Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Toyota Camatte: Kereta Konsep Untuk Kanak-Kanak!


Assalamualaikum, Hello!

Seriously! Toyota Camatte ni direka with kids in mind! Kalo zaman aku kecik-kecik dulu keluar kat TV iklan kereta betul untuk budak-budak, pergh, aku rasa mesti termimpi, terigau-igau punya. Pastu bagitau mak bapak brapa level possibility diorang nak belikan kereta camni untuk aku. My guess, less than 0% chance, if that is even possible (but I wont give up~~~nyanyi lagu Jason Mraz tetibe). LOL.

Walaubagaimanapun, Toyota Camatte ni hanyalah kereta konsep, ia diperkenalkan semasa 2012 International Tokyo Toy Show hari ni tadi. Tujuan sebenar kereta ni dibina ialah untuk menarik minat kanak-kanak generasi sekarang ngan kereta selain dari kereta yang ade dalam game banyak tu. Hmmm...bunyi nya semacam kanak-kanak sekarang kurang berminat terhadap kereta. Mungkin kanak-kanak sekarang dah imagine bila diorang besar nanti kereta diorang pakai dah terbang kot? LULZ

Apa-apapun, enjoy dulu gamba-gamba ni, yang atas tu namanya Toyota Camatte Sora, dan ada satu lagi macam jip sikit Toyota Camatte Daichi.

Cara bukak kereta ni, tak main laa pintu, dia bukak ngan bumbung-bumbung dia sekaligus. Amek kau!

Camatte Daichi, dua-dua Camatte ni three-sitter punya kereta. 

Macam jip kan? Yang ni untuk budak laki kot. Yang Sora tadi untuk budak perempuan.

Interior dia...

Orang dewasa pun boleh bawak, jangan risau. Cuma seat driver dia tu yang adjustable untuk kesesuaian budak-budak memandu. Ecewah!


Cool beans kan video tu! Boleh main tukar-tukar jek. Mungkin nanti zaman anak Ben Ashaari dah besar sikit nak kereta camni. Kui3.

Ciao!

(sumber: Yahoo! Autos, Gizmag, News.com.au) 


Tomb Raider Crossroads: Lara Croft Mangsa Cubaan Rogol?


Assalamualaikum, Hello!

Gamers kat luar sana mesti ada yang ternanti-nanti game Tomb Raider terbaru yang akan keluar Mac tahun depan untuk pelantar PC, Xbox 360 dan PS3 yang dinamakan sebagai Tomb Raider Crossroads. Ini mengisahkan tentang perjalanan Lara Croft sebelum dia menjadi seorang hero wanita yang bad-ass seperti dalam game-game sebelum ni. Yaa, game ini menceritakan tentang origin Lara Croft, macam mana dia boleh jadi that hot chick with busty breast yang bad-ass!

Tapi ternyata origin nya itu menjadi satu kontroversi dalam dunia gaming, Lara Croft sebenarnya hampir menjadi mangsa rogol! Tak percaya? Saksikan trailer game ni!


Nampak tak? AHAHA. Kontroversinya sekarang bukan hanya setakat scene Lara Croft yang diambil kesempatan oleh lelaki jahat tu, tetapi developer game ni dipersoalkan tentang kenapa perlunya back story yang sebegitu rupa? Kenapa nak jadikan Lara Croft ni asalnya vulnerable? Haaa... itulah sebenarnya, ramai yang tak puas hati bila tau origin Lara Croft ni sebenarnya tak seberapa bad-ass.

Walaubagaimana pun, developer game ni menyangkal dakwaan scene 'attempted rape' ni. Diorang kata scene tu tak berkisar langsung tentang sexual assault ke atas Croft. Hmm...tapi aku nampak tadi memang macam nak kena rogol dah pun. Kan? 

Menurut ketua studio Crystal Dynamics Darrell Gallagher, takde cubaan rogol keatas Lara Croft sebenarnya. Statement dia; "Salah satu detik yang menentukan karakter Lara Croft dalam permainan ini, yang telah disalahtafsirkan sebagai babak 'cubaan rogol' ialah kandungan yang kami siarkan pada E3 tahun ini, dan lebih sejuta orang telah melihat trailer terbaru bertajuk 'Crossroads'. Disinilah Lara terpaksa membunuh seorang manusia untuk kali pertama. Dalam babak yang kami pilih, walaupun ada ciri-ciri ugutan dalam babak dan drama sekitarnya, ia tidak pergi lebih dari apa yang telah kami tunjukkan kepada orang ramai. Serangan seksual dalam apa bentukpun bukanlah tema yang kami liputi dalam permainan ini."

Jap, ada lagi satu, tapi yang ni dari penerbit eksekutif Crystal Dynamics, Ron Rosenberg plak semasa ditemuramah oleh Kotaku;

Ron: 'Dan apa yang berlaku ialah, kawan karib dia di culik, dia ditawan oleh pengutip yang tinggal di pulau itu. Mereka cuba untuk merogol dia dan -'
Kotaku: 'Mereka cuba untuk merogol dia?'
Ron: 'Dia bertukar semacam haiwan yang dikepung. Dan itulah satu langkah besar dalam evolusinya: sama ada dia terpaksa melawan balik atau mati dan itulah yang apa yang kami tunjukkan hari ini.'

See, bercanggah kan? AHAHAHA. Tapi apa-apapun, game ni nampak menarik, grafik dia pun power. Jadi kepada peminat Tomb Raider boleh kumpul duit untuk beli game ni next year!


Iklan jap!




Ciao!

(sumber: Guardian, Kotaku, The Sun, Stuff, YouTube)



Saturday, June 9, 2012

Viral Video Dari Jepun: Jom Makan Sayur!


Assalamualaikum, Hello!

Video comel ni kawan aku share kat aku, pergh addictive siot! Walopun gerak tari dia gedik, lincah lagi annoying, tapi lagu dia comel buat aku repeat banyak kali kat YouTube! AHAHAHA. Nak buat ringtone sedap ni!

Menurut kawan aku, video ni, 'bejitarizumu' (romaji dia) promote sayur, that sort of stuff. Tengoklah kostume ngan set diorang tu, sayur suma. Serius aku tak paham, tapi enjoy gak, cheeky giler! Tengoklah sendiri, korang layan ke tak! :P

Sebelum tu;


Ciao!


Friday, June 1, 2012

Komentator No.2


Assalamualaikum, Hello!

Blogger Muaz Faris dah pun keluarkan post Top Pengomen Bulan Mei 2012 and aku tersenarai dalam top 7 pengkomen dia! Walopun ditangga kedua tapi tetap puas hati. :D Sebab Muaz kata ada saguhati sedikit. Okaylah tu. Aku tak mengharap papepun. Moga bulan Jun ni boleh jadi nombo 1 pulak. :P

Lawat-lawatlah blog sedara Muaz Faris ni, selain informasi-informasi dan contest, dia banyak post pasal pendidikan especially part penajaan, biasiswa atau pinjaman. Sesuai untuk korang yang masih tercari-cari macam mana nak tampung study. InsyaAllah dia akan update pasal tu dari semasa ke semasa. :D

Sementara tu. Meh dengar lagu feveret aku sekarang. Dok main on loop sekarang ni kat laptop aku. :P



p/s-ramai gak kawan aku yang pelik ngan taste muzik aku :P aku peduli ape ahahaha. 

Ciao!


Saturday, May 5, 2012

Keindahan Alam


Assalamualaikum, Hello!

Sapa tau lagu ni? Lagu ni bagi aku sangat nostalgik, masa kecik dulu slalu main kat TV1 ngan TV2 (zaman aku kecik dulu channel tu je dapat). Teringat aku zaman aku kecik-kecik dulu bila dengar lagu ni. Siapa yang tak rindu ngan memori dulu kan? :D


p/s- aku sentimental orangnya WAHAHAHAHA




Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads