!! I have to say, the first thick English book I read was 'Harry Potter and the Order of Phoenix' when I was thirteen, couldn't really understand the damn thing, but I fell in love with Harry Potter and tried my hardest to improve my English after that ;)

Ciao!


Thursday, March 15, 2012

Harry Potter Studio Tour!

Assalamualaikum, Hello!

Yang ni kawan-kawan aku je tau kot, aku ni peminat tegar Harry Potter. Sangat tegar. Pantang ada benda  involve pasal Harry Potter aku mesti nak tau. Ketujuh-tujuh buku aku ada, movie semua dah tengok, fansite semua dah lawat, dan paling tak sabar, tunggu Pottermore akan bukak untuk public early April ni! Wootttt!

Kat Orlando, Florida, dah ada taman tema Harry Potter ni, aku ingat nak honeymoon kat sana nanti...eh? AHAHAHA Yes bila melibatkan Harry Potter, aku jadi jumpy sikit, mengalahkan kanak-kanak riang. :P And kalau korang penah dengar pasal Harry Potter Studio Tour, yes, post aku pasal yang tu. Sangat coolbag okeh! 

Harry Potter Studio Tour dah lama start kot, diorang pameran secara bergerak di major-major city around the world. Aku pun sangat berharap akan ada lah diorang datang Malaysia, sebab kalau ada, aku rela naik penyapu pergi kat mana exhibition tu! AHAHA, tapi biasanya mestilah around KL kan? :P So aku ada pics nak share ngan korang, apa yang ada dalam studio tour ni! 














Serius aku cakap, kalau ada kat Malaysia ni sedaya upaya aku nak pegi :P

Untuk lagi banyak gambar, klik sini!


(source: telegraph.co.uk)



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads