Ads

Monday, April 2, 2012

Cool Stuff: LG's E-Paper Display!


Assalamualaikum, Hello!

Inilah LG E-Paper Display (EPD). Syarikat gergasi Korea ni dah start menghasilkan EPD ni secara meluas, tak taulah keluar kat Malaysia bila, but dalam April ni dah akan launch kat Europe. Target EPD ni lebih kepada pembaca e-books, so, dia bukan lah bersaing dengan produk-produk seperti iPad atau Samsung Galaxy Tab, tapi lebih kepada Kindle dan Nook.

Kelebihannya, EPD ni sangat ringan sebab dibuat daripada plastik yang durable (tahan lasak) dan flexible. EPD ni boleh di lipat sehingga 40 darjah dari titik tengahnya, so maaf, takleh golong-golong macam newspaper lagi :P. Display wise,ia sebesar 6 inci, dengan e-ink skrin plastik beresolusi 1024 x 768. Tebalnya hanya 0.7mm sahaja, and berat pulak hanya 14 gram! LG kata produk diorang ni tahan calar, dan takkan ada problem kalo jatuh dari ketinggian 1.5 meter.

Do you know what this means?

LG takkan stop nak target untuk pasaran ebook aje, mesti lah diorang tengah develop benda yang lagi cool kan? Company lain plak bila tengok LG dah kluar kan produk camni, mesti rancak bersaing nak tunjuk sapa lagi terer kan? keh keh keh, lagi dua tahun mungkin dah dapat flexible iPad ahahaa!


(sumber: www.marshable.com)

Ciao!



2 comments:

  1. awk di tag! http://tirana91.blogspot.com/2012/04/first-ms-zayyad-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads