Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Friday, March 30, 2012

Global March To Jerusalem


Assalamualaikum, Hello!

Mungkin ada lagi yang tak berapa tau tentang Global March To Jerusalem (GM2J), GM2J ni adalah salah satu 'international movement' yang ditubuhkan untuk mengecam tindakan kerajaan Zionis Israel yang telah banyak membelakangi undang-undang antaranbangsa dengan mencerobohi tanah negara Palestin. GM2J juga bertujuan untuk menyatukan penyokong-penyokong Palestin di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama yang mahukan keadilan terhadap negara tersebut.

GM2J diadakan pada 30 Mac sempena 'Palestine Land Day' yang disambut oleh rakyat Palestin setiap tahun pada tarikh yang sama. Ia bersempena dengan peristiwa kebangkitan rakyat Palestin pada tahun 1976 selepas kerajaan zionis Israel merampas dan menduduki secara haram tanah rakyat Palestin pada tahun 1948. Aku rasa what happens next, semua tahu kan?

Ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus. GM2J ini memang satu movement yang sangat global, pada tarikh 30 Mac ni, GM2J berlangsung di banyak kawasan termasuk America, UK, India, Indonesia, Malaysia, Mesir, Morocco, Itali, Jerman, dan banyak lagi negara yang join sekali. Lepas ni kalau orang tak sedar jugak ngan apa yang berlaku di Palestin, itu bukan lagi 'tak sedar' tapi memang dah tahap 'ignoring' ketidak adilan yang berlaku.

So untuk yang ada di Malaysia, yang duduk sekitar KL and Selangor, apa kata korang hadir petang ni start pukul 5.30 petang sampai 11.30 malam di Stadium Melawati Shah Alam, ada banyak aktiviti diadakan, speakers yang hadir juga menarik seperti Tun Dr. Mahathir dan Dr. Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin sendiri turut hadir, performance turut ada, ada dalam poster kat bawah ni, so tengok-tengok lah ye!




Maaf kalau gambar kurang clear, tapi kalau nak tengok lagi lanjut pasal GM2J ni, sila ke

>> myGMJ
>> Official GM2J

Kalau dekat tu, datang-datang lah ye! Tak rugi! Kalau konsert berbayar boleh pergi, yang ni free saje, insyaAllah kalau datang dengan hati yang ikhlas, balasannya datang dari Dia. :)


Ciao!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads