Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
Showing posts with label Career. Show all posts
Showing posts with label Career. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Hyper-real Art! Serius Ini Lukisan, Bukannya Still Image Camera!


Assalamualaikum, Hello!

Kalau aku cakap gambar kat atas tu sebenarnya satu lukisan, berapa orang yang nak percaya? Mesti korang tengah gosok-gosok mata kasi clear sikit pastu tengok dekat-dekat. Macam real jugak kan? Reflection dari glass ball tu macam real, reflection bola-bola tu tas meja tu pun macam real....real kot.....

Salah!

Image kat atas tu bukanlah still image dari mana-mana kamera, tetapi adalah salah satu dari hasil karya artis bernama Jason de Graaf. I know right, MINDBLOWING punya lukisan! De Graaf ni berasal dari Canada, dan dia telah buat banyak hyper-real paintings menggunakan acrylic sebagai medium yang korang boleh tengok kat blog dia, Jason de Graaf. Super duper fine detail yang dititikberatkan dalam karya dia ni yang buat lukisan dia gila punya serius dan genius macam hasil gamba kamera DSLR korang!

Jom tengok lagi!












See? Detail ukiran kaca dan reflection dia memang super real weh! Banyak lagi cool arts dia buat kat blog dia. Aku penah buat artwork lukis gelas teh kaler biru, nak dibandingkan dengan yang ni macam contengan budak umo setahun. AHAHA. 

Iklan jap,


Ciao!

(sumber: Yahoo! News, Jason de Graaf blog)




Tuesday, March 27, 2012

Karam Lagi Dalam Dari Titanic


Assalamualaikum, Hello!

Kalau sebut pasal Titanic apa korang ingat? Movie ke, tragedi? Tak lama lagi Titanic akan menyambut ulangtahun ke-100 hari peringatan berlakunya tragedi tersebut. Tapi bukan itu yang aku nak tulis hari ni. Post ni adalah pasal pengarah dan penulis (juga co-producer and co-editor) filem Titanic iaitu sedara James Cameron. Pada aku, James Cameron ni bukan lah pengarah biasa, tapi dia ni suka push himself to a new limit. Selain Titanic, Cameron juga pengarah bagi filem Avatar, Terminor 1 dan 2, Aliens dan banyak lagi.

So, bagi yang tak tau lagi, Cameron semalam (ikut tarikh 26 Mac) telah pun selamat pergi explore secara solo titik paling dalam kat dunia ni, iaitu Challenger Deep, Mariana Trench. Sedalam hampir 7 batu (6.83 miles, about 10.99 km) ke dasar bumi, Gunung Everest pun boleh tenggelam kalau dimasukkan dalam 'parit' ni.

Cameron menggunakan kenderaan selam yang berteknologi tinggi, mampu menahan tekanan yang tinggi, pressure kat situ mencecah 7 ton per square inch! Manusia boleh kemek habis tau! Even kapal selam itu sendiri mengecut sebanyak 7 inci dek tekanan melampau. So jangan main-main, ekspidisi sebegini bukanlah sesuatu yang boleh buat main-main, lebih-lebih lagi James Cameron bukanlah Oceanographer yang qualify, tapi sebab minat mendalam beliau, dia berjaya pergi. Dia ni bijak sebenarnya, macam Steve Jobs jugak. 

So apa-apa pun, tengok lah dulu gambar yang ada ni, mungkin korang jugak mendapat sumber inspiraqsi macam beliau!


Setelah selamat sampai dari titik paling dalam dasar laut, Challenger Deep

Nilah kapal selam dia, Deepsea Challenger (DCV1)

Mariana Trench ni dekat je ngan Malaysia ahahaha, 


Dia ada show ngan Nation AGeographic, James Cameron's Alien World kalo tak salah namanya, aku dah tengok, video superb weh!

Carta kedalaman Challenger Deep, Mariana Trench

Inilah tweet paling 'dalam' kat dunia ni, literally! Cameron tweet setelah sampai ke Challenger Deep, perghh mantap!

Haaa...mungkin satu tujuan dia nak cari inspirasi untuk movie baru (Avatar 2 and 3 dalam proses), dan satu lagi dia ni memang minat sangat kat dunia laut ni...kalau dah minat, setinggi mana pun gunung nak daki, sedalam manapun lurah dituruni, eceh!

Quote dari Daily Mail taun lepas;

“Twelve men have walked on the surface of the moon and maybe 500 have traveled to space, but only [two] have visited the very deepest point of the ocean, which they reached on January 23, 1960.”—Daily Mail, September 17, 2010

Tu taun lepas, so sekarang ni dah ada tiga oranglah! Nak jadi yang keempat kelima? Selagi ada impian, jangan sesekali bagi impian tu padam okeh!

Nak tau lagi lanjut sila tengok DeepSea Challenge ni.


(Sumber: www.guardian.co.uk ; www.telegraph.co.uk ; www.nationalgeographic.com)

Ciao!


Wednesday, March 21, 2012

Where To Next?


Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah, congratulation kepada semua calon SPM 2011, satu peningkatan yang baik dari tahun lepas secara keseluruhan, dengan purata 5.04 berbanding 5.19 tahun lepas. So, bravo bravo! Seramai 559 calon mendapat kesemua A; daripada itu 506 calon adalah dari sekolah bawah Kementerian Pendidikan dan 53 calon lagi dari sekolah bukan kementerian.




So lepas ni, apa pulak?

Lepas SPM adalah jalan untuk kerjaya korang. Sedikit memeningkan kalau tak sure, tapi sangat seronok bagi yang dah pasti arah mana nak pergi.

Kalau tak sure akan option, atau pilihan anda selepas SPM, especially part nak masok mana, nak isi apa, saya nak share sikit lah berdasarkan pengalaman sendiri. Masa sekolah dulu, kami semua telah didedahkan dengan pelbagai informasi tentang keadaan selepas tamat tingkatan 5, apa yang perlu dibuat selepas dapat keputusan SPM. Ada banyak sebenarnya pilihan, tapi antara yang biasa nya;

  1. JPA atau MARA (takleh isi dua dua);
  2. UPU, untuk kemasukan ke IPTA peringkat Asasi (foundation) atau Diploma, biasa dah isi sebelum SPM lagi, lepas dapat result, masukkan keputusan dan pilihan universiti;
  3. Matrikulasi KPM, yang ni ramai isi;
  4. Institut Pendidikan Guru kalau nak jadi cikgu;
  5. IPTS, boleh dapat borang-borang di newspaper atau online, atau pergi openday diorang;
  6. A-level, sambung private, tak banyak tapi ada yang buat;
  7. Politeknik, untuk sambung Diploma dalam bidang2 kemahiran ni bagus;
  8. Tingkatan 6, dan;
  9. Institusi-institusi kemahiran seperti Giatmara untuk sijil kemahiran.



The big question is; 'Where should I go next?' 

Nak isi is one thing, tapi mesti kepala otak dok pikiaq-pikiaq, apa aku nak ambik, kerjaya apa aku nak pursue sebenarnya? Untung kalau zaman sekolah dulu dah buat ujian kajiselidik kerjaya, or something like that, dalam-dalam korang jawab soalan dia tu, dia akan kasi kenal your own personality, and apa kerjaya yang match dengan personality anda. Bagi aku dulu, sangat berkesan! Kalau tak penah buat, buat carian online, type 'career test' pun dah memadai. Ada personaliti anda yang akan match dengan kerjaya sebagai doktor, atau nurse, atau mungkin sebagai engineer, ada yang mungkin match dengan lawyer. So benda ni sedikit sebanyak helpful untuk yang masih belum pasti lagi kemana nak pergi.

Tapi bagi yang dah tahu apa nak ambik, silakan. Pilih lah jalan anda, this is your future, you're going to have to walk through it, not anybody else.

Kiranya nanti sapa nak jadi architect, silalah pilih architecture program kat mana, UPU pun boleh JPA pun boleh, IPTS pun ada.

Harap membantu sedikit sebanyak, ciao!




Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads