Ads

Tuesday, June 19, 2012

Pencabar Terbaru iPad: Microsoft Surface!


Assalamualaikum, Hello!

*Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah join Segmen Follow Weekend hari tu. Sambutan yang memberangsangkan (bagi aku :P). Korang memang ohsem!*

Okeh, nampaknya pencabar terbaru iPad tak lama lagi akan dikeluarkan! Microsoft senyap-senyap buat pengumuman tentang tablet Microsoft Surface ni. Menjanjikan kehebatan Windows 8, peranti terbaru ni akan dikeluarkan dalam dua versi, versi biasa dan versi 'Pro' seperti produk-produk Microsoft yang lain, ada yang basic, ada pro, kan... 

 Ini spesifikasi kedua-dua versi Microsoft Surface ni, Windows RT untuk yang biasa punya, dan Windows 8 Pro, well, of course Pro version;

Klik untuk lebih jelas

Lagi perbezaan antara dua versi ni, Windows RT dikuasakan oleh ARM processor, Windows 8 Pro pulak dikuasakan oleh processor terbaru dari Intel yang menjanjikan ke'superb'an, Ivy Bridge Core i5 x86 processor. Setaraf ultrabooks korang tuh! Padahal tablet jek. Yeah, Microsoft tak nak ambil mudah ngan keluaran mereka ni. Memang diorang nak bersaing habis-habisan nak menandingi populariti iPad.

Jom tengok gambar ohsem ni plak!







Mesti korang perasan apsal ade keyboard tu kan? Haaa tu bukan setakat keyboard, ia juga cover untuk Microsoft Surface ni. Ye, macam iPad cover jugak, cuma yang ni dwi-fungsi. Microsoft tak main-main tau ngan produk baru diorang ni! And stand kat belakang tu, yes, memang built in. So tak payah nak beli luar lagi dah. Kalau rasa nak guna tablet ni macam laptop, bukak cover dia tauk atas meja, pastu bukak stand kat belakang dia tuh dan puff! jadilah Koko Krunch ala-ala laptop gitu.

Persoalannya, mampukah Microsoft Surface menandingi populariti iPad? Dah banyak pesaing iPad sebelum ni yang dikata mampu menandingi iPad, tapi tak dapat pun. Tapi kalau ada pun yang boleh menandingi iPad, aku rasa, Microsoft Surface boleh! :P Nak tau lebih lanjut pergi laman web rasmi Microsoft Surface ni.

Ciao!




12 comments:

  1. wOaAa...lagi menarik daripada ipad :D

    ReplyDelete
  2. nampak macam lebih menarik,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, rasa cam Microsoft go all-out utk project ni...mungkin kegagalan tablet lain menyaingi ipad buat diorang semangat :P

      Delete
  3. memang super-duper-cool!! Tapi dah ada ke di Malaysia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. blom lagi, baru announcement jek, tapi dalam Q4 kot keluar :P

      Delete
  4. Kalau Microsoft...memang saki Apple dan Samsung sebab sumber yang Microsoft ada cukup melayakkan mereka menang..
    Kit alihat sahaja.. tapi yang lemahnya..teknologi laju sangat..
    baru beli ni ..sok dah ada yang lagi baik..huhuhuh

    ReplyDelete
  5. macam note book..cantek!! jom amek satu..hehe

    Join Churp Churp. Perghh! baru 3 jam join dah mashukk!
    sedang mencari sponsor untuk segment yang bakal diadakan gabungan antara dua belogger. sila pm ke ainhanani.bokhori@yahoo.com.

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads