Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Wednesday, May 9, 2012

Wanita Lumpuh Tamatkan Marathon


Assalamualaikum, Hello!

Talk about girl power huh? AHAHA. Wanita ini bernama Claire Lomas berjaya menamatkan Virgin London Marathon 2012 sejauh 26.2 batu (lebih kurang 42 kilometer) walaupun beliau sebenarnya lumpuh dari dada kebawah! Amazing kan!

Siapa Claire Lomas?

Claire Lomas yang merupakan bekas penunggang kuda lumpuh setelah satu kemalangan ngeri semasa beliau menyertai satu pertandingan pada tahun 2007. Akibat daripada kemalangan tersebut beliau lumpuh lebih dari dada kebawah. Boleh baca lebih lanjut pasal Claire Lomas di SINI.

Jadi macam mana dia join marathon?

Lomas berjaya menamatkan larian (atau berjalan) Virgin London Marathon dengan bantuan alat bionik yang diberi nama ReWalk (kalau korang tengok Glee, Artie ada pakai benda yang sama masa episod Christmas). Dengan bantuan alat tersebut, beliau berjaya menamatkan marathon tersebut dalam masa 16 hari, dengan purata perjalanan beliau sejauh 2 batu dalam sehari. 

Pada hari terakhir untuk beliau menamatkan lariannya, ramai penyokong beliau berkumpul untuk memberikan sokongan moral serta menyambut kejayaan beliau. Beliau juga turut disertai oleh suami, Dan Spincer.

Jom tengok gambar yang mungkin boleh jadi sumber inspirasi untuk kita semua!






p/s-kalau dia yang lumpuh pun berusaha join marathon, kita yang elok berjalan ni macam mana? *pesanan buat diri sendiri*


(sumber: Yahoo! News)


1 comment:

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads