Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Thursday, January 10, 2013

Imej-Imej Awal Dari The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua!

Siapa peminat The Hunger Games kat sini? *AKU!*

Selepas siri Harry Potter tamat, aku mencari-cari siri baru untuk diminati, aku baca Twilight, tapi to be honest aku tak berapa minat laa, biasa-biasa je, tapi bila baca The Hunger Games, I was like this is it! And aku dah baca ketiga-tiga buku dari siri The Hunger Games (The Hunger Games, Catching Fire, dan Mockingjay) karya Suzanne Collins ni. Entertainment Weekly dah pun keluarkan beberapa imej awal dari sequel The Hunger Games yang telahpun keluar dipanggung pada 2012, iaitu The Hunger Games: Catching Fire yang akan mula ditayangkan November 2013. Filem sequel ini diarah oleh Francis Lawrence dan dibintangi oleh Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Sam Claflin, dan banyak lagi.

Jom tengok gambar-gambar ni, serius tak sabar nak tengok!

Poster rasmi The Hunger Games: Catching Fire

Gale Hawthorne (Liam Hemsworth) ditahan oleh Peacekeeper, is it me, or Peacekeeper dia dah macam Storm Troopers dari Star wars?

Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) semasa lawatan ke daerah-daerah di Panem

Watak baru, Finnich Odair (Sam Claflin) yang dikatakan jejaka paling hensem dan paling muda yang pernah menjuarai The Hunger Games

Muka depan Entertainment Weekly menampilkan Katniss Everdeen dan Finnick Odair, sedikit kecewa dengan trident Finnick tu, aku imagine lagi gempak dan deadly dari tu ahaha

Tak puas kan? Nak lagi, kena tunggu.

Ciao!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads