Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Saturday, May 5, 2012

Blog Dan Aku


Assalamualaikum, Hello!

Aku mula berjinak-jinak ber'blogging' ni pada tahun 2009. Masa tu, aku memang kurang arif pasal dunia blogosphere, dan tak malu aku nak cakap, sampai sekarang pun aku rasa tahap blog aku masih sederhana, kalau tak pun kurang dari itu. Masa tu, aku tengok kawan aku punya blog, dia cakap blogging ni best. Boleh tulis apa-apa. Memang betul, aku masih simpan blog pertama aku, masa tu, tujuan aku tulis blog lebih kepada nak legakan stress, sebab biasa memang sibuk dengan projek dan assignment, jadi aku tumpukan blog aku sebagai outlet nak lepas geram, konon nya lah.

Blog aku masa tu lebih personal, sangat personal pun ada jugak. Yelah, aku memang jarang blogwalking masa tu, aku tulis, aku post, aku memang tak kisahpun pasal viewers. Awal-awal tu aku memang tak ada nak letak banyak benda, nak edit itu ini kat blog. Apatah lagi nak cari duit dari blog, memang aku tak tau-menau pun pasal benda-benda macam tu. Yelah, sebab tujuan asalnya pun memang sekadar nak luah perasaan kan?

Jadi, baru tahun lepas, aku buka mata sedikit pasal dunia blogging ni. Aku tertarik dengan blog-blog daripada blogger terkenal. Jadi kat situ aku mulalah belajar macam mana nak letak iklan semua-semua tu. Aku mula share pautan-pautan blog aku di Facebook dan Twitter. Lepas tu aku mula tweak sana sini blog aku, niat nak bagi cantik sikit lah. Daripada content yang personal, aku tambah sedikit dengan benda-benda menarik yang aku jumpa online. Dan lepas tu, tahun ni, aku bukak blog baru khas untuk aku share information, ye, blog inilah yang baru tu. Blog lama aku tu aku jadikan balik blog personal aku. Boleh baca kat SINI.

Yang segala contest, segmen, dan giveaway pun aku baru tau tahun ni. Itulah orang kata, kadang-kadang, lama manapun kita buat sesuatu benda, tapi tak explore macam mana orang lain buat, tak belajar dari orang lain, kita takkan tau. Jadi sekarang ni, aku rasa aku lebih tau pasal dunia blogging ni. Aku dah nampak betapa besarnya rangkaian bloggers di Malaysia ni, yang selama ni aku tak pernah nak ambil kisah. Jadi sekarang dah tau, aku try lah nak do something about it. 

Sebut pasal giveaway dan contest, kalau nak tau, entri ni adalah entri khas aku join untuk 'Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012'.

9 comments:

  1. teruskan berblogging, kami support.. jgn risau.

    ReplyDelete
  2. penyertaan di terima...mohon email artikel ke azura2papankekunci.com ok....tq turut serta...

    semua blogger juga belajar dari bawah insyaallah berjaya satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Papan kekunci :D dah e-mail dah, dah dapat reply jugak :)

      Delete
  3. hehehe..kena explore lg pasal blogging..mcm2 ada..bukan setakat buat duit..buat kawan..dan sebagainya..

    anyway all the best =)

    ReplyDelete
  4. bermula secara syok sendiri tp akhirnya dpt explore sebaik mungkin.hehe..

    all d best..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads