Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Thursday, June 14, 2012

Kedai Pajak Milik Ayah Juara American Idol 2012 Di Rompak!


Assalamualaikum, Hello!

Wow, banyak sungguh berita pasal Phillip Phillips (PP) lebih-lebih lagi lepas menang American Idol (AI) Mei lepas. Kalau semasa Idol rasa semua yang tengok tentu tau yang PP mengalami masalah batu karang, selepas tamat AI dia bagitau pulak masalah yang lagi teruk dari tu, yang dia lahir dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi! Jadi sepanjang perjalanan AI tu dia menderita sebenarnya. Patutlaa tiap kali time nyanyi macam meneran semacam kan. Hewhewhew.


Kali ni lagi berita yang kedai pajak bapak dia yang famous tiba-tiba tu kena rompak! Laporan dari TMZ mengatakan barang-barang bernilai sehingga USD 4000 telah dirompak termasuk pistol, flat-screen TV, duit syiling antik, rantai, cincin dan mesin wang pun turut dicuri! Tapi nasib baik dalam cash register tu tak banyak duit, hanya USD 110 jek (convert duit Malaysia banyak gak tu, erk!). Setakat ni, takde suspect yang ditangkap.

Walaubagaimanapun, kejadian berlaku semasa ketiadaan orang dikedai tu. Keluarga PP semua pergi ke Los Angeles untuk bersama dengan dia yang baru je lepas major surgery selama 6 jam untuk buang kidney stones dia tu. Dah selamat bedah dah pun. Tengah berehat. Yang pastinya dia akan tetap bersama dengan Idol Live Tour bermula 6 July ni di Detroit.



Apa-apapun harap dia elok jek. Aku suka lagu 'Home' dia tu, superb! Harap album dia nanti tak cikai.


Ciao!

(sumber: TMZ, Yahoo! Music)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads