Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Tomorrow. Show all posts
Showing posts with label Tomorrow. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Pencabar Terbaru iPad: Microsoft Surface!


Assalamualaikum, Hello!

*Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah join Segmen Follow Weekend hari tu. Sambutan yang memberangsangkan (bagi aku :P). Korang memang ohsem!*

Okeh, nampaknya pencabar terbaru iPad tak lama lagi akan dikeluarkan! Microsoft senyap-senyap buat pengumuman tentang tablet Microsoft Surface ni. Menjanjikan kehebatan Windows 8, peranti terbaru ni akan dikeluarkan dalam dua versi, versi biasa dan versi 'Pro' seperti produk-produk Microsoft yang lain, ada yang basic, ada pro, kan... 

 Ini spesifikasi kedua-dua versi Microsoft Surface ni, Windows RT untuk yang biasa punya, dan Windows 8 Pro, well, of course Pro version;

Klik untuk lebih jelas

Lagi perbezaan antara dua versi ni, Windows RT dikuasakan oleh ARM processor, Windows 8 Pro pulak dikuasakan oleh processor terbaru dari Intel yang menjanjikan ke'superb'an, Ivy Bridge Core i5 x86 processor. Setaraf ultrabooks korang tuh! Padahal tablet jek. Yeah, Microsoft tak nak ambil mudah ngan keluaran mereka ni. Memang diorang nak bersaing habis-habisan nak menandingi populariti iPad.

Jom tengok gambar ohsem ni plak!







Mesti korang perasan apsal ade keyboard tu kan? Haaa tu bukan setakat keyboard, ia juga cover untuk Microsoft Surface ni. Ye, macam iPad cover jugak, cuma yang ni dwi-fungsi. Microsoft tak main-main tau ngan produk baru diorang ni! And stand kat belakang tu, yes, memang built in. So tak payah nak beli luar lagi dah. Kalau rasa nak guna tablet ni macam laptop, bukak cover dia tauk atas meja, pastu bukak stand kat belakang dia tuh dan puff! jadilah Koko Krunch ala-ala laptop gitu.

Persoalannya, mampukah Microsoft Surface menandingi populariti iPad? Dah banyak pesaing iPad sebelum ni yang dikata mampu menandingi iPad, tapi tak dapat pun. Tapi kalau ada pun yang boleh menandingi iPad, aku rasa, Microsoft Surface boleh! :P Nak tau lebih lanjut pergi laman web rasmi Microsoft Surface ni.

Ciao!




Thursday, June 14, 2012

Toyota Camatte: Kereta Konsep Untuk Kanak-Kanak!


Assalamualaikum, Hello!

Seriously! Toyota Camatte ni direka with kids in mind! Kalo zaman aku kecik-kecik dulu keluar kat TV iklan kereta betul untuk budak-budak, pergh, aku rasa mesti termimpi, terigau-igau punya. Pastu bagitau mak bapak brapa level possibility diorang nak belikan kereta camni untuk aku. My guess, less than 0% chance, if that is even possible (but I wont give up~~~nyanyi lagu Jason Mraz tetibe). LOL.

Walaubagaimanapun, Toyota Camatte ni hanyalah kereta konsep, ia diperkenalkan semasa 2012 International Tokyo Toy Show hari ni tadi. Tujuan sebenar kereta ni dibina ialah untuk menarik minat kanak-kanak generasi sekarang ngan kereta selain dari kereta yang ade dalam game banyak tu. Hmmm...bunyi nya semacam kanak-kanak sekarang kurang berminat terhadap kereta. Mungkin kanak-kanak sekarang dah imagine bila diorang besar nanti kereta diorang pakai dah terbang kot? LULZ

Apa-apapun, enjoy dulu gamba-gamba ni, yang atas tu namanya Toyota Camatte Sora, dan ada satu lagi macam jip sikit Toyota Camatte Daichi.

Cara bukak kereta ni, tak main laa pintu, dia bukak ngan bumbung-bumbung dia sekaligus. Amek kau!

Camatte Daichi, dua-dua Camatte ni three-sitter punya kereta. 

Macam jip kan? Yang ni untuk budak laki kot. Yang Sora tadi untuk budak perempuan.

Interior dia...

Orang dewasa pun boleh bawak, jangan risau. Cuma seat driver dia tu yang adjustable untuk kesesuaian budak-budak memandu. Ecewah!


Cool beans kan video tu! Boleh main tukar-tukar jek. Mungkin nanti zaman anak Ben Ashaari dah besar sikit nak kereta camni. Kui3.

Ciao!

(sumber: Yahoo! Autos, Gizmag, News.com.au) 


Wednesday, June 13, 2012

Xperia Tipo: Low-End Smartphone Berkuasa Android 4.0 ICS


Assalamualaikum, Hello!

Nampaknya Sony Mobile semakin rancak mengeluarkan smartphone-smartphone baru, kalau siang tadi Sony unveil Xperia miro, sekarang diorang muncul lagi dengan Xperia tipo! Ini serius, bukan tipu, walopun nama dia Xperia tipo, ahaha! Walaubagaimanapun, Xperia tipo ni dikategorikan dalam smartphone low-end, kemungkinan besar kerana spec nya yang agak basic, nanti aku tunjuk. 

Sebelum tu, ni dia gambar-gambar Xperia tipo ni.



Okay ni specs untuk Xperia tipo;

Saiz skrin: 3.2 inci scratch-resistant TFT touchscreen
OS: Android 4.0 Ice Cream Sandwich
CPU: 800 MHz Qualcomm Snapdragon
Camera: 3.2 MP with 4x digital zoom
Weight: 99.4 gram
Network: GPRS/EDGE/HSPA
Internal memory: 2.9 GB
RAM: 512 MB
Expansion memory: MicroSD (up to 32 GB)

Yang tu yang basic dia, kalo nak tau lebih lanjut boleh ke webpage rasmi Xperia tipo ni. Oh, lagi satu, Xperia tipo available dalam dua versi, ada Xperia tipo yang support hanya satu kad sim dan yang satu lagi support dua kad sim. 

Harganya dijangka murah sebab kalo tengok spec dia pun macam takdela berapa umph sangat kan? Cuma buat masa ni yang baru diketahui kedua-dua Xperia miro dan Xperia tipo akan direlease di UK dulu. Ada lagi dua Xperia baru sebenarnya tapi hanya release di Jepun buat masa sekarang iaitu Xperia GX dan Xperia SX yang sangat cool okeh! 

Apa-apa pun, aku sentiasa tunggu produk terbaru Sony Xperia ni, jadi rest assure aku akan sentiasa update pasal Xperia ni. And lagi satu kalo nak tau spec Xperia miro plak baca kat sini.


Ciao!



Monday, June 11, 2012

Sony Nak Announce Apa??? Jom Fast Forward!


Assalamualaikum, Hello!

Sony nak announce apa lagi sepuloh hari?? Nak diorang announce cepat-cepat! Tak nak tunggu lama! Boleh? Dah tentu boleh! Pergi page aplikasi Sony Xperia ni lepas tu klik banner 'fast forward' kaler orange tu! Ajak kawan klik reramai kat Facebook! Adakah announcement pasal smartphone baru yang lagi supercool dari smartphone-smartphone sebelum ni?? Atau Sony nak beri 1 juta henset free? Xperia Tab?? Who knows! So visit page Sony Mobile yang ni sekarang!

Yelah sementara orang ramai ternanti-nanti announcement dari Apple, aku je eksaited nak dengar announcement Sony ni ahahaha! Tapi aku yakin ada ramai pengguna Xperia kat luar sana (walopun aku guna SE txt pro jek T^T)

Klik Fast Forward!!!

Iklan jap!



Ciao!


Sunday, June 10, 2012

Xperia Ion: Smartphone Terbaru Dari Sony!


Assalamualaikum, Hello!

Yeah Sony semakin rancak mengeluarkan smartphone dari siri Xperia mereka. Yang paling latest diberi nama Xperia ion. Baru beberapa minggu lepas aku share pasal tiga siri Xperia yang boleh kata baru jugak dalam entri  3 Smartphone Terbaru Dari Sony. 

Xperia ion ini pulak datang dengan dua jenis: Xperia ion HSPA ngan Xperia ion LTE.Xperia ion HSPA ni hanya support sambungan standard telefon sehingga sambungan 3G. Xperia ion LTE plak merupakan smartphone pertama dari Sony yang support 4G. Cuma tak sure sekarang ni keluar ke tak kat Malaysia. Harap-harap dapatla! Satu keistimewaan bagi aku ialah saiz skrin nya yang lebih besar 4.6 inci berbanding dengan 4.3 inci saiz skrin Xperia S. Tak jauh beza pun, tapi significant jugak pada aku.

Untuk spec lagi lanjut aku korek dari boleh cek kat SINI. Kat website Sony pun tak keluar lagi, aku tengok kat GSMArena.

Jom tengok sikit gambar-gambar dia!




Ye, rupa dia memang sama, takde bezapun. Cuma 4G support tu yang membezakan diorang.



p/s-aku ni peminat Sony through and through!

Ciao!



Thursday, May 31, 2012

3 Smartphone Terbaru Dari Sony



Assalamualaikum, Hello!

Yeay Sony dah tunjukkan rupa paras smartphone terbaru dari mereka! Terbaru dari siri Xperia selepas Xperia S, U, P dan sola ialah Xperia acro S, Xperia go dan Xperia neo L. Kalau tengok features dia tadi, Xperia acro S dan Xperia go ni memang macam direka khas untuk mereka yang agak lasak menggunakan smartphone. Mengikuti jejak langkah Xperia Active semasa masih dibawah jenama Sony Ericsson dulu, acro S dan go ni kalis air dan kalis debu! Manakala Xperia neo L pula adalah siri upgrade dari Xperia neo dan Xperia neo V dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 4 inci (neo dan neo V punya skrin 3.7 inci).

Jom tengok gamba-gamba ni;

Xperia acro S

Nampaknya Sony belum berani lagi keluarkan smartphone dengan saiz skrin besar seperti Samsung Galaxy Note atau Galaxy SIII. Saiz skrin untuk acro S hanyalah 4.3 inci sama seperti Xperia S. Tapi kamera dia power dengan 12.1 MP kamera belakang, dan 1.3 MP untuk front-facing camera.

Boleh didapati dalam tiga warna, putih, hitam dan merah jambu terang

Xperia go

Boleh didapati dalam dua warna, putih dan hitam.

Bersaiz agak kecil (skrin saiz hanya 3.5 inci), nipis (9.8 mm tebal!) dan ringan, sesuai untuk gaya hidup yang aktif

Memang tahan lasak, kalis air dan kalis debu! Dengan skrin yang scratch-resistant lagi!

Xperia neo L

Tak banyak upgrade dai neo versi dulu-dulu kecuali OS dia pakai Android 4.0 ICS, saiz skrin 4 inci, dan HD video recording. Camera pun 5 MP aje.

Kalau nak tau lagi lanjut pasal specs dia, boleh baca kat sini: Xperia acro S, Xperia go, Xperia neo L.




Ciao!


(sumber: Sony Mobile)


Saturday, May 19, 2012

Televisyen: Plasma VS LCD VS LED


Assalamualaikum, Hello!

Zaman sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak latest technology betul tak? Memang betul, ada yang tak kisah sangat pun, bukan semua orang ada duit banyak nak beli smartphone terbaru tiap-tiap tahun, bukan semua orang mampu nak tukar TV tiap-tiap raya, bukan semua orang nak mampu even nak tukar peti ais yang dah rosak. Kalau korang diantara yang terpilih dan mampu, Alhamdulillah, tapi jangan sia-siakan nikmat tu. Jangan membazir. 

Jap, aku bukan nak ceramah. Nampak gambo TV atas tu? Haaa... Dulu abang aku tanya nak tukar TV ke flat screen tak? Aku cakap takyah sebab gambar TV kitorang cantik lagi, crisp dan jelas biarpun takleh tengok siaran HD atau 3D. Ye, kitorang pakai CRT TV lagi okeh yang besar gedabak maybe 50 kilo tu. AHAHAHA. 

Untuk handphone ke smartphone memang senang nak tukar berbanding TV, sebab ikut harga of course lah ada yang murah berbanding TV, secara general nya lah. So, aku pun check lah antara Plasma TV, LCD TV ngan LED TV yang mana lagi baik, aku nak cari yang terbaiklah, value-for-money punya. Nak guna lama kot. Aku jumpa perbandingan ni kat Cnet tapi aku buat ni dalam jadual supaya korang boleh nampak jelas perbandingan dia.

Okeh yang mana agak-agak yang terbaik untuk korang? 

Dalam artikel tu, ada jugak dia bagitau faktor jenama. Yes, jenama yang TV yang baik akan berikan yang terbaik untuk korang. Untuk plasma TV, ada tiga company je yang ada produce, Panasonic, Samsung ngan LG. Untuk TV jenis lain boleh lah jumpa jenama-jenama dari Sony, Sharp, Toshiba dan sebagainya. Ikut saiz, plasma TV biasanya bersaiz dari 42" hingga lebih kurang 65". LCD ngan LED TV lebih kurang sama je, dari sekecik-kecik saiz macam saiz smartphone korang hingga ke lebih kurang 80". LED Tv is basically LCD TV cuma LED TV pakai, well, LED (Light-emitting diode) manakala LCD TV pakai the more traditional CCFL (cold-cathode fluorescent light).

Ada gak satu lagi article yang kata Plasma TV processing power lagi cepat berbanding LCD TV. Itu je yang aku tau dari research aku. Yeah, maybe nak tukar kalo jumpa TV yang betul-betul unggul. Mungkin Sony Internet TV ni? ;P



Sunday, May 6, 2012

Angkasa Raya


Assalamualaikum, Hello!

Kalau ada yang tak tau lagi, bangunan kotak-kotak sebelah KLCC tulah bangunan baru yang bakal dibina di KL, namanya Angkasa Raya, wah, nama Melayu tu tau. Angkasa Raya ni menempatkan pejabat-pejabat premium, hotel mewah dan juga serviced residence (condominium + penthouse). Tapi jangan risau, tingkat bawah bangunan ni boleh diaccess oleh orang awam jugak dengan adanya signature retail shops, restaurants, foodcourt, bilik solat, dan jugak pengalaman landscape yang best! Nanti dah siap korang cubalah yek :P Sebelah KLCC je kan...

Korang tengoklah sendiri bangunan yang direka oleh arkitek Buro Ole Scheeren ni. Design dia memang modern dan nampak simple, tetapi falsafah design dia adalah berdasarkan negara kita yang multi-racial ni. korang tengoklaa gambar-gambar dibawah. Apa pendapat korang?








Teringin ke nak tinggal kat sini nanti?

Nak tau lebih lanjut sila baca di artikel Archdaily-Landmark Tower/Buro Ole Scheeren 


[UPDATE] Ni info dari website architect dia Buro Ole Scheeren

Project:
Angkasa Raya
Type:
Mixed-use High-rise Development, including Premium Offices, Luxury Hotel, Service Residences, and Signature Retail / F&B
Status:
Commission: July 2010
Construction Start: 1st Quarter 2012
Completion: 2016
Client:
Aurora Tower at KLCC Sdn Bhd (A Wholly Owned Subsidiary of Sunrise Berhad, A member of UEM)
Location:
Kuala Lumpur City Center, Malaysia
Site:
6,400m2 Corner Lot at Intersection of Jalan Ampang and Jalan P. Ramlee
Scale:
Construction Area: approx. 165,000m2 (1.75 million sq.ft.)
Gross Floor Area: approx. 90,000m2 (968,000 sq.ft.)
Height:
268 meters; 65 Floors above ground
Program:
Premium Offices; Hotel (200+ units), Hotel Amenities 700m2; Service Residences (280+ units), Residences Amenities 600m2; Ground Levels: Lobbies, Retail/Food Court, Elevated Parking (7 levels); Sky Levels (3 levels): Restaurant/Bar, Multi-Function Hall, Business Center, Gym/Spa; Basement Parking (6 levels); Building Services


p/s- Tak semua orang faham proses rekabentuk. Sepanjang aku belajar design, dia memang ada banyak development stages, so I'm sure Buro Ole Scheeren ada idea dia sendiri kenapa bangunan tu di design cenggini :P

(sumber: Archdaily)



Friday, May 4, 2012

Samsung Galaxy S3 Dah Sampai


Assalamualaikum, Hello!

Siapa peminat Samsung kat sini? Abang aku minat Samsung katanya (aku minat Sony), so pasni aku nak bodek-bodek dia untuk beli Samsung Galaxy S3 ni yang baru je dilancarkan hari ni. 

But to be honest, design wise aku kurang minat ngan shape dia, ye ye aku tau inspirasi dia memang daru 'pebbles' atau orang kita panggil batu sungai, nature gitu, tapi still kalau tengok dari sisi kurang mengancam kalau dibandingkan dengan Galaxy S2. Coulour choice dia Marble White and Pebble Blue, yang Pebble Blue tu serious nampak cheap-o habis.

Pebble Blue
Marble White

Tapi dari segi spesifikasi dia, aku rasa boleh tahan mantap. Antara nya dengan saiz skrin yang besar berbanding Galaxy S2 yang besar skrin hanya 4.3, Galaxy S3 menampilkan saiz zkrin yang agak besar iaitu 4.8 inci, HD Super Amoled skrin lagi.

Antara specs lain;

  • 136.6 x 70.6 x 8.6mm
  • 133 grams
  • Display: 4.8-inch HD Super AMOLED (1280×720) Pentile (no Plus)
  • Processor: Exynos 4 Quad @ 1.4Ghz for HSPA version
  • 1GB of RAM
  • Rear Camera: 8MP Autofocus, Flash, Zero Lag Shutter BSI Image sensor
  • Front Camera: 1.9 MP HD, Flash, Zero Lag Shutter
  • Video: Full HD 1080p Recording and Playback
  • Storage: 16GB/32GB/64GB
  • 2,100mAh battery
  • GPS with GLONASS
  • 802.11n Wi-Fi, NFC, Bluetooth 4
  • microSD expansion
  • 21Mbps HSPA, LTE supported
  • Micro SIM




Menariknya lagi, ada pelbagai features baru yang agak boleh tahan menarik (bagi akula) seperti Smart Stay, Direct Call, S Beam, S Voice, Pop Up Play dan banyak lagi. Nak tau lagi lanjut pasal features tersebut sila ke laman web rasmi Samsung Galaxy S3 ni!




Ada yang berminat? PM aku... AHAHAHAHA takde takde gurau je :P


p/s-aku mana pakai smartphone lagi, walaupun berkehendak jugak, tapi kehendak dilawan dulu, keperluan diutamakan :D



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads