Ads

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Saturday, May 19, 2012

Televisyen: Plasma VS LCD VS LED


Assalamualaikum, Hello!

Zaman sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak latest technology betul tak? Memang betul, ada yang tak kisah sangat pun, bukan semua orang ada duit banyak nak beli smartphone terbaru tiap-tiap tahun, bukan semua orang mampu nak tukar TV tiap-tiap raya, bukan semua orang nak mampu even nak tukar peti ais yang dah rosak. Kalau korang diantara yang terpilih dan mampu, Alhamdulillah, tapi jangan sia-siakan nikmat tu. Jangan membazir. 

Jap, aku bukan nak ceramah. Nampak gambo TV atas tu? Haaa... Dulu abang aku tanya nak tukar TV ke flat screen tak? Aku cakap takyah sebab gambar TV kitorang cantik lagi, crisp dan jelas biarpun takleh tengok siaran HD atau 3D. Ye, kitorang pakai CRT TV lagi okeh yang besar gedabak maybe 50 kilo tu. AHAHAHA. 

Untuk handphone ke smartphone memang senang nak tukar berbanding TV, sebab ikut harga of course lah ada yang murah berbanding TV, secara general nya lah. So, aku pun check lah antara Plasma TV, LCD TV ngan LED TV yang mana lagi baik, aku nak cari yang terbaiklah, value-for-money punya. Nak guna lama kot. Aku jumpa perbandingan ni kat Cnet tapi aku buat ni dalam jadual supaya korang boleh nampak jelas perbandingan dia.

Okeh yang mana agak-agak yang terbaik untuk korang? 

Dalam artikel tu, ada jugak dia bagitau faktor jenama. Yes, jenama yang TV yang baik akan berikan yang terbaik untuk korang. Untuk plasma TV, ada tiga company je yang ada produce, Panasonic, Samsung ngan LG. Untuk TV jenis lain boleh lah jumpa jenama-jenama dari Sony, Sharp, Toshiba dan sebagainya. Ikut saiz, plasma TV biasanya bersaiz dari 42" hingga lebih kurang 65". LCD ngan LED TV lebih kurang sama je, dari sekecik-kecik saiz macam saiz smartphone korang hingga ke lebih kurang 80". LED Tv is basically LCD TV cuma LED TV pakai, well, LED (Light-emitting diode) manakala LCD TV pakai the more traditional CCFL (cold-cathode fluorescent light).

Ada gak satu lagi article yang kata Plasma TV processing power lagi cepat berbanding LCD TV. Itu je yang aku tau dari research aku. Yeah, maybe nak tukar kalo jumpa TV yang betul-betul unggul. Mungkin Sony Internet TV ni? ;P



3 comments:

  1. plasma paling terbaik setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah...kalau nak view dlm HD pun plasma jugak yang terbaik

      Delete
  2. Assalam...
    Terbaik atau tidak, dah ada pun LCD 40". Kalau tak guna Astro, tak cantik juga gambarnya. Keburukannnya, tak boleh duduk dekat tv, haba panas...

    ReplyDelete

Terima Kasih Thank You! Tinggalkan sekali back link ke blog anda kalau ada okeh! :)

Your friends might like this too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads