Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Sony Mobile Communications. Show all posts
Showing posts with label Sony Mobile Communications. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Xperia Tipo: Low-End Smartphone Berkuasa Android 4.0 ICS


Assalamualaikum, Hello!

Nampaknya Sony Mobile semakin rancak mengeluarkan smartphone-smartphone baru, kalau siang tadi Sony unveil Xperia miro, sekarang diorang muncul lagi dengan Xperia tipo! Ini serius, bukan tipu, walopun nama dia Xperia tipo, ahaha! Walaubagaimanapun, Xperia tipo ni dikategorikan dalam smartphone low-end, kemungkinan besar kerana spec nya yang agak basic, nanti aku tunjuk. 

Sebelum tu, ni dia gambar-gambar Xperia tipo ni.



Okay ni specs untuk Xperia tipo;

Saiz skrin: 3.2 inci scratch-resistant TFT touchscreen
OS: Android 4.0 Ice Cream Sandwich
CPU: 800 MHz Qualcomm Snapdragon
Camera: 3.2 MP with 4x digital zoom
Weight: 99.4 gram
Network: GPRS/EDGE/HSPA
Internal memory: 2.9 GB
RAM: 512 MB
Expansion memory: MicroSD (up to 32 GB)

Yang tu yang basic dia, kalo nak tau lebih lanjut boleh ke webpage rasmi Xperia tipo ni. Oh, lagi satu, Xperia tipo available dalam dua versi, ada Xperia tipo yang support hanya satu kad sim dan yang satu lagi support dua kad sim. 

Harganya dijangka murah sebab kalo tengok spec dia pun macam takdela berapa umph sangat kan? Cuma buat masa ni yang baru diketahui kedua-dua Xperia miro dan Xperia tipo akan direlease di UK dulu. Ada lagi dua Xperia baru sebenarnya tapi hanya release di Jepun buat masa sekarang iaitu Xperia GX dan Xperia SX yang sangat cool okeh! 

Apa-apa pun, aku sentiasa tunggu produk terbaru Sony Xperia ni, jadi rest assure aku akan sentiasa update pasal Xperia ni. And lagi satu kalo nak tau spec Xperia miro plak baca kat sini.


Ciao!



Xperia Miro: A Disappointment?


Assalamualaikum, Hello!

Kalau korang pernah baca post aku yang bertajuk 'Sony Nak Announce Apa? Jom Fast Forward' lepas tu pergi klik fast forward mesti tertanya-tanya apa benda yang Sony nak announce kan? Tak pernah pun diorang buat style macam tu semenjak zaman Sony Ericsson lagi. Aku pun apa lagi bukan main excited, maybe Xperia punya tablet ke ape kan yang serius cool beans.

Jadi selepas 25913 Facebook user tekan fast forward dalam masa beberapa hari, maka jadi awallah announcement dari Sony ni (supposedly Isnin depan). Apa reaksi aku bila dapat tau diorang keluarkan Xperia miro instead? Kecewa -___-"

Bukan aku sorang kecewa, rata-rata komen kat Sony Mobile Facebook page rasa disappointed dengan stunt Sony kali ni. Nak tau kenapa disappointed? Tengok ni;


Takde yang unique sangat pun selain dari running an Android 4.0 ICS punya OS. Aiseh.... *sigh* Kalo diorang buat announcement macam ni kat Xperia ion maybe okay sikit. 

Tapi apa-apa pun tengok lah dulu gambar-gambar Xperia miro kat sini. Kat lawan web rasmi Sony Mobile tak keluar lagi. 




Aku harap ni sebenarnya satu mimpi ngeri salah satu dari produk baru diorang, maybe ada lagi produk lain sebenarnya selain dari Xperia miro ni? Harap-harap nya lah....


Iklan jap;



Ciao!

(sumber: Sony Mobile Facebook)


Monday, June 11, 2012

Sony Nak Announce Apa??? Jom Fast Forward!


Assalamualaikum, Hello!

Sony nak announce apa lagi sepuloh hari?? Nak diorang announce cepat-cepat! Tak nak tunggu lama! Boleh? Dah tentu boleh! Pergi page aplikasi Sony Xperia ni lepas tu klik banner 'fast forward' kaler orange tu! Ajak kawan klik reramai kat Facebook! Adakah announcement pasal smartphone baru yang lagi supercool dari smartphone-smartphone sebelum ni?? Atau Sony nak beri 1 juta henset free? Xperia Tab?? Who knows! So visit page Sony Mobile yang ni sekarang!

Yelah sementara orang ramai ternanti-nanti announcement dari Apple, aku je eksaited nak dengar announcement Sony ni ahahaha! Tapi aku yakin ada ramai pengguna Xperia kat luar sana (walopun aku guna SE txt pro jek T^T)

Klik Fast Forward!!!

Iklan jap!



Ciao!


Sunday, June 10, 2012

Xperia Ion: Smartphone Terbaru Dari Sony!


Assalamualaikum, Hello!

Yeah Sony semakin rancak mengeluarkan smartphone dari siri Xperia mereka. Yang paling latest diberi nama Xperia ion. Baru beberapa minggu lepas aku share pasal tiga siri Xperia yang boleh kata baru jugak dalam entri  3 Smartphone Terbaru Dari Sony. 

Xperia ion ini pulak datang dengan dua jenis: Xperia ion HSPA ngan Xperia ion LTE.Xperia ion HSPA ni hanya support sambungan standard telefon sehingga sambungan 3G. Xperia ion LTE plak merupakan smartphone pertama dari Sony yang support 4G. Cuma tak sure sekarang ni keluar ke tak kat Malaysia. Harap-harap dapatla! Satu keistimewaan bagi aku ialah saiz skrin nya yang lebih besar 4.6 inci berbanding dengan 4.3 inci saiz skrin Xperia S. Tak jauh beza pun, tapi significant jugak pada aku.

Untuk spec lagi lanjut aku korek dari boleh cek kat SINI. Kat website Sony pun tak keluar lagi, aku tengok kat GSMArena.

Jom tengok sikit gambar-gambar dia!




Ye, rupa dia memang sama, takde bezapun. Cuma 4G support tu yang membezakan diorang.



p/s-aku ni peminat Sony through and through!

Ciao!



Thursday, May 31, 2012

3 Smartphone Terbaru Dari Sony



Assalamualaikum, Hello!

Yeay Sony dah tunjukkan rupa paras smartphone terbaru dari mereka! Terbaru dari siri Xperia selepas Xperia S, U, P dan sola ialah Xperia acro S, Xperia go dan Xperia neo L. Kalau tengok features dia tadi, Xperia acro S dan Xperia go ni memang macam direka khas untuk mereka yang agak lasak menggunakan smartphone. Mengikuti jejak langkah Xperia Active semasa masih dibawah jenama Sony Ericsson dulu, acro S dan go ni kalis air dan kalis debu! Manakala Xperia neo L pula adalah siri upgrade dari Xperia neo dan Xperia neo V dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 4 inci (neo dan neo V punya skrin 3.7 inci).

Jom tengok gamba-gamba ni;

Xperia acro S

Nampaknya Sony belum berani lagi keluarkan smartphone dengan saiz skrin besar seperti Samsung Galaxy Note atau Galaxy SIII. Saiz skrin untuk acro S hanyalah 4.3 inci sama seperti Xperia S. Tapi kamera dia power dengan 12.1 MP kamera belakang, dan 1.3 MP untuk front-facing camera.

Boleh didapati dalam tiga warna, putih, hitam dan merah jambu terang

Xperia go

Boleh didapati dalam dua warna, putih dan hitam.

Bersaiz agak kecil (skrin saiz hanya 3.5 inci), nipis (9.8 mm tebal!) dan ringan, sesuai untuk gaya hidup yang aktif

Memang tahan lasak, kalis air dan kalis debu! Dengan skrin yang scratch-resistant lagi!

Xperia neo L

Tak banyak upgrade dai neo versi dulu-dulu kecuali OS dia pakai Android 4.0 ICS, saiz skrin 4 inci, dan HD video recording. Camera pun 5 MP aje.

Kalau nak tau lagi lanjut pasal specs dia, boleh baca kat sini: Xperia acro S, Xperia go, Xperia neo L.




Ciao!


(sumber: Sony Mobile)


Wednesday, March 14, 2012

Sony So Cool


Assalamualaikum, Hello!

Mungkin semua dah sedia maklum, Sony telahpun membeli kesemua saham Ericsson, pendek cerita, takde lagi dah Sony Ericsson, tapi kini dikenali sebagai Sony Mobile Communication. Post ni bukan pasal kenapa take over ni, tapi lebih kepada minat aku terhadap produk-produk Sony, especially produk mobile phone diorang.

Walaupun Sony bukanlah pengeluar telefon bimbit yang sepopular iPhone keluaran Apple mahupun Blackberry hasil RIM, ataupun pelbagai produk telefon pintar Galaxy dari Samsung, TAPI, aku memang meminati hasil keluaran Sony, baik semasa masih dibawah nama Sony Ericsson, mahupun dengan nama baru sekarang. Mungkin satu sebab ialah telefon pertama aku dulu, Sony Ericsson K50i aku beli lepas dapat result SPM. Ngeeee :D

Xperia S, the first smartphone in the Xperia NXT series

Salah satu lagi sebab ialah, aku nampak Sony memang try their best nak hasilkan produk yang lain dari yang lain, terutama sekali dari segi reka bentuk telefon diorang. Kalau korang tengok iPhone ngan Samsung S2, mungkin nampak sedikit resemblance diorang, aku tak cakap 100% sama, tapi hampir-hampir. Yang banyak bezanya dari segi sistem operasi and benda banyak-banyak dalam dia cam camera etc. Tapi Sony aku puji, tak nak ikut mold iPhone, tapi reka bentuk phone diorang sendiri. Original touch gitu! Tengoklah antena transparent kat Xperia S atas tu, yang macam belt kaca tu, style! I like!

Xperia sola, terbaru dari SMC

Aku pun tak sure kalau nak di rank populariti smartphone ni, Sony ada kat tangga mana.. Tapi bagi aku, diorang ni tetap mantap-mantap belaka (ayat umpan nak free Xperia, eh!). So korang boleh expect laaa akan ada post lagi pasal Xperia baru kalau diorang dah announce. Setakat ni, Xperia S yang dah release, tak sure laa kat Malaysia dah belum, tapi ikut website diorang sudah, antara Xperia lain dalam siri NXT ialah Xperia U and Xperia P, sama bentuk macam Xperia S cuma beza saiz physical diorang, and beza saiz camera (MP) nya. 

Kalau nak tengok telefon-telefon dari Sony Mobile Communication tekan sini.

Ciao!

p/s- sekarang guna Sony Ericsson Txt Pro je, nak upgrade kena tunggu lama sikit T^T


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads