Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Menabung Online Style


Assalamualaikum and Hello!

Phew, memang jaranglah nak update blog ni. So tengah ada idea ni, baik tulis sesuatu. Tengok tajuk tu, 'Menabung Online Style'. Macam mana tu?

Mesti ramai yang dah biasa cari duit online ni dengan Nuffnang, takpun kumpul klik ngan promote link-link dari Churp Churp, Says dan GushAd. Kalau connection kita ramai and tak paksa-paksa orang klik, Alhamdulillah rezeki, tapi ada gak orang macam aku ni, promote link banyak mana pun orang tak klik-klik jugak. Ahahaha. So, alternativenya? Paid-To-Click!

Paid-To-Click

Paid-To-Click (PTC) atau kalau diterjemahkan ke bahasa Melayunya, Dibayar-Untuk-Klik, bermaksud korang dibayar untuk klik iklan-iklan yang disediakan. Ada banyak website-website PTC yang ada diluar sana, akan aku listkan kat bawah ni nanti. Ye, ini betul, korang tak perlu nak bayar apa-apa pun nak jadi member. Hampir macam Churp Churp and the gang la, cuma reverse action, korang plak yang klik, tak perlu tunggu orang dah. Walau bagaimanapun, PTC ni tak banyak hasilnya sekaligus, korang akan dapat paling banyak pun sehari sepuluh sen. Sebab tu aku cakap Menabung Online Style, dan bukan cari side income.

Aku pun baru gak jumpa PTC ni, baru seminggu! Tapi sebab ada banyak PTC website available, so aku buat lah banyak-banyak kat website PTC yang aku rasa reliable. Mari sama-sama tengok kat bawah ni, link untuk daftar aku dah bagi sekali. Boleh klik banner gak untuk mendaftar.

1) Clixsense



Clixsense ni antara laman sesawang PTC yang paling lama ada kat internet, sejak tahun 2007 lagi. Website ni dah bagi pulangan lebih 3 juta USD and counting ke pengguna setakat ni. Untuk pengguna seperti aku yang just nak menabung sikit-sikit ni, akaun free pun boleh, tapi korang ade gak option nak upgrade ke Premium akaun (berbayar of course) and dapat keistimewaan labih, but tak wajib. Aku prefer free je. Mungkin kalo dah kumpul ratus-ratus dollar tu baru nak fikir upgrade. Hew3. Untuk standard akaun ni, aku dapat dalam USD 0.04 sehari. But like I said before, PTC ni memang slow, tapi tujuan aku nak menabung jek, so that's fine with me. Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Meh daftar kat SINI. Dah daftar tu, korang pergi 'View Ads' and klik je advertisement yang disediakan. Tak sampai sepuluh minit pun!

2) Sambux

Every Click makes Every Bux!

Sambux ni laman PTC feveret aku sebab payout dia boleh tahan banyak. By banyak I mean dekat USD 0.10 sehari ahaha. Yelah kalo korang tak kisah dapat seposen laaa. Again, menabung online kot, tak salah pun. Modus operandi dia sama, korang cuma perlu klik advertisement, and tengok for a while sebab dia ada had masa, biasa kurang dari 30 saat. Untuk iklan bernilai 1 sen, biasa had masa tengok iklan 30 saat, untuk iklan berharga USD 0.001 sen, biasa 5 ke 10 saat macam tu. Jom daftar kat SINI.

3) Neobux



Neobux plak terkenal dengan iklan yang banyak. Sehari dia bagi banyak iklan untuk korang tekan. Setiap iklan yang ditekan, korang akan dapat extra advertisement untuk ditekan yang boleh bagi korang hadiah in terms of NeoPoints or tambah duit tabung hasil klik korang. Cool huh. Walaupun banyak iklan, iklan kat Neobux semuanya bernilai USD 0.001 sen. So lambat lah skit. Aku join Neobux ni paling awal berbanding PTC yang lain, memang slow. Tapi sebab dia bagi free click tu boleh laa harap sikit. Jom daftar kat SINI.

4) Motorclixx

MotoClixx Banner 1

Motorclixx punya interface hampir sama ngan Sambux, tapi payout dia pun tak se'hebat' payout Sambux, tapi still lagi okay dari Neobux. Iklan dia tak berapa banyak, tapi sentiasa ada iklan bernilai 1 sen. Jom daftar kat SINI.

5) Clickadoo

STATIC Banner

Clickadoo ni second masyuk after Sambux. Iklan dia boleh tahan banyak, payout dia pun banyak. Kalau nak kumpul earning, boleh lah kata cepat. Kalau nak start berjinak-jinak ngan PTC ni, boleh try Sambux ngan Clickadoo dulu. Jom daftar kat SINI.


Ada banyak lagi laman PTC kat internet tu. Apa yang korang perlu tau ialah, PTC ni kalau korang nak dapat duit free-free tak perlu bayar apa-apa, memang tempat paling best nak menabung. Tapi kalau korang nak cari income melalui PTC pun boleh, korang boleh refer kawan-kawan and dapat a few percentage lah dari diorang. Or korang boleh upgrade ke Premium dimana korang akan dapat access to more iklan which means, lagi banyak income lah. And kalau kat Premium level, setiap referral korang tu jadi lebih bernilai. Macam tulah. Aku dah join kelima-lima PTC kat atas ni, tapi semua standard account lah. Tak berbayar apa-apa. Aku just nak menabung online style jek.  Oh, korang pun boleh iklankan website korang kat mana-mana laman PTC dengan kadar yang berpatutan!


Thursday, April 12, 2012

An Afternoon With Richard And Stani


Assalamualaikum, Hello!

Mesti tertanya-tanya sapa plak mamat and minah omputeh ni. AHAHAHA. meet my new acquintances, Stani Martinkova (red) and Richard Ferge (blue). Diorang ni adalah pasangan dari Eropah yang currently on their trip round the world dengan basikal. Mantap tak mantap?

Aku jumpa ngan diorang semalam untuk bincang pasal shortcut road to take sebab diorang tengah on the way ke Bintulu. Diorang start travel Borneo tahun ni and dah berbasikal dari Kuching, diorang nak head ke Sabah. I forgot to ask them dah brapa lama dah trip diorg kat Borneo ni.

Richard and Stani tengah dalam misi nak travel the whole world dengan menggunakan basikal, diorang nak travel secara eco-friendly katanya, to see the world from a different view. Misi diorang adalah untuk travel by bike round the world selama sepuluh tahun, and ini adalah tahun ke-tujuh diorang bike, kali kedua di Malaysia, the first time being di semenanjung lah. They've travelled to 51 countries so far, and god knows how many miles they have travel. 

Seronok gak dapat jumpa diorang, lama tak speaking (amboi!) AHAHAHA. So bila dapat jumpa and dapat tolong jadi guide diorang skejap pun rasa seronok. I mean, kat a very small pedalaman macam tempat aku ni, jarang orang luar datang. Kitorang sempat borak-borak tengah hari tadi, aku tanya diorang Malaysia macam mana, where they've been, what is their favourite place they've been to so far, lepas Borneo nak gi mana plak, and we talk mostly about environment, changes and stuff (serious discussion gitu)...and they are really, really nice people! 

Richard tengah pam basikal, 

Start jalan, hari nak hujan


Kawan aku yang aku ajak untuk show them they shortcut

Right before kitorang berpisah...ceeewah! berpisah tu

So if korang berminat nak follow perjalanan diorang korang boleh cek blog diorang ni, Velomadfr walopun blog ni original dalam bahasa Perancis, ada option 'Translate' kan so boleh laa translate ke English ke Melayu ke Cina ahaha boleh paham. Boleh follow kat Twitter diorang Velomad.

Tapi tak payah nak jadi orang puteh nak datang kampung aku di Pekan Kecil Balingian ni, kalo ada nak datang roger roger lah ye! ;)


p/s- aku tak mampu nak kayuh basikal jejauh, dua Jumaat lepas kayuh basikal pergi masjid pun dah semput -___-

Ciao!


Friday, March 30, 2012

Global March To Jerusalem


Assalamualaikum, Hello!

Mungkin ada lagi yang tak berapa tau tentang Global March To Jerusalem (GM2J), GM2J ni adalah salah satu 'international movement' yang ditubuhkan untuk mengecam tindakan kerajaan Zionis Israel yang telah banyak membelakangi undang-undang antaranbangsa dengan mencerobohi tanah negara Palestin. GM2J juga bertujuan untuk menyatukan penyokong-penyokong Palestin di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama yang mahukan keadilan terhadap negara tersebut.

GM2J diadakan pada 30 Mac sempena 'Palestine Land Day' yang disambut oleh rakyat Palestin setiap tahun pada tarikh yang sama. Ia bersempena dengan peristiwa kebangkitan rakyat Palestin pada tahun 1976 selepas kerajaan zionis Israel merampas dan menduduki secara haram tanah rakyat Palestin pada tahun 1948. Aku rasa what happens next, semua tahu kan?

Ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus. GM2J ini memang satu movement yang sangat global, pada tarikh 30 Mac ni, GM2J berlangsung di banyak kawasan termasuk America, UK, India, Indonesia, Malaysia, Mesir, Morocco, Itali, Jerman, dan banyak lagi negara yang join sekali. Lepas ni kalau orang tak sedar jugak ngan apa yang berlaku di Palestin, itu bukan lagi 'tak sedar' tapi memang dah tahap 'ignoring' ketidak adilan yang berlaku.

So untuk yang ada di Malaysia, yang duduk sekitar KL and Selangor, apa kata korang hadir petang ni start pukul 5.30 petang sampai 11.30 malam di Stadium Melawati Shah Alam, ada banyak aktiviti diadakan, speakers yang hadir juga menarik seperti Tun Dr. Mahathir dan Dr. Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin sendiri turut hadir, performance turut ada, ada dalam poster kat bawah ni, so tengok-tengok lah ye!




Maaf kalau gambar kurang clear, tapi kalau nak tengok lagi lanjut pasal GM2J ni, sila ke

>> myGMJ
>> Official GM2J

Kalau dekat tu, datang-datang lah ye! Tak rugi! Kalau konsert berbayar boleh pergi, yang ni free saje, insyaAllah kalau datang dengan hati yang ikhlas, balasannya datang dari Dia. :)


Ciao!


Tuesday, March 27, 2012

An Art A Day #001

Untitled by Laura Lancaster, Oil on Canvas 59 1/8 x 47 1/4 
Aku nak buat segmen sendiri dalam blog ni. 'An Art A Day' akan post artworks random aku jumpa di internet. Aku takkan bagi review ke apa, ini untuk tatapan sebab lain orang lain pandangan dia, kalau ada pandangan nak share, sila komen dibawah okay? :)


(sumber: www.huffingtonpost.com)

Ciao!




Wednesday, March 21, 2012

Where To Next?


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, congratulation kepada semua calon SPM 2011, satu peningkatan yang baik dari tahun lepas secara keseluruhan, dengan purata 5.04 berbanding 5.19 tahun lepas. So, bravo bravo! Seramai 559 calon mendapat kesemua A; daripada itu 506 calon adalah dari sekolah bawah Kementerian Pendidikan dan 53 calon lagi dari sekolah bukan kementerian.




So lepas ni, apa pulak?

Lepas SPM adalah jalan untuk kerjaya korang. Sedikit memeningkan kalau tak sure, tapi sangat seronok bagi yang dah pasti arah mana nak pergi.

Kalau tak sure akan option, atau pilihan anda selepas SPM, especially part nak masok mana, nak isi apa, saya nak share sikit lah berdasarkan pengalaman sendiri. Masa sekolah dulu, kami semua telah didedahkan dengan pelbagai informasi tentang keadaan selepas tamat tingkatan 5, apa yang perlu dibuat selepas dapat keputusan SPM. Ada banyak sebenarnya pilihan, tapi antara yang biasa nya;

  1. JPA atau MARA (takleh isi dua dua);
  2. UPU, untuk kemasukan ke IPTA peringkat Asasi (foundation) atau Diploma, biasa dah isi sebelum SPM lagi, lepas dapat result, masukkan keputusan dan pilihan universiti;
  3. Matrikulasi KPM, yang ni ramai isi;
  4. Institut Pendidikan Guru kalau nak jadi cikgu;
  5. IPTS, boleh dapat borang-borang di newspaper atau online, atau pergi openday diorang;
  6. A-level, sambung private, tak banyak tapi ada yang buat;
  7. Politeknik, untuk sambung Diploma dalam bidang2 kemahiran ni bagus;
  8. Tingkatan 6, dan;
  9. Institusi-institusi kemahiran seperti Giatmara untuk sijil kemahiran.



The big question is; 'Where should I go next?' 

Nak isi is one thing, tapi mesti kepala otak dok pikiaq-pikiaq, apa aku nak ambik, kerjaya apa aku nak pursue sebenarnya? Untung kalau zaman sekolah dulu dah buat ujian kajiselidik kerjaya, or something like that, dalam-dalam korang jawab soalan dia tu, dia akan kasi kenal your own personality, and apa kerjaya yang match dengan personality anda. Bagi aku dulu, sangat berkesan! Kalau tak penah buat, buat carian online, type 'career test' pun dah memadai. Ada personaliti anda yang akan match dengan kerjaya sebagai doktor, atau nurse, atau mungkin sebagai engineer, ada yang mungkin match dengan lawyer. So benda ni sedikit sebanyak helpful untuk yang masih belum pasti lagi kemana nak pergi.

Tapi bagi yang dah tahu apa nak ambik, silakan. Pilih lah jalan anda, this is your future, you're going to have to walk through it, not anybody else.

Kiranya nanti sapa nak jadi architect, silalah pilih architecture program kat mana, UPU pun boleh JPA pun boleh, IPTS pun ada.

Harap membantu sedikit sebanyak, ciao!




Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger



Assalamualaikum, Hello!


Lama dah tak update, I know, I know, it's been a crazy week last week, my dad was admitted into the hospital for four days, luckily he checked out last Sunday. Pheww. Nothing serious though, so not to worry!

On the bright side, aku stumbled upon satu, err, program laa untuk rakan-rakan blogger join. And this post is a part of the program. Aku post balik dari blog BloggerWanita ni kat bawah okeh untuk kesenangan anda!


Rules + Info dari BloggerWanita;

  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
  • 100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
  • Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.
  • Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.
  • Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.
Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.
Bagi sapa-sapa yang berminat untuk menjadi penaja boleh beritahu Aya di Laman Hubungi. Lebih ramai penaja, lebih meriah lagi program ini dan lebih banyak fasa program RM5000 ini.

So, apa lagi, joinlah! Tak rugipun cuba, takda bayar apa2, mungkin ambik masa lima minit je :P Kalau dapat rezeki, tak dapat usaha lagi kan?


Apa-apapun, untuk maklumat lanjut pergi saja ke web BloggerWanita. Stakat aku baca tadi, masih ada banyak spots yang tinggal! So grab it while you can! 


Ciao!



Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads