Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Saturday, June 23, 2012

Live Green, Save The Turtles, And Pledge Now!


Assalamualaikum, Hello!

Ini peluang untuk korang do some good for the animals! Kita sedia maklum yang penyu merupakan salah satu haiwan yang diancam kepupusan. Kalau korang nak tau, penyu memang bertelur banyak, tetapi dalam banyak anak-anak yang menetas tu, hanya dalam satu hingga dua yang berjaya hidup sehingga dewasa. Tau sebab apa? Anak-anak penyu tu senang menjadi mangsa kepada haiwan laut yang lagi besar. Dan tau tak, kadang-kadang, anak-anak penyu ni tak sempat pun nak menetas! Sebab ada manusia yang mengambil telur penyu ni untuk dijual dan dimakan.

Tak dinafikan, memang ada orang yang suka makan telur penyu, macam exotic cuisine sebab bukan selalu dapat. So sekarang mari kita sama-sama inform kat semua, elakkan dari membeli dan memakan telur penyu! Bagilah anak penyu tu peluang untuk melihat suasana kehidupan. Penyu bertelur banyak sebab penyu tak menjaga anaknya. Anak penyu memang kena survive dengan sendiri dari kecik lagi, dan memang akan banyak yang tak akan sempat dewasa, memang kitaran hidup diorang macam tu. Tapi jangan pulak kita manusia mengurangkan peluang anak-anak penyu ni menjadi dewasa dan kembali bertelur dengan mengambil telur penyu.


So jom semua, kita berikrar sesama untuk selamatkan penyu dari kepupusan! Semoga orang lain akan ikut apa yang kita buat, kita buat kerja baik ni. :) Klik je banner-banner kat atas tu untuk pledge atau pun kat SINI! Jom! Spread the words!

Untuk blogger, boleh join contest dari WWF Malaysia ni kat SINI. Senang jek, korang perlu ajak ramai kawan korang pledge 'Live Green' ni! Top 2 referer akan menang trip ke Setiu Wetlands untuk dua orang pada 13 hingga 15 Julai ni! Maybe boleh jumpa penyu secara live! ;P

Ciao!



4 comments:

  1. Replies
    1. baiklah kalo tak penah, jom spread the words! :D

      Delete
  2. ini pun ada kempen khas utk blogger kalo nak join.. yg bkn says nyee..

    ReplyDelete
  3. Lyla penah makan telur penyu.. tak sedap pun.. itu dulu.. sekarang lyla menyokong save earth living..

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads