Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Senarai Peserta AjamOppical's Giveaway: The Sequel


Assalamualaikum!

Okay, ni dia senarai peserta terkini yang join AjamOppical's Giveway: The Sequel ni! Nombor secara random akan diberikan pada 23 Mac (Tarikh tutup join GA 22 Mac ye!) dan pemenang akan dipilih pada 25 Mac 2013. So, semak balik page ni pada 23 Mac, entri khas untuk pemenang akan dibuat pada 25 Mac tu nanti :)

1. Umi - http://truebrotherh00d.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
2. MsVelentine - http://msvelentine.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
3. Wawa Wazm- http://justforcontest.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
4. Che Rosliza - http://hairulizacontestga.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
5. Heirizalieyana - http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
6. Alani - http://thesitesaya.blogspot.com/2013/02/ajamoppicals-giveaway-sequel.html
7. Norvanida - http://norvanida.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
8. Zati - http://zatiscollection.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
9. Jemah Awesome - http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
10. Tashyra Sha - http://ohthrillers.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html

11. Angelazimma - http://angelazimma.blogspot.com/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html
12. Cik Fie - http://www.cikfie.com/2013/02/ajamoppicals-giveaway-sequel.html 
13. Jujue Lyana - http://www.jujuelyana.my/2013/02/saya-join-ajamoppicals-giveaway-sequel.html


Diingatkan semua peserta kena penuhi semua syarat-syarat yang sikehendaki seperti Like page sponsor dan Follow blog sponsor okay! :)

Ciao!

Tuesday, February 19, 2013

AjamOppical's Giveaway: The Sequel


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

*sapu-sapu debu dan sarang labah-labah...*

Phew~

Rasa macam berzaman tak update blog ni, tapi hari ni, nak update gak, sempena nak buat Giveaway yang tak seberapa ni... *ececece*

Nak join tak??? Giveaway ni akan berlangsung dari 19 Februari 2013 hingga 22 Mac 2013! Jom join reramai!

Cara-cara mudah aje!

1) Buat Entry bertajuk: 'Saya Join AjamOppical's Giveaway: The Sequel!'
2) Dalam entry tu, kena ada tiga perkara yang wajib korang letak;

a) Banner poyo kat atas tuh... linkkan banner tu ke entry ni
b) Ayat ni: "....giveaway ni disponsor oleh OMShoppe"
c) Linkkan perkataan 'OMShoppe' kat dalam ayat atas tu ke link yang ini: https://www.facebook.com/omshoppe

3) Like Page Sponsor di Facebook SINI dan follow blog diorang di SINI. (wajib tau! akan di cross-reference kan nanti :) )
4) Lepas tuh, bubuh link entri penyertaan korang kat dalam petak komen kat bawah ni ye!

Voila!

Siap sudah entry korang!

Okay, mesti nak tau hadiahnye kan? Jeng jeng jeng....

Hadiah-hadiahnya;

1. Voucher Shopping di OMShoppe bernilai RM 50 - Dua Pemenang Dicari!

2. LED Electronic Candle bernilai RM 10 - Empat Pemenang Dicari!

*hadiah mungkin akan bertambah!


Cara-cara pemenang dipilih;

Pemenang dipilih berdasarkan cabutan dari Random.org. Setiap peserta akan diberikan nombor secara rawak dan akan disenaraikan didalam entri khas yang akan dibuat kelak. Jemput lee jenguk-jenguk balik entri ni. Saya jugak akan reply di ruang komen entri korang tu bersama link senarai peserta.

Walaubagaimanapun, sebab ini sponsored Giveaway, saya terpaksa buat satu syarat tambahan iaitu, sekiranya peserta tidak mencapai minimum 200 orang, giveaway ini akan terbatal. Giveaway ini akan berakhir pada 22 Mac 2013 dan pemenang akan diumumkan pada 25 Mac 2013.

So apa lagi? Join sekarang dan jemput kawan-kawan korang jugak!!!

Thank you sponsor kita ni sikit!


Ciao!

Sunday, December 30, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


Assalamualaikum, Hello!

Lama dah tak join GA, baru bukak blogger dashboard pagi ni ternampak plak entry dari Cik Fie tentant GA dari Wak Gelas ni. Join laaa. Orang nak bagi iPod Touch kot. Sape tak nak? AHAHA. Bolehlah jadi pengganti iPod Shuffle aku yang hilang entah kemana tu. :D

Kalo nak join silalah jangan malu jangan segan ke blog Wak Gelas kat SINI.

Apa-apa pun thanks Wak Gelas for this cool GA!


p/s- anda dijemput singgah ke blog Gajet Laju, GA didalam perangkaan. Harap-harap dalam kadar yang segera :D Hadiah menarik juga tengah dalam perangkaan.


Ciao!

Thursday, May 17, 2012

Says Birthday Giveaway!


Assalamualaikum, Hello!

Says.my sambut birthday yang ke-4 tahun ni!! And sekali lagi seperti tahun-tahun lepas Says buat Giveaway GEMPAK untuk semua! Gempak macam mana? Gempak macam ni: Diorang yang sambut birthday, korang yang dapat hadiah!!

Macam yang kat banner atas tu, korang berpeluang untuk menang hadiah dalam tempoh 30 hari! Mulai hari ni! And setiap hari 3 hadiah akan dicabut kepada peserta yang bertuah, so kira matematik sikit;

30 hari x 3 hadiah sehari = 90

So ada 90 hadiah kesemuanya!! nak tau lagi-lagi gempak?? Korang boleh pilih hadiah yang korang nak! Ada hadiah utama, dan ada hadiah bonus. Korang boleh pilih 5 hadiah utama dari 18 pilihan yang ada, lepas tu, pilih lagi 5 hadiah bonus! 

Haaa...berminat? Kalau berminat klik banner bawah ni nak tau camne caranya!




Oh lagi satu, korang kena jadi ahli Says dulu kalo nak join, jangan risau, tak sampai lima minit pun, jom daftar ramai-ramai kat SINI!

Berminat? Berminat?? Tak jugak? Okeh, ni aku share pilihan hadiah aku. Ingat, aku boleh pilih 5 hadiah utama dan 5 hadiah saguhati. So ada lagi hadiah-hadiah yang menarik korang kena check sendiri hihi! :D





Haaa... tu dia, nak join tak ni? Pergi SINI or klik je gambo hadiah atas tu kalau nak join ya! hadiah dia, AUMMMMMM! :D

Apa tunggu lagi! Jom rebut hadiah diaa!


p/s-sehingga post ini ditulis, untuk 17/5/2012, tinggal lagi 3 jam 26 minit untuk cabutan hari pertama!



Saturday, May 5, 2012

Blog Dan Aku


Assalamualaikum, Hello!

Aku mula berjinak-jinak ber'blogging' ni pada tahun 2009. Masa tu, aku memang kurang arif pasal dunia blogosphere, dan tak malu aku nak cakap, sampai sekarang pun aku rasa tahap blog aku masih sederhana, kalau tak pun kurang dari itu. Masa tu, aku tengok kawan aku punya blog, dia cakap blogging ni best. Boleh tulis apa-apa. Memang betul, aku masih simpan blog pertama aku, masa tu, tujuan aku tulis blog lebih kepada nak legakan stress, sebab biasa memang sibuk dengan projek dan assignment, jadi aku tumpukan blog aku sebagai outlet nak lepas geram, konon nya lah.

Blog aku masa tu lebih personal, sangat personal pun ada jugak. Yelah, aku memang jarang blogwalking masa tu, aku tulis, aku post, aku memang tak kisahpun pasal viewers. Awal-awal tu aku memang tak ada nak letak banyak benda, nak edit itu ini kat blog. Apatah lagi nak cari duit dari blog, memang aku tak tau-menau pun pasal benda-benda macam tu. Yelah, sebab tujuan asalnya pun memang sekadar nak luah perasaan kan?

Jadi, baru tahun lepas, aku buka mata sedikit pasal dunia blogging ni. Aku tertarik dengan blog-blog daripada blogger terkenal. Jadi kat situ aku mulalah belajar macam mana nak letak iklan semua-semua tu. Aku mula share pautan-pautan blog aku di Facebook dan Twitter. Lepas tu aku mula tweak sana sini blog aku, niat nak bagi cantik sikit lah. Daripada content yang personal, aku tambah sedikit dengan benda-benda menarik yang aku jumpa online. Dan lepas tu, tahun ni, aku bukak blog baru khas untuk aku share information, ye, blog inilah yang baru tu. Blog lama aku tu aku jadikan balik blog personal aku. Boleh baca kat SINI.

Yang segala contest, segmen, dan giveaway pun aku baru tau tahun ni. Itulah orang kata, kadang-kadang, lama manapun kita buat sesuatu benda, tapi tak explore macam mana orang lain buat, tak belajar dari orang lain, kita takkan tau. Jadi sekarang ni, aku rasa aku lebih tau pasal dunia blogging ni. Aku dah nampak betapa besarnya rangkaian bloggers di Malaysia ni, yang selama ni aku tak pernah nak ambil kisah. Jadi sekarang dah tau, aku try lah nak do something about it. 

Sebut pasal giveaway dan contest, kalau nak tau, entri ni adalah entri khas aku join untuk 'Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012'.

Wednesday, May 2, 2012

Giveaway Buku PTS Pilihan saya



Assalamualaikum, Hello!

Haa cerah nampak banner besaq atas tu? AHAHAHA. Aku sangat excited ngan Giveaway ni. Sepuluh buku beb penganjur hensem Muaz Faris nak bagi! WOW! Terbeliak jap mata. LOL!

Apa-apapun, ni dia antara syarat2 umum nak join giveaway ni yang aku dah buat;


1) Like fanpage Muaz Faris di Facebook (checked!);



2) Follow @muazfaris di Twitter (checked!);



3) Follow Muaz Faris di Google+ (checked!)



4) Bukan blog khas untuk contest: Dengan ini aku declare blog aku memang bukan khas untuk join contest or giveaway :D


Seterusnya...buku-buku PTS yang aku mau!

Yang ni, kalau aku dipilih untuk menang, adalah pilihan aku untuk family aku dulu;


1. Resipi Kek & Biskut (Chef Hanieliza) Buku pertama pilihan aku untuk Mak, sebab birthday dia minggu lepas tak bagi hadiah apa-apa, so kalau dapat ni, insyaAllah, aku akan kasi kat mak aku;

Memandangkan emak aku suka memasak, so buku ni sesuai untuk dia. Buku ini mengandungi 22 jenis kek dan 22 jenis biskut hasil tangan istimewa dari Chef Hanieliza. Antara resipi-resipi yang boleh didapati dalam buku ini ialah, brownies, kek cawan coklat, kek epal, kek velvet merah, tiramisu dan banyak lagi. 








2. 50 Tips Motivasi Haji & Umrah (Prof. Dr. Hj. Muhd. Kamil Ibrahim) Buku kedua pilihan aku ialah untuk Ayah pulak. Boleh jugak ayah baca sambil mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan ibadah Haji insyaAllah pada masa akan datang. 

Buku ini memberikan tips-tips motivasi kepada bakal Haji supaya fokus kepada keutamaan sebenar keberangkatan kita ke tanah suci Makkah. Pelbagai dugaan bakal dihadapi tetapi hendaklah sentiasa cekal dan tabah supaya dapat menunaikan Haji dengan ikhlas dan mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah, dengan adanya tips-tips ini, dapatlah kita bersedia secara mental dan fizikal.







 3. Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat (Afiq & Nazry) Yang ini untuk adik lelaki aku yang bakal duduk UPSR tahun ni. Saja nak kasi buku kartun sikit supaya dia taklah tension asyik-asyik belajar. 

Komik ni mengisahkan tentang seorang hero bernama Ali, yang hanya mampu menunjukkan ke'hero'annya kalau tak ada makhluk lain yang boleh jadi witness kat situ, even seekor cicak pun! Tapi orang kampung dia dalam bahaya dan hanya Ali sorang aje yang boleh selamatkan diorang. Camne tu, hero tapi pemalu tahap cipan?









4. Amylea: Pencinta Anak Patung (Jon Suraya) Yang ni pulak untuk adik bongsu aku, yang satu-satunya heroin dalam kami adik-beradik. Dia suka benda comel-comel macam ni.

Komik ni mengisahkan tentang misi Amylea untuk menyelamatkan seekor (sebiji? sebuah?) anak patung yang bersaiz raksasa daripada dilupuskan. Tapi berhasil atau tak misi dia memandangkan saiz diorang yang sangat berbeza, Amylea lagi kecik dari patung tu. Nak tau gak...kalau menang laaa kan. :P









Okay yang tadi pilihan aku untuk family aku. Yang ni untuk aku sendiri, andai dipilih untuk menang! 


5. 7 Keajaiban Adobe Photoshop (Jubilee E.) Aku memang suka gatal tangan ngan Photoshop ni. Aku belajar sendiri dari tutorial-tutorial di YouTube, tapi penat gak nak belajar dari situ kalau connection internet tak elok. So buku ni aku rasa bagus.

Buku ini includes beberapa topik menarik tentang tools yang boleh dijumpai dalam software Photoshop seperti brush, channel and mark, layer style, texture and pattern, custom shape, dan gradient. Jadi ini memang amat aku perlukan!








6. Adobe Photoshop dan Berus Ajaib (Jubilee E.) Surprise surprise satu lagi buku pasal Photoshop. Menunjukkan aku memang perlu belajar banyak pasal ni. Ada gak kawan-kawan yang suruh design business card diorang, so untuk lain kali aku nak gak buat yang mantap-mantap sikit.

Buku ni pulak lebih kan fokus kepada penggunaan Brush tool dalam software Photoshop ni. Buku ni akan ajar tentang penggunaan Brush dengan lebih menarik dengan hasil yang lebih realistik, hebat dan dasyat. Perghh, nak! Nak!!!

7. Sun Tzu: Art of Business (Wang Xuanming) Aku ngan a few friends tengah mula berjinak-jinak dalam business. So untuk lebih prepare, mungkin aku perlu baca buku ni. Mesti familiar ngan Art of War kan? Ni kira ala-ala spin-off dia gitu. 

Buku ini mengetengahkan tentang kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip yang dirungkaikan oleh Sun Tzu dalam buku 'Art of War'.



8, 9 & 10. Koleksi buku-buku Sherlock Holmes (Sir Arthur Conan Doyle) Aku ada buku Sherlock Holmes dalam bahasa Inggeris, tapi aku nak jugak versi bahasa Melayu supaya aku dapat pujuk adik-adik aku baca salah satu cerita yang dah jadi legend sekarang ni! I mean, it's Sherlock Holmes! Siapa tak kenal?

Sherlock Holmes menggelar dirinya Consulting Detective, dalam bahasa Melayunya Perunding Detektif. Pihak polis kadang-kadang meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan kes-kes rumit sekiranya mereka mengalami kebuntuan, dan Sherlock Holmes akan membantu mereka menyelesaikan kes-kes tersebut dengan jayanya. Beliau mendapat bantuan daripada rakan baru beliau Dr. John Watson yang akan menjadi sahabat baiknya. Cerita Sherlock Holmes ni ada banyak, so kena ambik masa nak baca satu-satu.


So itu dia buku-buku pilihan aku! Aku berharap sangat dapat menang! Ameeen!!! 



Iklan penganjur :B;


Monday, April 30, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar


Assalamualaikum, Hello!

Lama tak update blog, so ni dia nak join contest ni slagi sempat. Thanks Kamil Kahar sebab anjur contest yang gempak camni! Buat karangan tu, kena kreatif sikit ni! :D


Aku Sebuah Blog


Satu persatu, dapat aku rasakan diriku mula dibina. Huruf demi huruf, nombor demi nombor , aku merasakan diriku, semakin lengkap. 'A', 'J', 'A', 'M', 'O', 'P', 'P', 'I', 'C', 'A', 'L'. Aku sudah bernama. Hanya dalam lima minit, aku sudah pun lengkap, dan sedia menerima garapan-garapan istimewa dari tuanku. Tapi aku tahu, ini hanyalah permulaan. Aku dapat mula mendapat penambahbaikkan, dan sedikit demi sedikit, wajah ku bertukar. Aku kini berwarna-warni, kemas, dan menarik. Mungkin tuanku berfikir, dengan wajah yang indah ini, akan ramai yang akan mengunjungiku.

Barangkali tuanku fikir, aku sudah kelihatan sempurna dimatanya. Aku pun fikir sebegitu. Tidak lama kemudian, perkataan demi perkataan pantas memenuhi tubuhku. Lincah sungguh jari empunyaku menulis! Aku sudah hampir bersedia untuk dihebohkan. Aku berasa sungguh teruja, aku tidak sabar untuk menanti pembaca pertamaku. Aku tahu tuanku pun mesti berasa begitu! Tuanku menekan 'Publish', maka lahirlah rencana sulung darinya. Aku berbangga dapat memaparkan tulisannya yang penuh sopan dan penuh semangat. Aku bakal menemui pembaca-pembacaku sebentar saja lagi.

Aku mula dilawati, aku sungguh gembira. Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagi garapan dari tuanku mula ditulis, turut dimuatkan beberapa gambar untuk menceriakan rupaku disebalik tulisan hitam dan putih yang penuh berinformasi. Hari demi hari, tuanku tidak pernah lupa untuk menghasilkan tulisan-tulisannya. Aku dimuatkan dengan gambar dalam setiap tulisan. Aku mendengar bisikan tuanku, 'perlu ada gambar untuk tarik perhatian pembaca.' Aku bersetuju.

Tetapi sejak kebelakangan ini, tuanku jarang mengarang. Aku berasa sunyi. Aku rindu untuk memaparkan kepada seluruh dunia akan hasil jari-jemari tuanku. Aku tidak tahu, tetapi aku menjangka faktor sambutan yang kurang mungkin menyebabkan tuanku putus semangat untuk menghasilkan entri-entri baru. Atau adakah aku sudah diduakan, mungkin tuanku punya blog yang lebih menarik dariku? Aku tidak mengerti, aku teringat kata-kata semangat tuan empunyaku dari tulisan pertamanya yang inginkan blognya sebagai sumber informasi yang santai.

Kepada tuanku, jika engkau enggan mengaku segan denganku, aku akur. tapi aku berharap kelak engkau sedar dan tahu akan perasaanku. Aku rindu kelincahan jari-jemarimu menaip perkataan-perkataan selamba yang membuatkan aku turut gelak bersama. Aku rindu untuk belajar sesuatu yang baru hasil carianmu. Aku rindu melihat lukisan-lukisan indah dipaparkan didadaku. Tuanku, kemas-kinikanlah aku selalu.





Bukti dah 'Like' sponsors

Bukti dah 'Vote'.

Selesai sudah join, harap menang sesuatu :P


Saturday, April 14, 2012

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com


Assalamualaikum, Hello!

Ada Give-away nak bagi duit ni! Dari Blogger Lida Rahim lah, bukan dari aku! Nak tau hadiahnya? Ni dia!


Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang

So apa lagi, nak try dapat sila-sila ke blog cik Lida Rahim ni untuk tau lebih lanjut!


Ciao!



Tuesday, April 3, 2012

Ajamoppical's First Giveaway Winner!!!!



Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, Ajamoppical's 1st Giveaway mendapat jugak sambutan...ada jugak yang join, to be honest I have my doubts gak takde orang nak join! AHAHA, but then, ada jugak yang join, I was like, 'phewww, thank God there are people entering!' LOL!

So sebelum announce siapa winnernya, aku nak senaraikan lah sapa yang join supaya korang boleh tengok-tengok entri diorang. Remember I said 'impress me' with your entry post? AHAHA. I read all of your post and judge based on what you wrote. I have to say all of you impressed me (ceh, ayat biase lettew kan :P), but quite a few really stood out and give me quite a headache to decide. AHAHAHA. Seriously!

Oh sebelum tu lagi, klik SINI dan SINI dulu kalau korang rasa korang comel dan baik hati :P

Anyways, ni dia senarai peserta tu ikut order dalam komen post Giveaway ni :) kenal-kenallah ye!



Haa tu dia peserta-peserta Giveaway aku ni :) Ada 18 orang semuanya, which is good, aku pun takut kalo ratus-ratus lagi pening kot nak pilih pemenang! AHAHA. So dah ready nak tau pemenang dia? Jeng jeng jeng...


CONGRATULATIONS TO.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
THE OWNER OF THIS BLOG...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YANG TULIS SUCH IMPRESSING ENTRY
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MESTI KORANG GERAM SEKARANG NI NGAN AKU...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


So now Mr. Joel Leslie, please send me your fullname and delivery address to this e-mail; nurazam.shahdan@gmail.com so that I can give you this AWESOME book!! +personal notes from me inside ;P

Aku nak kasi gak Honourable Mention kat sini;



Really close you guys!! ;) I feel bad for having only one book to give away! So, so Sorry!!! *Super Junior Sorry Sorry jadi music latar, LOL!*

Kepada yang lain please don't be sad! Let's all congratulate Joel for his effort (if you have read his entry post, if you haven't please do!), and aku nak ucap terima kasih ngan korang suma sebab sangat cool sapot giveaway aku ni! AHAHA :D 



p/s- InsyaAllah, next aku nak buat contest, but still in the works. But this one mungkin memerlukan sedikit kuasa minda hebat korang semua! Nantikan! :P


Ciao!



Monday, April 2, 2012

First MS Zayyad Giveaway


Assalamualaikum, Hello!

Tadi cik Athira tag aku untuk join Giveaway ni, so here it is! Hadiahnya plak menarik, dan banyak :P. 10 orang, banyak laa tu kan? AHAHA!

Syarat-syarat Giveaway ni (copy paste jek!)

1.MESTILAH ADA BLOG

2. MESTILAH BERADA DI MALAYSIA

3. FOLLOW BLOG MS ZAYYAD DAN LIKE PAGE FB MS ZAYYAD (tgk kt belah kiri di sidebar blog ini)

4. COPY BANNER/GAMBAR DIATAS,PASTE BANNER DAN LINK ENTRY INI DI SIDE BAR DAN ENTRY DI BLOG

5. BUAT SATU ENTRY TENTANG MS ZAYYAD GIVEAWAY DI BLOG ANDA

6. TINGGALKAN LINK ENTRY ANDA PADA KOMEN GIVEAWAY INI EA... 

7. TAG 5 ORG RAKAN BLOGGER ANDA YANG LAIN.(PERLU DINYATAKAN DALAM ENTRY)

8. TARIKH TUTUP=30 APRIL 2012


So tinggal nak tag je lagi, so inilah orang-orang yang bertuah tu!

2. Apix

Okay siap!!

Ciao!




Saturday, March 31, 2012

Fan Page Celebration Giveaway!



Assalamualaikum, Hello!

Hey guys! Like what you see up there? This is one very interesting giveaway! Perfume kot sapa tanak kan?? Tengok atas tu macam-macam ada, DKNY, CK, Mont Blanc, perrrhhh...nak sebijik!!

So macam mana nak dapat, sila pergi ke blog sedara Eqbal Zack ni!

General rules:

2. Buat post pasal giveaway ni, include jugak link post NI pastu tinggalkan link post korang ni kat ruang comment kat post sedara Eqbal tadi tu.
3.Contest habis 7 April, so banyak lagi masa ni! Jom join!
4. Pemenang akan dipilih melalui Random.org dan akan diannounce pada 9 April.

Apa lagi, join la!

Ni bukti aku dah like page Eqbal Zack :B


*Hihi*Semangat!


Ciao!


Friday, March 30, 2012

Ajamoppical's 1st Giveaway: The Last Song [CLOSED!]



Assalamualaikum, Hello!

Aku tengok kat mini-library (rak buku je pun -__-") tadi ternampak plak buku 'The Last Song' ni. Aku ada dua copy buku sebab dulu tercicir so aku beli baru, tak lama lepas tu jumpa balik copy yang first, so tak tau nak buat apa ngan second copy ni. So aku pun ingat nak buat satu Giveaway untuk korang...eh, untuk salah sorang daripada korang :P (masih baru lagi tau!)

Syaratnya mudah aje;

1) Buat post bertajuk 'Ajamoppical's 1st Giveaway: The Last Song';
2) Copy banner atas tu, masukkan dalam post korang;
3) Pastu tag at least tiga orang Rakan Blogger lain dalam post;
4) Follow blog aku ni :P
5) Dah siap semua, letakkan link entri korang dalam ruang komen kat bawah, setel!

Seperti kat banner, segmen ni berlangsung dari 30 Mac sampai 2 April, so ada banyak masa lagi! 2 April tu pulak sampai pukul 6.00 petang, winner akan dipilih secara adil dan saksama, so, apa-apa yang korang tulis dalam post tersebut aku akan baca, serius ni! :D so, IMPRESS ME!! Korang kan blogger ahaha! Winner akan di announce pada pukul 8.00 malam, 3 April 2012.

So apa lagi, joinlaa!


[UPDATE: Giveaway dah tamat pukul 6 petang, 2 April 2012, tadi :) Thanks kepada yang join!!! :D]

Ciao!


Lovestory313 1st Giveaway


Assalamualaikum, Hello!

Ni first time aku join giveaway, biasa join segmen je, so nak gak mencuba nasib :P Giveaway ni dibuat oleh tak lain tak bukan Lovestory313, besar banner dia atas tu AHAHAHA. Untuk yang nak join Giveaway ni, korang kena;

1) buat satu post bertajuk: Lovestory313 1st Giveaway
2) letak banner atas tu dalam post korang tu and linkkan ke entri Lovestory313 1st Giveaway ni
3) follow blog Lovestory, and dia kata, 'kalau rajin' like page facebook nya skali
4) tagkan kawan-kawan dalam post korg tu
5) pastu komenkan link entri korang tu kat sini 

Mudah aja....

Hadiahnya?

No.1 - RM60
No.2 - RM30
No.3 - RM10

Bentuk hadiah pilihan korang sama ada nak duit yang akan dibank in melalui Maybank/CIMB ataupun topup bernilai yang sama dari mana-mana telco. Masyuk gak tu, sapa nak bagi duot free kan? :P InsyaAllah saguhati pun ada tapi akan diupdate nanti. Tarikh tutup penyertaan, 1 April 2012. So, apa lagi, cepat-cepatlah join!!

So aku nak tag rakan blogger, yang terpilih adalah...jeng jeng jeng............

1) Miss Z

Harap menang :P


Ciao!


Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads